Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri

Hambar suasana pohon mempelam sehari dua ini, tapi tugasan harian tetap berjalan seperti biasa…..Cuma masing – masing seperti sudah malas untuk menceritakan masalah mereka hadapi,….terutamanya masalah kewangan yang makin meruncing akibat kenaikan harga barang yang menjadi-jadi.

 

Begitu juga cerita- cerita politik yang sudah tidak berapa hangat ….akibat dari cerita kenaikan harga asas barangan. …..atau mungkin juga masing – masing sedang sibuk mencatur dan berkempen untuk pemilihan parti yang akan bermula tidak lama lagi.

 

“Bro, gua tengok sekarang senyap ajer…..cerita-cerita politik”………terjah ahli mempelam kepada membernya yang dari tadi asik melayari internet di bawah pohon mempelam.

 

“Alaaa normal la, sekarang issue petrol dengan tariff elektrik…..harga barang lain, …semua confirm naik tak boleh nak kawal” sampuk member tadi.

 

“Bro, gua rasa kita kena buat something la….untuk naikkan taraf ekonomi kita……….gua dah tak larat nak tanggung semua ni”. Keluh ahli mempelam yang sedang melayar Blog chedet.com

 

“Jom, la kita fikirkan, atleast dapat la kita duit tepi”…..”kita start berdua pun takpe….lepas tu kita ajak la member lain kalau diorang pun nak bersama”….”Yela, kita tak bole buat keja sorang beb…mati kita. ….semua kita nak kena fikir….kerja lagi nak buat” ….”Kalau ader dua tiga orang ok sikit, banyak sikit idea…..bleh la selalu ‘Brainstorming’”…. “Cuma kita kena sepakat, professional dalam semua segi….baru boleh gerak nak buat aper pun”….”Tapi, confirm la kan, bukan senak nak develop team ni kan…..tapi kita cuba la” ….celah ahli mempelam tadi…..”Alaa macam boss kita cakap, Kalau Sukarno perlu sepuluh orang pemuda untuk takluk dunia…..kalau kita setakat tiga..empat orang tak kan tak leh nak buat sesuatu kat Johor ni”.

 

“ Ok tu bro, kat kampung kita ni pun kita boleh buat macam – macam, kita boleh jana ekonomi kita …..kalau boleh kita tak perlu belanja duit kita keluar sangat……makan kita beli kat warung ni……kalau ader rokok kita beli kat sini……nak bersukan kita bersukan kat sini……nak internet kita pun ader……aper – aper laa benda yang boleh kita buat supaya duit kita berpusing antara kita kan…. Kita cuba fikir dalam sikit la kan…..walau pun tak banyak, sikit pun kira dah baik” ….” Kemudahan kita dah ade….cuma perlu diperbaiki aje”

 

“Alaa, tu la pasal. Kita ajer yang pikir macam tu. Tapi member lain tak pikir pun…susah bro nak buat”.

 

“ Tu la dia cabaran kita, kita cuba la kongsi dengan member lain aper vision kita, aper yang kita mampu buat kalau kita bersatu”.

 

“macam sekarang ni pun lu tengok, semua buat hal masing-masing aje kalau dalam bab ekonomi ni…..tapi Kalau bab lain tu ….nak-nak bab menghabiskan duit, boleh pulak kita sepakat…..berbincang sakan……tapi benda tu bukan menjana ekonomi kita pun……deficit kan kita lagi ader”

 

“Tu la dia orang kita ni, terutama bangsa kita ni….bab-bab nak sepakat ni susah….perangai kita lain-lain…lepas tu …masing-masing nak ikut perangai sendiri”…….”Kalau perangai yang di buat tu membantu kita ker….menjana ekonomi kita ker…..mengerak kan kita ke depan ker….gua tak kisah bro, tapi semua perangai yang pentingkan diri sendiri”.

 

“Gua rasa la kan bro, diaorang dah selesa dengan aper yang diorang ader….buat aper nak berubah?..kalau sekarang dah selesa…..buat aper nak berubah .kalau kepenting untuk diri sendiri hilang?….lebih baik … ikutkan aje keadaan…kalau tuhan nak bagi kita kaya…dia bagi laa kan”

 

“tu la dia typical malay, mengharapkan sesuatu dengan goyang kaki……..kerja tak nak buat…..tapi berangan lebih”. …. “Kalau sorang – sorang, tak de team memang la susah beb… sebab tu nabi pun ader sahabat…..kira ‘Think Tank’ la tu”

 

“Aper-aper pun perangai tu bergantung pada diri sendiri. kalau kita nak berubah…sentiasa nak tingkatkan diri..kira sentiasa ‘positive aje…..kira bagus tu, tapi Kalau yang jenis ‘negative’ asik fikir susah aje….ha’ ni masalah”

 

“mmm….hari-hari benda yang sama kita buat, kaedah yang sama…..sesekali cuba la buat benda lain yang boleh tingkat kan diri kita….kita cuba la aper macam kaedah pun…janji tak la membelakangkan agama kita untuk perbaharui diri kita”.

 

“Sebab tu la kita kena ada member yang rapat…….senang sama senang…susah sama susah” ..”sebab lu orang kena ingat…kita ni manusia beb……kekurangan, lalai, malas, nak berpoya-poya,…ahh banyak lagi yang buruk ada pada kita……jadi kita kena sentiasa musabah diri….bersyukur…..dengan aper yang ada”……”yang penting kita cuba buat baik tiap – tiap hari ….. seberapa banyak yang boleh …….kalau boleh kita sama kita mengingatkan antara kita tentang kewajipan kita terhadap agama kita …..macam sembayang, puasa, sedekah….dan yang lain-lain la, sekurang-kurangnya kita cuba buat….selebihnya Allah yang nilai……manalah tau oleh sebab satu perkara yang kita buat Allah suka……dia bagi kita RAHMAT dan HIDAYAH untuk berubah sepenuhnya, inshaAllah”

 

 

Leave a comment »

Bahang Mempelam

10 June 2008 | Pohon Mempelam

Semenjak kenaikan harga minyak dan tariff elektrik yang diumumkan oleh Perdana Menteri kesayangan ahli pohon mempelam, keadaan sekeliling menjadi semakin hangat dengan bahangnya.

“Aper cerita ni beb, Petrol naik sampai 78sen lepas tu Diesel seringgit. Ni gua bukan terduduk lagi…..ni kira tersungkur beb.” Jawap seorang ahli mempelam yang bekerja sendiri. “ Tu la dia, aku pun tak tau nak cakap aper, ni dah kira aniaya rakyat beb. Lu bayangkan kita yang cukup – cukup makan, kira boleh la ‘survive’, tapi bila dah naik semua ni kita pun teruk ‘effected’ apa lagi orang yang gaji kecik …. anak banyak. PEHH, kesian siot.”

“Gua… tak tau laa kerajaan PAK LAH ni buat aper… gua tengok orang asik tangkap candid dia tido aje beb. Memang dia tak mampu nak pimpin Malaysia ni. Takde ‘credibility’ langsung, Gua pun tak tau siapa yang ‘advised’ dia pasal ekonomi ni. Dia langsung tak ambil nasihat orang yang berkemampuan dan pemikiran yang luarbiasa. Dalam situasi macam ni… kita perlukan pemimpin yang bijak, pemimpin yang luarbiasa sikit….Macam PAK LAH ni kira pemimpin kebanyakan….. dah la tak bijak tapi buat – buat bijak…..tu yang payah tu. Dah la gagal dapat 2/3 majoriti dalam PRU12, tapi masih mengaku dia menang dan kuat, orang menyokong saya…..saya mesti selesaikan kerja. Haaa…ni la dia sokong bawak rebah. Dah la ramai orang mintak dia letak jawatan, tapi dia masih tak nak turun. Dah la family dia buat duit, family dia campurtangan dalam urusan kerajaan, family dia punya hal ajer macam-macam cerita. TAPI, kepentingan rakyat dia letak bawah tapak kaki dia.” Keluhan ahli mempelam yang geram dengan tindakan PAK LAH.

