Archive for the ‘18PL’ Category

Hari yang Diharap!

Posted: March 26, 2011 in 18PL

Salam.

Harini aku blog dari apps wordpress for Iphone. Nak cuba try test. haha..marilah kita blog dari mana pun jua. hi tech zaman sekarang.

(Hi tech hi tech jugak, kitab jangan lupa.)

Aku nak bagitau ni, sorry la, kalau korang baca blog ni xde apa pun yang menarik. Aku xsajikan pun gossip2 terkini, video2 panas, berita2 pelik, cerita2 pelik walaupun aku tau kalau aku buat macam ni mesti hit blog aku. Sebab aku tak reti nak cari source. Xde masa aku rasa. Sorry la..

Dorang boleh buat duit dari blogging. tapi tu lah, teringin sebenarnya, tapi malas!

Macam-macam sebenarnya aku boleh tulis kat blog ni, tapi tulah dia, sapa yg jumpa blog ni memang bernasib baik la dia. Memang bertuah. (nanti claim hadiah ngan aku ye) .. hehe

Aku tengah duduk ngan kawan aku ni, dia bagitau aku ada kawan dia seorang free thinker ( apa tu? korang google la apa tu free thinker, nanti ada masa aku cita) . kawan dia tu nak tunggu hari kiamat. dia nak tengok hari kiamat tu macamana rupanya. dasat..

Hari kiamat tu nanti tibalah gunung- ganang hancur dan pohon-pohon semua tunduk, langit – langit runtuh, manusia semua lari cari pelindungan ditempat lain, suara guruh berkumandangan. Ngeri kan? bunyi memang ngeri.. tapi kalau kita faham apa dia hari kiamat itu, indah weh, memang indah!

Kenapa plak indah? Dalam Furqan cakap Indah sebab ada sebilangan orang yang mengharapkan kedatangan hari kiamat. Bukan kebanyakan tapi sebilangan. Harap-harap aku tu yang sebilangan lah.

Kan Hari Kiamat tu indah kalau kita mengharapkan ia datang.

Ala.. macam nak tunggu Gf kita datang balik dari Rusia yang keje kat sana selama 10 tahun.

Macam-macam dah bayangkan apa
nak buat dengan dia nanti bila dia datang. Macam-macam lah dah plan. Tu yang berharap-harap tu.

Jom !!