Renaissance, Reformasi, Enlightenment, Liberalisme warisan Yunani ? Part 2

Posted: April 12, 2011 in General

continued from previous post…..

Sebelum berlakunya kemusnahan agama secara besar-besaran di Eropah hingga memunculkan ‘revolusi Perancis’ (1848), gerakan ini disemarakkan dengan tangan-tangan Yahudi menggunakan ‘lidah’ rasmi ahli falsafah.

Kalau dulu pada awal kemunculan agama Samawi (Islam dan Kristian) menggunakan pengaruh nabi, untuk menyebarkan dakwah mereka, barangkali sekarang Yahudi amat cemburu, apabila Allah tidak mengangkat kaum bani Israel sebagai nabi terakhir (Nabi Muhamad SAW), maka kaum Yahudi berusaha memusnahkan kedua-dua agama Kristian dan Islam dengan mencipta ‘nabi baru’ menggunakan ‘lidah’ ahli falsafah. Idea-idea Yahudi disuntik melalui ‘nabi baru’ zaman moden itu.

Kata-kata ahli falsafah / nabi baru ini menjadi rujukan untuk melakukan siri-siri pembaharuan dalam pemerintahan dan agama. ‘Nabi-nabi baru’ yang dimaksudkan itu seperti John Locke [ahli falsafah British 1632-1704],Voltaire [ahli falsafah Perancis, 1694-1778], Jean Jacques Rousseau [ahli falsafah Geneva 1712 – 1778], Immanuel Kant [ahli falsafah Jerman 1724-1804]. Sekadar menyebut beberapa nama.

Pandangan dan falsafah ‘nabi-nabi baru’ ini menjadi sumber inspirasi tercetusnya ‘revolusi Perancis’ dan ‘revolusi Eropah’ yang dikenali sebagai zaman pencerahan.

Namun begitu, ‘reformasi’ di Amerika Syarikat, berkembang secara entiti berbeza dengan ‘reformasi Eropah’. Mazhab prostestan, warisan Martin Luther lebih dominan di Amerika Syarikat dan diadaptasi secara menyeluruh oleh para pemerintahnya dengan memperkenalkan dasar-dasar yang memisahkan agama dengan pemerintahan.

Seorang tokoh falsafah Amerika yang dianggap tokoh ‘reformasi’ yang berjaya menjadi Presiden Amerika Syarikat adalah Thomas Jefferson.

Thomas Jefferson (1743-1826) merupakan Presiden Amerika Syarikat yang ketiga (1801–1809). Dia merupakan tokoh penting Amerika yang memperkenalkan ‘Deklarasi Kemerdekaan Amerika Syarikat (1776). Juga dianggap sebagai ‘bapa pencerahan’ (Enlightenment)Amerika Syarikat, kerana berjaya memisahkan kuasa gereja dengan pemerintahan.

Dia juga memperkenalkan sistem ‘kebebasan agama’ di Amerika melalui pengistiharan ‘Statut Virginia untuk Kebebasan Agama’ (Virginia Statute for Religious Freedom – 1779, 1786)yang merupakan asas kepada Fasal Pindaan Pertama dalam Perlembagaan Amerika Syarikat.

Demokrasi sama dengan sekularisme. Dalam demokrasi, inti ajarannya adalah ‘kuasa rakyat’ yang meletakkan nilai-nilai hak asasi manusia serta kebebasan beragama sebagai ajaran utama.

to be continue….

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s