BuDi BiCaRa

Posted: November 3, 2008 in Uncategorized

TANAH UJUNG | 3 November 2008 | 5 Zulkaedah 1429H

Kawan teringatkan satu peristiwa yang berlaku mungkin kita semua pernah malaluinya.

Keadaan dimana kawan perlu mengambil sesuatu barang milik kawan yang dipinjam oleh pihak sekolah untuk menjalankan aktiviti sukan.

Disebabkan menunggukan Kenderaan yang perlu untuk mengangkatnya, jam sudah menunjukkan pukul 1.30 pagi. Nak tak nak, kawan gamble ajerlah pegi untuk mengambil barang tersebut.

Sampai aje di sekolah, Jaga yang menjaganya adalah melayu. Dalam hati kawan berkata ” Ni mesti tak dapat masuk la ni……mesti susah…mesti dia suruh datang besok ni”

“Abang, boleh masuk tak?..saya nak amik barang saya diorang pinjam” jerit saya kepada jaga yang berdiri dipos pengawalnya.

Pengawal tadi berjalan kearah pintu pagar dan memerhatikan saya atas bawah, sambil membuka pintu pagar dia berkata ” Kalau ikut kan tak leh masuk, tapi BUDI BICARA saya tak pe lah, kalau tak esok awak kena datang lagi”

Macam tu la dia ceritanya, kawan banyak melalui peristiwa macam ni, tapi jarang orang kita aper lagi cina dan india nak berbudi bicara. Apa yang telah termaktub dalam tugas, itulah yang mereka ikut.

Pada kawan, Baguslah begitu. Tapi ada situasi yang memerlukan budi bicara mereka yang sedang menjalankan tugas. Keadaan mempunyai bermacam bentuk keadaan. Jadi perlulah budi bicara supaya kita sama-sama rasa selesa dan puas hati.

Keadaan sekarang ni, dalam masalah kita orang melayu yang semakin berpecah maka kuranglah budi bicara sesama kita. Kita perlulah fikir-fikirkan masalah ini agar kita kembali bersatu.

Untuk bersatu…..nilai-nilai sebeginilah yang kita perlu terapkan.

Advertisements
Comments
  1. iman says:

    budi bicara mmg la penting…tapi kalau dah aturan n ketetapan dia mcm tu, takkan nak langgor jugak…ok go

  2. jbnusantara says:

    budi bicara memang penting. itulah yang membezakan kita2 dengan mereka2. itulah intipati di dalam hidup bermasyarakat terutama di negara kita ini.

  3. mempelam says:

    Bismillahirrahmannirrahim…

    Salam…. Budi Bicara dan Budi Bahasa adalah satu perkara yang berbeza.

    Orang berbudi, Kite Berbahasa…..menunjukkan perlunya kite bersopan, hormat menghormati dan sebagainya.

    “Bahasa menunjukkan Bangsa”… perumpamaan sebegini adalah menunjukkan untuk mengetahui sesuatu bangsa itu, perlulah kite melihat cara mereka berbahasa. Itu sebesar2 nya..

    Sekecil2nya perumpamaan itu, jikalau kita hendak melihat dan mengetahui seseorang itu, kita lihat diri mereka berbahasa…

    Kasar?Lembut?Penuh dengan tanda tanya?Mengasyikkan? Kerana kata-kata itu lahir dari Hati.

    Budi Bicara yang boleh kite ambil contoh adalah dari dalam Al-Quran.
    Cuba perhatikan bagaimana Kitab Allah itu mengajar kita “Berbudi bicara….”

    sebagai contoh…salah satunya..

    Surat An Nur; Ayat 27 – 29

    1. Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya. Yang demikian itu lebih baik bagimu, agar kamu (selalu) ingat.

    2. Jika kamu tidak menemui seorangpun di dalamnya, maka janganlah kamu masuk sebelum kamu mendapat izin. Dan jika dikatakan kepadamu: “Kembali (saja) lah”, maka hendaklah kamu kembali. Itu lebih bersih bagimu dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.

    3. Tidak ada dosa atasmu memasuki rumah yang tidak disediakan untuk di diami, yang didalamnya ada keperluanmu, dan Allah mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan.

    Jikalau kita lihat apa yang diajarkan oleh ALLAH SWT itu, DIA mahu menunjukkan satu cara/konsep budi bicara yang secara adab dan sopan.

    Jangan lah kite mengharapkan seseorang itu berbudi tetapi WALAUMANACARA SEKALIPUN… KITA MESTI BERBUDI dahulu, barulah kite boleh mengharapkan BICARA atau BAHASA orang lain…

    Alhamdulillah…

  4. iman says:

    wah wah wah…indah sungguh bahasa. seperti orang yang sudah pandai berbicara. bagus bagus. inilah jiwa seorang mujahid yang diperlukan. teruskan perjuangan!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s