“ Alaa, yang terbaru ni, KJ ader bukak The Emperor’s New Clothes boutique di Pavillion. PEHH, tempat baik tu. Bagus la dia meniagakan. Time ni laa nak buat duit cepat sikit. Tapi aku tengok gambar dia meluat dengan muka bongkak dia, Aku tak nampak ciri – ciri yang dia ader untuk memimpin kita pemuda melayu dengan cara dia yang mengagungkan barat, cara hidup barat. Abis nama dia pun sepanjang aku kenal dia start keluar TV dengan paper ialah KHAIRI JAMALUDDIN, nama bapak nia pun aku tak tau. Dia takde ‘ BIN ‘ ke per?

“ TAPI takpe la gua pun dah malas nak fikirkan masalah yang kerajaan bagi kat gua ni. Beban kerajaan… dia bagi kat kita tanggung. TAK GUNA aku undi BN macam ni. Polisi kerajaan dah lain. Bukan untuk menjaga kepentingan rakyat lagi, tapi TOLONG JAGA KEPENTINGAN KELUARGA PAK LAH DAN KONCO-KONCO NYA SUPAYA KEKAYAAN DAPAT DI RAIH. KEPENTINGAN RAKYAT ADALAH TIDAK PENTING, BIARKAN MEREKA BERJIMAT, KALAU YANG SENTIASA BERJIMAT DAN MENABUNG, BIARKAN WANG TABUNGANNYA DIGUNAKAN HABIS UNTUK KEPENTINGAN KERAJAAN PAK LAH. SEKIRANYA YANG MEMANG TIDAK MENABUNG DAN HIDUP CUKUP – CUKUP MAKAN, BIARKAN HARTA – HARTA MEREKA DICAIRKAN SUPAYA KERAJAAN PAK LAH AKAN MENDAPAT MANFAAT DARI NYA.”

“ mmm, betul la tu beb….. Apa pun sekarang kita akan terus ditindas dibawah pimpinan kerajaan PAK LAH. Sekarang harga semua akan naik melambung, kerajaan cakap macam biasa laa, KITA AKAN PANTAU HARGA BARANG. Pening la gua….beb. Dia orang nak pantau aper…dah memang ‘directly effect production cost, transportation cost’. DATO’ Shahrir pun dah macam PAK LAH dah pandai menipu. Dah kepentingan diri jugak…diaorang semua cakap sedap ..…potong elaun kerajaan laa….kurangkan Majlis kerajaan laaa…..mmmmmmm tapi diorang rasa tak masalah kat bawah ni. Lu buat macam tu dapat turunkan harga minyak ke. PEGI la mintak advise dari senior lu orang…….Macam Tun Dr. Mahathir, Tun Daim, Tengku Razaliegh Hamzah …..banyak lagi laa. Jangan laaa BODOH sombong. Kalau dah memang tak mampu cakap tak mampu, jangan sampai nak menjaga EGO rakyat jadi mangsa.”

PAK LAH PEMIMPIN YANG GAH DENGAN LATARBELAKANG ISLAM HADHARI NYA ….. TAPI SAYANG MENJADI PEMIMPIN YANG MENGANIAYA RAKYATNYA SENDIRI. TAK APA LAH PAK LAH …. HARI INI HARI PAK LAH. APALAH KEMAMPUAN KAMI UNTUK MERUBAH APA YANG PAK LAH DAH BUAT, KAMI TAK PUNYA KUASA. TAPI PAK LAH ADA KUASA. TAPI INGAT!!! … MASIH ADA KUASA YANG MAHA BERKUASA……GUNAKAN LAH KUASA ITU SEBAIKNYA UNTUK KEPENTINGAN PAK LAH SEKELUARGA.

Comments (3) »

Persoalan Demi Persoalan

28 Mei 2008 | Pohon Mempelam

Semakin hari semakin layu. Apa yang layu? Daun di pohon mempelam? Pohon mempelam sudah habis ditebas. Tiada lagi daun-daun pelam. Tiada lagi binatang kerengga membuat sangkar di dedaun pohon mempelam. Mantan pohon mempelam tidak lagi boleh menabur bakti lagi di kampung kami. Jadi apa lagi yang layu? Pokok apa yang layu? Kedengaran sana-sini perkataan layu dan kedengaran juga orang berkata kita semakin layu? Betul kah kita semakin layu?

Kita semakin layu? Siapakah Kita? “Kita” itu adakah untuk kami? Adakah maksudnya untuk Orang Malaysia? Adakah untuk orang Melayu? Adakah untuk peribumi tanah melayu? Dan adakah untuk Orang Islam di Malaysia dan di seluruh dunia? Dan siapa pula Peribumi itu? Adakah ia membawa maksud “peri-peri” bumi di tanah malaya? Patutkah kita letakkan taraf bumiputra itu setaraf dengan orang melayu? Dan mengapa pula Tanah Malaya dipanggil Tanah + Malaya ? Dan benarkah Malaya itu perkataan Inggeris yang membawa maksud Melayu? Dan mengapa perkataan itu dicampurkan Tanah (Bahasa Melayu? Bahasa Malaysia?) dengan Malaya yang berbahasa Inggeris?

Siapakah orang melayu? Dimana asal usul orang melayu? Dan mengapa ia dipanggil Me+La+Yu? Adakah maksudnya Memang Layu sampai bila-bila? Mana asal usulnya? Ada yang kata orang Melayu ini campuran Jawa + Minang + Bugis + Kaum dari Indonesia + Dan lain-lain. Ada pula yang kata orang Melayu ini adalah segolongan manusia yang datang dari orang laut. Dimana letaknya taraf orang Melayu ini? Bangsa atau Kaum? Bangsa Melayu atau Kaum Melayu? Bumiputera? Mengapa di Malaysia sahaja yang bila kita cakap orang Melayu, orang melayu itu mesti beragama Islam? Mengapa tidak di Indonesia? Mengapa tidak di Thailand? Mengapa tidak di Filipina? Mengapa tidak di Afrika Selatan? Mengapa tidak di Singapura?

Relevankah Melayu di Malaysia? Mengapa hanya kebanyakan orang melayu memperjuangkan Melayu di Malaysia? Mengapa tidak memperjuangkan Melayu di Singapura, Indonesia, Thailand, Afrika Selatan dan Filipina? Adakah kita tarafkan seseorang itu berbangsa melayu atau kaum melayu berdasarkan bahasa? Atau agama? Mengapa UMNO memperjuangkan Melayu di Malaysia? Adakah disebabkan Orang Melayu di Malaysia ini secara majoritinya beragama Islam?( tidak boleh kata SEMUA sebab kini bukan semua orang melayu di Malaysia beragama Islam) Adakah orang melayu sendiri memperjuangkan Orang Islam Melayu di Malaysia? Mana yang penting? Agama atau Bangsa atau Kaum?

Mengapa ada orang sedih melihat bangsanya dijajah? Dan sedih membiarkan bangsanya dihina? Adakah maksudnya benar-benar bermaksud Orang Melayu? atau sedih melihat Orang Islam di Malaysia?

Jika “Kita” itu memberi maksud Orang Melayu, Dan “Orang Melayu” itu bermaksud orang Melayu di Malaysia, Dan “Orang Melayu Malaysia” itu Memberi maksud Orang Islam, benarkah Orang Melayu itu semakin Layu? Atau lebih tepat Orang Melayu Islam di Malaysia semakin Layu?

Jika benar Orang Melayu Islam semakin layu, siapa yang ingin memekarnya? Dan ada juga pertanyaan mengapa memperjuangkan Orang Melayu Islam? Mana letaknya bangsa lain yang beragama Islam? Adakah ini kerana Orang Melayu adalah Bangsa Majoriti di Malaysia? Kaum Majoriti di Malaysia?

Siapa nenek moyang kita? Adakah mereka benar-benar orang Melayu? Dan adakah orang Melayu ini benar-benar lemah? Benarkah layu dari dulu lagi? Benarkah orang melayu ini sememangnya layu sejak 450 tahun yang dahulu? Mengapa kita layu? Disebabkan pemikiran kita? Makanan kita? Peradaban kita? Budaya kita? Sikap kita? Terlalu manjakah kita dengan apa yang diberi dan apa yang telah diwarisi sejak zaman kegemelingan orang melayu itu? atau adakah disebabkan anasir-anasir jahat dari luar yang membarahi orang melayu? Bagaimana mereka lakukan?

