Renaissance, Reformasi, Enlightenment, Liberalisme warisan Yunani ? Part 3

Posted: April 12, 2011 in General

continued from previous post…

Kerajaan Turki Moden, Kamal Atatuk

Sejarah merekodkan ‘demokrasi’ berjaya menembusi dunia Islam setelah runtuhnya sistem Khalifah Uthamniyah di Turki (1299-1922 M). Dengan tekanan Yahudi dan pakatan Illuminati, Sultan Abdul Hamid 11, pemerintah terakhir Khalifah Uthmaniyah dijatuhkan. Yahudi mempunyai kepentingan menekan Khalifah Uthmaniyah kerana kerajaan Islam itu menjadi penghalang kepada kewujudan sebuah negara Israel di Palestin.

Dengan slogan ‘demokrasi’, dan bantuan Yahudi maka runtuhnya sistem Khalifah Uthamiyah Islam terakhir di Turki itu, dan muncullah bapa demokrasi Turki Moden yang disokong oleh Eropah dan Yahudi iaitu Mustafa Kamal Ataturk.

Bapa demokrasi Turki, Mustafa Kamal Ataturk yang mula berkuasa pada 29 Oktober 1923, telah menghapuskan sistem pemerintahan raja-raja kepada sistem sekular yang dinamakan ‘Republik Turki’.

Yahudi sudah menyedari kelemahan seksual Kamal Atatuk ini, sebab itu Yahudi memberi bantuan penuh untuk menobatnya menjadi Presiden Republik Turki. Sebagai ganjarannya, Yahudi telah mendapat penempatan dan sebuah negara Israel di Palestin yang selama ini dihalang oleh Khalifah Uthamniyah Turki.

Ataturk telah memperkenalkan sistem demokrasi sepenuhnya di Turki iaitu memisahkan serta meminggirkan Islam dalam permerintahan Turki. Ataturk melarang pakaian-pakaian Islam sebaliknya mewajibkan pemakaian fesyen-fesyen Barat. Menghapuskan perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil-adha serta melarang orang Islam mengerjakan Ibadah Haji.Menutup beberapa buah masjid, umpamanya, mengubah Masjid Besar Aya Sofea menjadi sebuah gereja.

Semua dasar-dasar berkaitan Islam warisan khalifah Uthaminyah dibatalkan satu persatu. Dia membatalkan cuti hari Jumaat, melarangkan azan dalam Bahasa Arab dengan menukarkannya kepada Bahasa Turki. Menghapuskan penggunaan huruf-huruf Arab dalam penulisan.

Tindakan yang dilakukan oleh Ataturk ini nyata sekali telah memisahkan budaya Turki daripada akar umbi agama Islam dan menghapuskan satu peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Turki iaitu agama Islam sebagi agama rasmi negara Turki. Ataturk berusaha keras menghapuskan para penentangnya. Membakar akhbar-akhbar, menangkap ketua-ketua pengarang akhbar dan juga mengawasi para ulama. Ataturk juga telah mengasaskan Parti Rakyat Republikan pada tahun 1342H (1923M) dan menjadikan presidennya sehinggalah dia meninggal dunia pada tahun 1357H (1938M).

Inilah dasar sekularisme, yang diwarisi oleh Recep Tayyip Erdogan, Perdana Menteri Turki sekarang ini. Tiada perubahan dilakukan ke atas dasar ini, malah dikembangkan lagi agar sekularisme dan demokrasi terus mekar di Turki.

Sebab itu bagi pejuang kebebasan dan hak asasi, terutamanya kumpulan homoseksual, yang tertekan dengan perundangan Islam di Timur Tengah, mereka akan berpindah beramai-ramai ke Turki, kerana negara itu menyediakan prinsip hidup yang bebas dan melindungi hak asasi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s