Televisyen, Internet, Berita Akhbar, Surat menyurat; ini tidak wujud pada 450 tahun dahulu. Jadi adakah ini sebabnya orang melayu kini semakin layu? Adakah orang melayu terlalu teruja melihat bangsa-bangsa lain datang menghinggapi dan menyebarkan barah di pemikiran dan budaya orang Melayu? Adakah itu sebabnya Orang Melayu Islam menjadi Layu?

Kalau tidak Layu, mengapa ada orang melayu yang berikrar dan mengaku Allah itu bukan tuhan mereka?

Kalau tidak Layu, mengapa ada orang melayu tidak mahu berbalas-balas senyuman antara satu sama lain?

Kalau tidak Layu, mengapa ada orang melayu tidak maju dan membina?

Kalau tidak Layu, mengapa ada orang melayu yang telah maju tetapi masih lagi bersikap sombong dan angkuh?

Kalau tidak Layu, mengapa ada orang melayu yang lupa bila mereka berjaya?

Kalau tidak Layu, mengapa ada orang melayu bersikap tamak dan haloba?

Kalau tidak Layu, mengapa ada orang melayu menggadaikan harta pusaka nenek moyang orang melayu itu?

Kalau tidak Layu, mengapa ada orang melayu berpakat dengan musuh agama?

Kalau tidak Layu, mengapa ada orang melayu tidak boleh berdiri di atas kakinya sendiri? Hinakah kakinya itu?

Kalau tidak Layu, mengapa sikap dengki sesama melayu sendiri semakin membusuk membunuh bangsa?

Kalau tidak Layu, mengapa ada orang melayu tidak mahu berpikir diluar kotak? Kotak apa? Kotak kasut? Kotak mancis? Kotak rokok?

Kalau tidak Layu, mengapa ada orang melayu tidak mahu menegakkan kebenaran yang melibatkan Agama dan Orang Melayu itu sendiri?

Kalau tidak Layu, mengapa ada orang melayu tidak mahu mengaku kesilapannya? Segan? Ego? Bongkak?

Kalau tidak Layu, mengapa ada orang melayu masih menjilat budi orang lain? Dan tidak mahu menabur budi?

Kalau tidak Layu, mengapa ada orang melayu bermain hantu, pocong dan hantu raya?

Kalau tidak Layu, mengapa ada orang melayu tidak mahu menaikkan orang melayu itu sendiri?

Kalau tidak Layu, mengapa ada orang melayu tidak mahu mengaku melayu?

Perlu ke pohon mempelam bertanya-tanya seperti ini? Masih relevankah jika dipersoalkan tentang perkara ini di abad ke 21? Masih relevankah jika dipersoalkan tentang perkara ini tatkala era bangunan-bangunan berkejaran mencapai angkasa? Perlukah pohon mempelam membangkitkan dan bertanyakan tentang sejarah? Penting sangatkah sejarah ini? Perlukah catatan sejarah dalam kehidupan seharian? Keep moving on bak kata sesetengah orang. Benda yang dah lepas, biarkan lah berlalu. Tak perlulah kita menoleh kebelakang lagi? Adakah disebabkan sejarah orang melayu kehilangan tanah dan harta? Adakah disebabkan sejarah orang melayu tidak mahu melawan? Kenapa perlu dibangkitkan tentang tanah dan harta? Bukankah Harta dan Tanah itu tidak boleh dibawa ke alam lain? Mengapa perlu dibangkitkan? Disebabkan anak cucu dan cicit untuk nikmati? Mengapa orang melayu mahu jadi cantik tetapi tidak mahu mengerah kudratnya?

Mengapa perlu risau dengan kehilangan Melayu sedangkan “Takkan Melayu Hilang di Dunia” tetapi Persoalannya; apa gunanya kalau kewujudannya tidak dirasa.

Salam dari pohon mempelam.

Comments (1) »

Riwayat.

23 Mei 2008 | Pohon Mempelam

Tanggal 17 Mei 2008, berakhirlah riwayat pohon mempelam yang telah lama menabur baktinya ke kampung kami selama berpuluh-puluh tahun. Berpuluh-puluh generasinya telah kami rasa. Ada yang manis, ada yang masam dan tidak kurang juga ada yang berisikan ulat.

Pihak bandaraya telah menghantar beberapa pejuang-pejuangnya untuk menebang licin pohon mempelam tersebut. Kesian kepada kerengga dan burung merpati dan pipit yang selalu mencari mangsa di sekitar pohon mempelam tersebut dan menjadikan pohon mempelam ini sebagai tempat rehat. Namun, pohon mempelam tersebut tetap di hati kami malah dikuburkan kan ke blog ini.

Seperti mana UMNO kini semakin hari semakin lemah namun nama nya masih ada dan masih lagi mencari sinar dan harapan untuk membesar. Mungkin ini adalah masa nya UMNO untuk mengeluarkan bunga – bunga yang indah tetapi sebelum ia berbunga, ia memerlukan kesabaran dan ketahanan yang kuat. Pohon Mempelam percaya, semakin kuat ketahanan dan kesabaran sesuatu dugaan itu, semakin berseri dan enak isi nya hasilnya. Percaya lah!

Suara – suara ketidakpuashatian dan suara – suara garau sentiasa berkumandang dimana-mana saja dan ini menunjukkan satu petanda yang baik. Ini menunjukkan masyarakat tahu dan ingin rasai keenakkan Melayu. Semua mengeluarkan pendapat masing-masing , dan secara kesimpulannya semua menuding jari kepada kepimpinan no 1 UMNO kini yang pernah melabuhkan sebuah puisi yang bertajuk

“ Kucari Kekal Abadi”?? Semua kini faham apa itu perjuangan. Dahulu Pohon Mempelam agak bosan mendengarkan sesuatu perkara dengan tender dan kontrak apabila masyrakat dikaitkan dengan UMNO. Kini masyarakat menekan dan menghulurkan kayunya kepada pihak yang cuba mengaut untuk kepentingan diri sendiri. Muak rasanya pohon mempelam mendengar apabila terdengarnya “ Ada tender tak?” “ Macamana nak dapatkan projek dari UMNO”. INI BUKAN PERSATUAN PERNIAGAAN MELAYU!! INI BUKAN PERSATUAN KONTRAKTOR KELAS A,B,C,D,E,F,G,H MELAYU!!

Salah seorang ahli pohon mempelam telah pergi ke perjumpaan antara pemuda UMNO dan calon untuk kerusi Ketua pemuda Umno.

“Aku benci betul dengan si ….. tu. Ko tau apa soalan dia tanya kat Dato’ Mukhriz?”

“Apa?” sahut ahli pohon mempelam yang lain.

“Dia tanya apa perancangan Dato Mukhriz kalau dia dilantik menjadi Ketua Pemuda UMNO untuk membela masyarakat pemuda melyu di kawasan Bandar. Lepas tu dia cakap “ Tipulah saya jikalau kita masuk parti UMNO kalau tiada kepentingan.” Ada ke dia cakap macam tu? Orang macam ni lah yang merosakkan orang melayu dan pengundi-pengundi yang luar sana? Dah jadi trademark dah, masuk UMNO ada projek, masuk UMNO dapat projek”

Tiba – tiba rakan kami yang duduk mendengar perbualan ini yang sememangnya idealogi nya agak berhaluan kiri, menyampuk.

“Dah memang ia berlaku lagi dari zaman Tun Mahathir lagi. Jadi kenapa kena ada pertahankan melayu? Kalau macam gitu kan racist namanya? Kolot lah pemikiran korang ni. Kita hidup dalam negara Malaysia. Hidup pelbagai kaum tapi cuba lah adil dan saksama. Jangan sama kan dulu dengan sekarang. Dulu kita sama-sama menentang orang inggeris. Sekarang negara kita pon dah membangun. Orang pergi kerja pon semua bangsa dah boleh duduk satu ofis. Orang melayu makan kat tempat orang cina, orang cina makan kat tempat orang India, orang India makan kat tempat orang melayu dan sebagainya. Tapi kenapa kita perlu bersikap macam gini? Kita ni orang Malaysia. Maksud orang Malaysia ialah Melayu + India + Cina + Bumiputra. Kenapa polak negara kita perlu ada di asing-asing kan?

“Aku tengok orang Melayu sendiri pemalas. Naik menyampah aku tengok orang melayu yang macam orang kampong. Cuba lah berpikiran macam orang moden skit. Kita ni dah membangun. Naik moto nak merempit. Macam takde kemajuan aku tengok budak-budak melayu ni. Sebab tu lah aku suka kalau kita ni hidup bermasyarakat berbilang kaum. Tak payah nak ada keistimewaan orang melayu lah, orang ini lah, orang itu lah. Hidup sama rata. Masyarakat majmuk. Aku tengok ada jugak orang Cina susah. Ada juga orang India susah. Orang Cina ada jugak yang berkerja keras nak cari duit. Orang India pon ada macam tu jugak. Cuba lah berpikiran moden skit”

“Kerajaan skang perlu adil. Buka tender terbuka. Tak payah lah nak kuota utk orang melayu berapa lah, orang cina berapa lah, orang India berapalah. Kita buat secara terbuka. Adil macam tu untuk semua bangsa”

“Kenapa Malaysia tak boleh jadi negara kebajikan macam negara-negara kat luar sana? Kita kan negara membangun. Macam England/British, itu negara kebajikan. Diaorang beri kan elaun pendidikan kepada rakyat dia yang menuntut. Tak payah nak keluarkan duit se sen pon. Siap diberi elaun lagi kat keluarga yang dah berkahwin. Kenapa kerajaan sekarang tak boleh buat macam negara-negara tu?” luah rakan kami yang sememangnya agak muak dengan pentadbiran negara sekarang.

“Ko muak dengan pentadbiran sekarang ke pentadbiran dulu? Aku rasa dahulu nya pentadbiran takde masalah kot. Sekarang baru ko rasa nk bersuara kan sebab tak puas hati pasal semua naik, ekonomi negara tak stabil, karenah birokrasi ? Negara kebajikan dalam dunia ni ada berapa ketul jek. Kenapa tak sebut negara Jepun ke Korea Selatan ke Belanda ke Russia ke Sepanyol ke yang takde bagi elaun-elaun macam tu? Amerika syarikat yang besar tu ko taknak sebut polak..”

“Kita ada budaya kita, ada cara kita, tak payah lah nak ikut orang2 luar. Macamana kita nak maju? Asik ikut jek…. Orang berbudi kita menjilat… Orang tanya pendapat kita diam jek… Cuba berfikir di luar kotak….” Celoteh ahli mempelam.

UMNO kini semakin lesu. Jika UMNO lesu adalah ini menunjukkan orang Melayu semakin layu? Jika UMNO lesu adakah Negara lesu? Jika benar, kenapa UMNO lesu?

Kalau tidak lesu kenapa Ramai orang mempertikaikan kepimpinan Paklah?

Kita nampak apa berlaku tetapi kita bisu? Pohon mempelam tahu bukan hanya mempelam saja yang nampak. Semua orang tahu.

Orang Melayu tahu semakin hari Melayu semakin layu. Indah khabar dari rupa tetapi lupa pada akar dan bau. Bolotlah semua sekali yang ada dalam Malaysia ini. Ratahlah sampai kembung perut tu.. Biar lah ia Gondol asalkan perut kita kenyang.

Tapi ingat! Sampai manakah kamu boleh ratah. Orang tua memesan, kalau kita makan jangan lupa kat orang belakang dan jangan selera sangat sampai orang mertua lalu kat belakang pon tak perasan!!!

Leave a comment »

Cukup – Cukup

Beberapa ahli pohon mempelam telah mengembangkan layarnya ke arah luar dari tanah ujung Malaysia untuk mencari sekupang dua. Masuk ke suku kedua tahun 2008 telah merancakkan kesibukan ahli-ahli pohon mempelam. Tukang taip pohon mempelam yang kurang aktif untuk beberapa minggu tetapi kemeriahan di pohon mempelam masih lagi dapat dirasanya. Maklumat dan perbincangan masih lagi dilaksanakan dalam bentuk pesanan ringkas dan email. Perbincangan untuk menggerakkan pergerakan pohon mempelam untuk memperjuangkan pegangan prinsip antara sesama kita masih bernyawa seperti biasa malah membara-bara.

“Hello Assalammualaikum, Mana lokasi lu? Apa cita?” kata tokey burger yang membuat panggilan kepada salah seorang ahli pohon mempelam.

“Waalaikummussalamwarahmatullahiwabrakatuh! Baik Baik.. semua baik kat sini. Lokasi? Lokasi terpaksa dirahsiakan lah” jawab si yang menjawab panggilan itu.

Panggilan telefon dan berbalas sms hanyalah sebagai bahan interaksi kami di kala sesiapa yang berada jauh dari pohon mempelam. Peranan pohon mempelam sebagai “Head Quarters” adalah untuk merapatkan lagi jurang yang akan jauh jikalau dibiarkan dan sebagai perantara maklumat diantara ahli majlis pohon mempelam yang lain.

“Lu kol sapa beb?” jawab ahli mempelam yang sedang menyelak surat khabar New Strait Time dan The Star.

“Dak-dak lah. Saja jek tanya kabar” jawab si tokey burger yang semakin hari semakin sibuk.

“Diaorang confirm ke turun 17hb ni? (sila lihat post yang sebelum).” tanya si ahli pohon mempelam yang lain yang duduk sambil memerhati keadaan sekeliling.

“Diaorang confirm nyer. Benda dah plan lama dah kan” jawab si tokey burger.

“Apa cerita Mesyuarat Kongress melayu haritu beb? Lu ada pergi kan?” tanya si tokey burger.

“Biasalah. Nak jugak tengok apa cerita yang diceritakan tu tapi banyak yang menceritakan macamana nak memajukan Melayu jek.” jawab si ahli mempelam ini.

“Haa.. apa lagi? Apa pendapat lu?” tanya lagi si tokey burger sambil mengilas-ngilas pisau pemotong burger.

“Banyak isu pasal Bahasa Ingeris lah, ekonomi orang melayu tapi kurang sentuh tentang nak memantapkan perpaduan orang melayu ni. Kalau nak dibandingkan perpaduan orang melayu di kampung dengan di bandar, dibandar kita patut risau lah beb. Benda macam ni yang kita perlu timbulkan. Cari idea macamana nak merapatkan lagi antara kita. Gua tengok makin risau orang2 kita kat luar negara sana. Kebanyakannya kalau boleh nak mengelak kalau jumpa orang sesama bangsa. Takut kantoi ke malu ke apa ke tak tau lah. Maybe sebab tak open kot. Kalau macam tu macamana kita nak bersatu beb?” katanya.

“Yelah, zaman sekarang ke zaman dahulu ke yang penting perpaduan beb. Mat saleh kat luar tu pon lagi pegang perpaduan antara dorang-dorang. Dato’ Onn jaafar pon pernah berpesan … apa eh..” melayu akan selamat dan kuat apabila melayu bersatu”. Sekarang ni? Bersatu ke? Aku paham kita ni ada berlainan fikiran dan fahaman, taraf kedudukan pon lain-lain tapi kita kena set kan kita punya hala tuju dan tujuan tu ke arah yang sama. Kita semua ada role masing-masing. Ko buat kerja ko, aku buat kerja aku tapi mission kita sama. kalau semua nk buat benda yang sama, sampai bila kita nk jadi hebat. Ni kira macam TEAM WORK lah. Ko paham tak maksud aku?” terangnya lagi.

“Gua tengok bangsa lain, macam-macam diaorg nak kat Malaysia ni. Mula-mula mintak yang kecik-kecik, lama-lama nak yang besar-besar. Korang ingat lagi tak tahun 2005 rasanya,  bangsa lain hantar mmo permintaan kat Perdana Menteri. Nak hapuskan Agama Islam sebagai agama rasmi? Semua tu tak berasas langsung. Ko kena paham, kita duduk di negara mana. Mana datang nya negara ni? Sapa penduduk asal negara ni? Macamana diaorang boleh buat macam tu? SEBAB kita tak cukup KUAT! Tak cukup bersatu. Kalau kita Kuat, dorang takkan buat benda2 macam ni. Percayalah!” katanya lagi.

“Gua takde hal nak bagi apa yang dorang nak beb. Ketuanan rakyat lah, Hak istimewa orang melayu dilucutkan lah TETAPI aku nak sekolah cina ngan india takde lagi, iklan-iklan dalam bahasa cina dan india dihapuskan. Semua orang cakap  Bahasa Malaysia tak kira dimana-mana pun kecuali di rumah. Lepas tu takde diskriminasi kaum kalau ada kerja kosong. Kalau dorang boleh settle ini macam. Gua maybe takde hal punya lah. Orang Melayu ni termasuk lah dengan orang pribumi (Bumiputra). Ni lah penduduk asal Tanah Melayu. Orang British dulu pon cakap ini tanah melayu yang punya (MALAYAN). Orang Cina ada tanah sendiri (CHINA), orang india ada tanah sendiri (INDIA), apa…orang Melayu tak boleh ada tanah sendiri?? Apa ni?? Apa yang diaorang cuba sampaikan ini? Tak paham lah aku… apa ni?? Geram btul lah.” kata ahli mempelam yang lain.

” Tu pun ada juga orang dari bangsa kita tak boleh pikir dari sudut macam ni. Gua bukannya kolot beb, lantak lah kalau ada orang nak cakap aku ni kolot ke tak, duli apa aku, tapi kalau taraf semua diberi sama rata, mampos orang kita kena kitai punya. Ni apa punca bangsa lain dah boleh minta macam-macam sekarang ni? INI SEBABNYA KITA ORANG MELAYU TAK BERSATU. Tulah punca nya. Janganlah lu cuba nak salahkan orang itu lah, salah kan orang ini lah, tengok diri sendiri dulu, ko dah buat apa yang patut ke untuk bangsa kita. Aku taknak banyak lah…. Aku nk sampai satu tahap, bila kita boleh berbalas senyum kat orang yang kita tak kenal. Cukup lah setakat itu. Susah beb nak sampai tahap macam tu… TAPI aku nak cuba sampai dapat” sambungnya lagi.

“Ni sekarang ada polak nak mempertikaikan kuasa Sultan. Dulu nak pertikaikan Agama Rasmi. Lepas ni nak buat apa ntah. Nak bubarkan Parlimen polak ke? “

“Cukuplah..jangan asik nak pikirkan projek..projek…projek.. Nanti semua nya tergadai. Zakat jangan lupa polak. Kita kena berlandaskan Agama Islam. Baru betul.. Itu sahaja yang boleh mempertahankan bangsa kita. Itu lah perkara asas dalam semua perkara. Kita ni pon sedang berlwan dengan agama lain. “

Aku ada baca satu buku, Dato Onn ada cakap … “Marilah kita bersatu seperti kita pernah bersatu dahulu dan berusahalah sepertimana kita pernah berusaha dahulu. Tunjuk yang kita sebenarnya keturunan datuk nenek kita ni pernah menghadapai bahaya dan bersatu hati. Dengan bersatu itu sahaja akan dapat kita menghadapi masa akan datang.” Haaa… itulah dia… Dorang tak tau yang orang dulu ni berkorban macam nak MAMPOS, korang sekarang senang lenang jek nak gadaikan. Macamana tu?”

“Macamana pon, kite kena tolenrasi lah beb antara satu sama lain. Kita semua nak hidup aman dan makmur. Jangan tamak. Tamak tu membahayakan agama, bangsa dan negara lah beb… satu jek aku nak pesan kat anak-anak aku nanti…Ibadah jangan lalai, Hidup jangan bersikap tamak, Hidup bertolenrasi, Hormat Orang tua dan Sayang sesama kita”

Leave a comment »

Saya yang bersalah!

Pohon Mempelam | 6 April 2008

 

Kemeriahan warong pada kali ini agak tidak tersusun, ada yang order benjo tak sampai-sampai, yang order kopi O kurang manis dibagi terlebih manis, ini semua berkemungkinan kerana faktor cuaca yang agak panas 2-3 hari ini. Dahulunya, angin sentiasa melintas dikawasan kami. Suhu di kampung kini tidak sesejuk seperti dahulu.

 

Pembangunan disekeliling kampung mungkin telah menyebabkan kenaikan suhu di sini. Bangunan-bangunan tinggi telah manghadang laluan angin ke arah lain. Kawasan perumahan baru yang sedang sibuk membangun, telah melenyapkan hampir 70% pokok-pokok di kawasan ini.

 

Penambahan peniaga dibawa pohon mempelam merancakkan ekonomi kampung ini. Disebelah pagi, terdapat brader lama telah memulakan gerainya untuk sarapan pagi. Lontong berkuahkan lodeh kaw dan nasi lemak ayam goreng berempah menjadi penarik disini. Disebelah petang pula, kehadiran kopitiam akan memulakan perniagaannya dalam akhir bulan ini. Disebelah malam hingga ke awal pagi, masakan tomyam dan kampung serta stall burger memenuhi kawasan dibawah pohon mempelam tanah ujung Malaysia.

 

“Amcam niaga hari ni, OK ke K.O?” Tanya ahli member mempelam yang baru selesai menutup warung burgernya.

 

“OK laa, maintain, 5 ke 6 bag. Boleh la, ader gaji. Gua baru niaga, ni kira ok la, maintain aje niaga nanti dapat laa sampai 10 bag sehari. Ha! time tu baru ok sikit, boleh kembangkan sikit niaga bukak western plak” kata tokey burger.

 

“OK tu, InsyaAllah boleh punyer. Janji konsisten. Jangan hari ni bukak, esok tutup, jawap kena maki dengan orang aje laa nanti”.

 

“Mana budak – budak lain?” tanya si tokey.

 

“Ramai takdela minggu ni, ader outstation, ader jumpa boss, ader yang bawak diri la, macam-macam hal, kita aje la yang ader”. Jawap sorang dari ahli mempelam

 

“Kita bertiga aje kira ok la, Karang ramai-ramai karang jejak subuh nanti balik”, sampuk tokey burger.

 

“Amcam blog beb?”, Tanya tokey burger

 

“Tu la dia, tak sempat nak publish aper-aper lagi, info kurang. Lu orang bagi la idea, bahan – bahan yang boleh gua masuk kat blog” jawap editor blog.

 

“Hmmm, tulis aje aper yang dirasakan perlu untuk kita kongsi”

 

“Gua rasa kita perlu masukan cerita – cerita yang boleh menyedarkan bangsa seagama kita ni, betapa perlunya kita bersatu padu. Bila bertembung mata aje kita senyum. Bila lelaki sama lelaki laa….kalau dgn perempuan jadi lain plak.

Bila ade sesuatu cuba kawal diri kita supaya kita tak ikut perasaan, sebab kalau kita marah pastu bergaduh dah tak sedap la beb!! Tapi bukan senang, sekarang ni orang semua banyak yang CONMAN, silap – silap kita kena tipu” sampuk ahli mempelam

 

“Ha…kalau spesis yang ni jangan dibiarkan laaa…kalau kena elak, kita elak laaa tapi masih ader cara untuk ubah sikap diorang la beb.” jawap ahli mempelam yang mengajukan cerita tadi.

 

“Orang melayu ni malas la beb, susah nak cari yang sama –sama nak berjaya. Kalau nak berjaya bersama pun dia pikir perut dia dulu. Ya laaa kan, kita kalau nak maju, nak Berjaya…setakat jalan sorang payahlaaa. Mesti ader partner yang boleh kita bergantung sesama.”

 

“Idea dua kepala mesti lebih baik dari satu kepala…..”

 

“Bila kita cakap nak buat sesuatu, perghh… yang tukang bagi idea memang banyak. Setakat bagi idea pastu tak de yang mengerjakannya memang payah sikit”

 

“Lepas tu, ada satu sikap orang melayu sekarang yang gua tak suka. Kalau jumpa dengan orang yang ada kedudukan skit, mesti minta projek. Kat situ kita tengok budaya tu dah menjalar dah sampai budak-budak sekarang. Sampai anak-anak muda dah pandai cari payung macam tu sekali. Patutnya, orang melayu ni bukan cari projek aje, kenalah belajar macamana nak cari laluan, cari cara, cari jalan alternatif. Bukannya asik nak bergantung jek. Ni nanti, orang tu tak bagi projek, dia mulalah nak hentam dari belakang. Cakap melayu tak tolong orang melayu la ..Ni apa punya cara ni beb?”

 

“Kalau bab nak memulakan sesuatu kerja ni, pada gua la kan sekurang-kurangnya mesti ader dua orang baru boleh berjalan sikit. Sorang lemah semangat, yang sorang lagi bagi semangat, bila dua-dua lemah semangat, aper lagi kena sit down, kena rokok, kena Nescafe ke….pastu brainstorming aper yang menyebabkan masalah sampai kerja stuck.”

 

“Macam tu baru ader cara”.

 

“Kalau ader yang nak menolong berniaga pun memang ramai. Tapi berniaga nak suruh kita keluar modal dulu, kalau sikit takper…lepas tu bila fail, kita yang tanggung sorang – sorang” jawap salah sorang ahli mempelam.

 

“Alaaa aper – aper pun semuanya ‘Back to Basic’, kan orang cakap banyak pasal ni. Semuanya berbalik kepada sikap kita kepada situasi tu. Kalau kita nak berjaya, kita kena usaha laaa, jangan berharap pada orang lain cari la cara macam mane pun. Kita cari la kita punya team. Orang – orang kuat kita yang konsisten dalam sesuatu kerja, dia buat role masing-masing. Bukan yang nak kaya sekelip mata dan yang paling utama RISIKO. Ha! ni kita kena berani ambil bila kita nak berjaya. Bila kata nak berjaya aje….makna nya bukan jalan yang mudah.”

 

“Gua paham, salah satu punca perpecahan dalam orang kite ni adalah EKONOMI. Takde ekonomi boleh berpecah belah. Macam satu rencana dekat Malaysiakini baru-baru ni, topik dia cerita pasal Perpecahan disebabkan ekonomi. Ada betulnya yang diceritanya, Negara Arab berpecah disebabkan fahman yang membataskan periuk nasi masing-masing tetapi pada gua, itu bukan faktor utama nya. Kefahaman Agama perlu ditingkatkan. Dalam agama mengutamakan akidah dan ada juga menceritakan tentang ekonomi. Pemimpin kite perlu sedar. Kebajikan ekonomi perlu diutamakan” kata ahli pohon mempelam yang menyentuh sedikit faktor ekonomi dalam perpaduan.

 

“OKAY, gua bagi contoh paling senang. Kita ni orang ISLAM, ALLAH dah cakap dah, Solat tu membawa kejayaan Kepada kita Dunia dan Akhirat. Benda ni kita dengar lah 5 kali setiap hari. EVERYDAY!! Azan tu ah…Cuba faham maksud dia. Tapi pasal kita ni masih lemah. Tak sedar benda-benda macam ni. Tu aje bukan susah pun sembahyang….TAPI nak buat satu waktu pun punyer la susah. YA ALLAH, beri lah kami rahmatmu, sesungguhnya engkau memberi rahmat Kepada sesiapa sahaja yang engkau inginkan. AMIN”.

 

Hati kita mestilah bersatu. Mesti bangun dari lena. Masyarakat kini penuh mengharapkan pemimpin menyelesaikan isu-isu yang remeh temeh kadangkala tetapi ia adalah juga tanggungjawab bersama. Kembali kepada diri sendiri. Jikalau kisah pembunuhan berlaku, kisah murtad merata-rata, kisah sosial remaja, kisah rempit dan sebagainya adakah ini perlu kita letakkan kepada orang lain untuk bertanggungjawab. Kami percaya kerajaan telah menyediakan berbagai-bagai cara, tetapi sikap kita yang ambil mudah menjadikan sesuatu program tidak berjaya. Yang penting apa yang berlaku disekitar kita adalah disebabkan diri sendiri.

 

Yang perlu dipersalahkan adalah diri SAYA sendiri, bukan orang lain dan bukan kerajaan. Diri SAYA yang perlu dipersalahkan kerana SAYA tidak selalu berpesan-pesan antara satu sama lain. SAYA lah yang sebenarnya tidak menjalankan role kita yang sepatutnya. Maafkan diri aku ini kerana tidak saling pesan memesan antara satu sama lain. Saya lah yang patutnya dipersalahkan.

Leave a comment »

Forum di Tanah Ujung Malaysia: Suara Hati Rakyat’

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Dengan segala hormat dan cintanya, Pohon Mempelam Tanah Ujung Malaysia ingin mengajak saudara dan saudari sekelian ke Forum yang dianjurkan oleh Badan Bertindak Gabungan Ahli-Ahli Akar Umbi UMNO Johor dengan kerjasama MyKMU Johor. Segala butir-butir tentang forum adalah seperti berikut: 

 

 

Forum ‘UMNO Pasca Pilihan Raya Umum 12 : Suara Hati Rakyat’

Anjuran Badan Bertindak Gabungan Ahli-Ahli Akar Umbi UMNO Johor
dengan kerjasama Mykmu.net (Johor)

Sabtu, 17 Mei 2008 (
8.00 pg – 2.00 Ptg), Di  Hotel M-Suite Johor Bahru
Ucaptama : Y.A.Bhg Tun Dr Mahathir Bin Mohamad
Ahli Panel : 
Datuk A. Kadir Jasin, Dato’ Mukhriz Tun Mahathir,
Dato’ Zainal Abidin Zain dan
Datuk Ruhanie Ahmad
Moderator : Datuk Syed Hussein Al-Habshee

Masuk Percuma, semua dijemput hadir. Sila emailkan nama dan nombor telefon untuk pendaftaran ke mykmujohor@yahoo.com  Untuk maklumat lanjut klik sini…

 

 ATURCARA MAJLIS :

8.00 pagi :

8.45 pagi : 

9.00 pagi:

9.30. pagi

 


11.15 pagi :

 

 

2.00 petang :

Ketibaan para tetamu

Ketibaan Moderator, Ahli Panel dan Tetamu Kehormat 

Ketibaan Y.A.Bhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad.
Nyanyian
Lagu Negaraku dan UMNO Bersatu.
Bacaan Doa
Ucapan Aluan Pihak Penganjur.
Ucapan Keluh Kesah Rakyat Perihatin

FORUM UMNO Pasca Pilihan Raya Umum 12: Suara Hati Rakyat
Sesi Soal Jawab

Ucapan Rumusan oleh Y.A.Bhg Tun Dr. Mahathir.
Sesi Soal Jawab
Perlancaran Portal www.mykmujohor.com
Penyampaian Cenderamata.
Kenyataan Akhbar.

 Jamuan Ringan dan Bersurai.

 

Sekian dan salam dari Pohon Mempelam Tanah Ujung Malaysia.

Leave a comment »

Diskusi Pemuda Johor | April 2008

Pohon Mempelam | 1 May 2008

Beberapa ahli majlis pohon mempelam telah mendapat peluang untuk bersama-sama menyertai Diskusi Pemuda Umno Johor, di Hotel NEW YORK, Johor Bahru pada 20 April 2008. Hasil dari pemerhatian dan pendengaran dari diskusi itu, ingin lah ahli mempelam berkongsi bersama – sama sebagai informasi.

Hasil dari diskusi itu, Pemuda Umno Johor Berjaya mendapat sebanyak 149 cadangan dari akar umbi Pemuda Negeri Johor. Cadangan-cadangan ini telah diserahkan Kepada Ketua Pemuda Umno Negeri Johor, Y.B Razali Bin Hj. Ibrahim. Beliau pula akan menyampaikan cadangan – cadangan ini kepada YAB Menteri Besar Negeri Johor selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Johor dan juga kepada Ketua Pemuda Umno Malaysia, YAB Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussien supaya cadangan ini dapat disampaikan Kepada pucuk pimpinan tertinggi UMNO.

Sesi diskusi ini dibahagi kepada beberapa kumpulan atau bengkel. Setiap bengkel menpunyai tajuk tertentu yang dibincangkan. Hasil dari perbincangan bengkel – bengkel ini, lahirlah sebanyak 149 cadangan yang mana pemuda-pemuda Umno Johor mendesak supaya ianya disampaikan kepada pucuk pimpinan tertinggi Umno.

Di sini serba sedikit ajukan semula dan cadangan yang disuarakan oleh akar umbi Pemuda Umno Johor hasil dari bengkel yang dijalankan.

“Tuan-tuan sekelian, kita akan membincangkan apa yang ada didalam tajuk perbincangan sahaja” arah Pengerusi Majlis memotong ucapan dari salah seorang Pemuda Umno.

“ Tuan Pengerusi Majlis, kita disini adalah untuk mencari penyelesaian dan ingin menentukan hala tuju kita sebagai orang melayu. Pemimpin sibuk cakap nak dengar ape AKAR UMBI cakap. INI LAH DIA AKAR UMBI. Bila kita luahkan aper yang kita fikirkan perlu, TAPI, tak boleh dibincangkan. APA Ni???

Apa yang perlu sekarang, Pemimpin no. 1 perlu meletakkan jawatannya. Begitu juga Pemimpin No.2, juga perlu meletakkan jawatan. Kedua-dua mereka ni harus bertanggungjawap terhadap apa yang telah terjadi kepada pilihanraya yang lalu dan juga Kepada UMNO secara khususnya”

“UMNO adalah Melayu, MELAYU adalah Umno. Tapi aper tindakan yang diambil supaya orang melayu bergantung pada Umno. Apa yang kita lihat sekarang, Melayu Tak nak UMNO ader???”

“Banyak program-program yang tidak mendatangkan manfaat kepada rakyat yang dijalankan oleh pemimpin kita ini”

“Aper Jadi dengan AKADEMI LATIHAN PEMUDA UMNO MALAYSIA di JANDA BAIK???……..Apa? Dah Kawin BARU ke??” Sahut Ahli Pemuda lain dan disambut gelak tawa sinis ahli pemuda Umno yang lain

“Sepatutnya Akademi Pemuda ini dapat memainkan peranan dalam memberi latihan kepada pemimpin – pemimpin pemuda.”

“KAMI MAHUKAN PERUBAHAN” sahut peserta-peserta yang lain.

“Kami tidak mahu ada lagi terlibatnya Parti Keluarga dalam Umno. Faktor ini juga menjadi sebab kekalahan PRU-12. Ketua Pemuda mestilah mempunyai kriteria-kriteria yang bersih. Bukannya nak menggondol semua peluang yang ada lepas tu, buat pembahagian antara keluarga. Ini ke yang dikatakan pembangunan untuk rakyat? Kalau projek beratus ribu bolehlah kita bertolak ansur tetapi ini Ratusan Juta Ringgit!!”

“Kami mencadangkan supaya semangat dan semaikan semangat sayangkan Umno. Kite memerlukan kursus-kursus untuk menyemaikan sengat Umno atau pun sengat Melayu dalam setiap generasi muda. Orang muda mudah terpengaruh kerana kita tiada cara untuk menyemaikan benih-benih semangat kasihkan Agama, Bangsa dan Negara!!”

“Kita perlukan satu strategi baru untuk mendekati orang-orang muda. Rasullullah pernah bersabda “Jikalau kita hendak melihat masa depan negara dan pemimpin akan datang, kita lihatlah tindak tanduk remaja dan orang muda zaman sekarang”. Itu yang kita perlukan untuk membetulkan apa yang tidak betul sekarang tetapi kalau kita mengambil endah tentang perkara ini, tidak bersatu padu, sentiasa menjaga kepentingan diri sendir, HANCUR Bangsa kita. Bila Hancur Bangsa, Hancur lah Agama Islam kita, Bila Hancur Agama kita, memang SAH! Hancurlah Negara kita. Cubalah fikir-fikirkan.”

“Kini kita boleh nampak, Kedaulatan Perlembagaan negara sudah mula pertikaikan. Salah siapa disitu?? Salah KITA!! Salah Kita sebab kita tidak menbantu orang yang berfahaman begitu. Kita perlu bekerjasama sama-sama menjayakan misi dan visi ini. Kerja kita tidak akan selesai sampai bila-bila. Kita perlukan satu rancangan yang panjang dan jauh untuk merealisasikan impian kita ini. Memang sukar, tetapi inilah kenyataannya!”

“Kita memerlukan satu sistem baru atau satu pendekatan baru mengikut peredaran zaman untuk mendekati masyarakat majmuk dia negara kita! Suara penat atau suara yang keletihan, kami tidak mahu lagi dengarkannya lagi!” kata salah seorang peserta.

“Budaya mengharap, tidak ambil endah dan budaya kepentingan diri sendiri kita perlulah hindar dan singkirkan. Budaya kita kini sudah tidak sama dengan budaya ketika tertubuhnya Umno pada zaman Dato Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman”

“Saya percaya, sebenarnya musuh orang Melayu adalah orang Melayu sendiri. Musuh orang Melayu adalah Orang Melayu. Musuh Orang Melayu adalah Orang Melayu sendiri!!”

Itulah serba sedikit yang dapat di kongsikan untuk tatapan semua. Kekuatan bangsa sudah dapat kita lihat semakin lama semakin nipis tetapi masih ada lagi sudut-sudut yang boleh diselamatkan dan ini terserlahlah kepada kita bagaimana untuk kita mempraktikkannya. Pohon mempelam mengigati sebuah lagu yang menyentuh jiwa kami pada seketika dahulu. Lagu tersebut dicipta pada tahun 80an dan lagu tersebut sentias menjadi siulan kami dan tetap dijadikan panduan untuk berjuang dan masih lagi berdiri bulu roma kami apabila menyanyikan lagu ini. Berikut adalah lirik dan video yang kami dapati di YouTube :

Warisan – Anak Kecil Main Api

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Airmata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintis sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutup hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di Nusantara

Melayu kan gagah di Nusantara!!!


Segala 149 usul dan rumusan semasa berlangsungnya diskusi ini boleh didapati di MyKMU Johor.Com -> Diskusi Pemuda Umno Johor

Leave a comment »

Program Dato’ Mukhriz di Johor

Pohon Mempelam | 30 April 2008

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Dengan segala hormatnya, tuan/puan dijemput hadir ke program YB Dato’ Mukhriz Tun Dr. Mahathir di Johor seperti berikut:

1. 1hb Mei 2008 :12.00pm – 02.30pm
Acara : Perjumpaan Ramah Mesra / Dialog / Jamuan Tengahari bersama PPUM Tenggara/Kota Tinggi.

Bertempat di Orchard Golf & Country Resort, Kota Tinggi, Johor

2. 1hb Mei 2008 : 04.00pm – 06.00pm
Acara: Perasmian Program Biro Latihan PPUM Kulai

Bertempat di Teluk Gorek, Tg Resang, Mersing, Johor.

3. 1hb Mei 2008 : 08.00pm – 10.00pm
Acara : Majlis Dialog Bersama PPUM Mersing

Bertempat di Hotel Timotel, Mersing

Harap Maklum.

Salam hormat dari Pohon Mempelam tanah ujung Malaysia. Sekian.

Comments (1) »

Pancasila Darah Ku

Pohon Mempelam | 29 April 2008

Borak punya borak tak sedar masa berlalu begitu cepat. Jam sudah menunjukkan pukul 3.00 pagi, embun jantan sudah memenuhi kawasan sekeliling tapi ahli pohon mempelam seorang pun tidak mahu berganjak dari kerusi masing-masing. Ini adalah perkara biasa apabila bertemu dan berborak di atas satu meja yang sama dan apabila topik yang dibualkan begitu menarik dan panas, masing – masing mengeluarkan pandapat mereka. Itulah dia ahli-ahli majlis pohon mempelam.

Dalam suasana dingin pagi ini, salah seorang ahli pohon mempelam menyuarakan apa yang terbuku dihatinya kepada ahli yang lain…

“Cuba korang fikir, apa akan terjadi bila melayu sudah ­­hilang kuasa?”

“Alaa..kalau melayu hilang kuasa, diaorang tau la nak buat apa” sampuk ahli yang lain.

“Melayu nak buat ape?”, Tanya salah seorang ahli mempelam.

“Apa lagi, angkat parang laaa, Mengamuk laaa” jawabnya

“Ha..Tu aje la yang orang kita ni tau buat. Bila keadaan dah teruk, baru nak sedar. Dah terhantuk, barulah nak mengamuk tapi nak betulkan mesti ada cara lain, takpayahla nak angkat paranglah nak angkat pisau la, nak angkat keris lah…orang lain tu, dah mula angkat pistol beb”.

“Apa yang kita boleh buat lagi? Takde, tu je lah yang kite boleh buat. Baru kasi gigil skit orang lain tu.” komen ahli yang lain.

“Tu aje la yang kita tau, mengamuk, mengamuk mengamuk….”

“Macam mana agaknya, kita boleh buat supaya orang melayu ni bersatu? Macam kaum lain contohnya laa. Kalau kita tengok orang cina bila berniaga, bila sesama diorang, diaorang mesti lebih kurang punya, sebab tu diorang dapat monopoli ekonomi kat Malaysia ni. Sikap dorang yang membawa kaum dorang kehadapan tau…”sampuk salah sorang ahli mempelam

“Susah la beb!!! Orang melayu ni penuh dgn sifat-sifat yang mementingkan diri sendiri. Tu yang payah tu. Kalau ada pun kesedaran, tu tak ramai.Tu yang problem tu. Alaa lu tgk aje la pemimpin kita tu, Bila dah ada kuasa, ada diorang nak tolang bangsa sendiri???, cakap nak tolong melayu berniaga la, nak bagi kemudahan itu laa, ini laaa, macam – macam janji tapi HAMPEH!!”

“Contoh gua nak berniaga la kan, pegi la tanya kementrian MECD (Ministry of Entrepreneurship and Cooperation Development), perghh.. banyak kemudahan yang ader tapi syarat – syarat nya lagi la dahsyat. Memang kebanyakan Orang melayu yang mcm gua tak mampu nak penuhi.”

“Alaaa benda mcm tu memang la. Bank yang control peruntukan tu semua. Diaorang bagi laaa dekat orang yang betul- betul layak dan tak banyak risiko” celah salah sorang ahli mempelam.

­

“Tu yang gua malas nak pinjam duit dah, biar gua start berniaga dari ZERO, bila gua dah berjaya sikit baru la bank nak bagi gua pinjam duit. Macam gitu laa cara nya”.

“TAPI, gua tengok zaman PAKLAH ni, dia tak jaga ekonomi kita la beb. Kepentingan rakyat tu tak diambil berat. Aper pendapat korang?” tanya seorang ahli mempelam.

“Tu kesilapan besar PAKLAH, Cara PAKLAH tak betul. Masa dia naik dulu, KERUSI YG DIPINJAMKAN RAKYAT untuk dia jadi PM, orang semua suka dia, sokong dia.. GUA pun suka BEB!!! Nilah dia yang gua rasa, seorang pemimpin yang akan membela orang melayu. Pilihanraya pun dia menang besar BEB!! POWER tu.

Tapi rupa-rupanya, sama jugak…kepentingan diri dia yang diutamakan. Nak buat MALAYSIA ni macam keluarga dia punya plak. 5 tahun nya tanggungjawab, dia banyakkan pasal hal ehwal yang takde kena mengena dengan rakyat. BEBAN yang sepatutnya kerajaan tanggung dia bagi kat rakyat tak sikit pulak dia hantar.

Tu la dia, MINYAK NAIK, Tarif Naik, abis semua naik!!! GAJI takuk tu jugak. Lepas tu dia adakan kempen plak terangkan kenapa barang ni semua naik harga. ADUHHH, letihlah laaa…orang taknak tau laaaa…….Orang dah penat lah …Orang pilih dia supaya dia jaga kepentingan kita laaa, yang paling penting EKONOMI beb. Dia macam syok sorang laaaa….biasala bila cakap aje, yang YES man ramai kat atas tu, Bukan KIPAS TAPI AIR-COND lagi.” jawab ahli yang lain.

“Ni gara-gara menjaga kerusi dan periuk nasi sendiri. Tak memikirkan kepentingan bersama. Macam-macam kes berlaku disemua tempat, menggunakan politik untuk berniaga. Ni dah salah. Lu nak politik sangat, lu politik lah dalam company lu.” Bentang beliau panjang lebar.

“Tapi kita tak boleh buat ape laa beb, satu dunia minyak naik, makanan naik. Lu kena paham situasi ekonomi dunia beb. Skit banyak ada jugak effect kat sini” sampuk salah seorang ahli mempelam.

“Memang la naik tapi kuasa kat tangan diorang laaa. Macam PETRONAS, Ni tak, cakap duit PETRONAS nak digunakan untuk pembangunan rakyat. Mcm-mcm laaa. Banyak lagi GLC – GLC (Government Link Company) yang ade, tapi mana duit tu semua pegi???? Kalau bukan buat projek untuk kepentingan orang – orang tertentu???”

“Gua dah malas la dengan sikap pemimpin kerajaan sekarang, Diaorang takde pikir nak jaga kepentingan kita. Diaorang ni cakap-cakap-cakap, diaorang makan Roti, HABUK roti dia bagi kat kita. Ni la dia… Nilah manusia zaman sekarang”

“Ntah la, Aper nak jadi dah kat bangsa seagama kita ni.” Jawap seorang ahli mempelam.

“Macam menantu PakLah tu. Apa yang dia buat selama dia jadik NKP (Naib Ketua Pemuda Umno)? Ada dia risaukan pasal aktiviti untuk generasi muda? Ada dia buat program-program Modal Insan? Wa memang setuju tentang Pak Lah tentang Modal insan tu beb, tapi lu sebagai NKP kenalah pandai amik hati ahli pemuda dan generasi muda untuk tiket lu menjadi KP (Ketua Pemuda Umno) dengan menyelia program-program salasiah dan modal insan. Itu penting!! Ni tidak, sibuk dengan FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia), dengan MY-Team, dengan ECM Libra nya, dengan Demonstrasinya…itu contoh yang baik ke beb wa cakap dengan lu??”

“Tak pernah belajar di sekolah rendah kebangsaaan dan tak pernah menuntut di sekolah menengah kebangsaaan MAKNA nya tidak pernah mengangkat ikrar Rukun Negara. Ntah-ntah dia taktau kat belakang buku sekolah kita tu ada ke takde penerangan tentang Rukun Negara.”

“Kita, aku kat sekolah tu, setiap kali perhimpunan angkat SUMPAH DAN JANJI lah…” terang beliau tentang isu etika NKP Umno lalu berdiri dan mengangkat tangan…

Maka Kami, Rakyat Malaysia, BERIKRAR…

Akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

“Ada? Ada ke ciri-ciri menantu PM ni kalau kita ikutkan Rukun Negara tersebut? Percaya kepada Tuhan tu, antara dia dan Allah. Kesetiaan kepada Raja dan Negara, ada? Setia ke dia pada negara? Hancurkan negara ada lah! Jadi lu pikir-pikirkan lah… Ada ke kita ni mempunyai PancaSila yang kukuh?? Cukup ke PancaSila kita ni?? Orang sekarang ni, dah lupalah pasal Pancasila ni… Ni yang masalahnya…”

“Nama dia pun letak Khary Jamaluddin. Sepatutnya sebagai seorang orang Melayu yang jati, seseorang itu meletakkan nama bapanya kepada umum. Contoh, Tun Dr Mahathir Bin Mohamad, Datuk Seri Dr Khir Bin Toyo, Datuk Seri Muhyiddin Bin Yassin, Datuk Seri Rais bin Yatim, Datuk Mukhriz Bin Mahathir, Datuk Razali bin Ibrahim, Dato’ Onn Bin Jaafar, Tun Ghafar Bin Baba… ni tidak, Khary Jamaluddin! Sepatutnya dia letakkan KHAIRY JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR. Macam OMPUTIH lah cara nya… ni ke? Ini ke pemimpim yang kita cuba tolak kehadapan??” jelas beliau sambil menyalakan rokok untuk menenteramkan hatinya.

“Kita yang bawah ni, ramai yang risau. Bukannya apa beb orang atas macam tak amik kisah. Ni gua tengok politik dah jadi politik wang. Korup sana sini.”

“OKlah BEB!!! Jam dah nak kul 5 la, besok nak keja lagi, lu niaga lain la, gua makan gaji aje, kita sambung – sambung esok laaa, ok? Ini macam cerita sampai bila pon takhabis kalau nak diikutkan perasaan.”

Maka, mula la bergerak semua ahli pohon mempelam ke destinasi masing masing, ader yang terus balik ke rumah dan ader yang terus ke masjid untuk bersiap sedia untuk solat subuh.

Leave a comment »