Archive for Uncategorized

Cerita -Cerita di Muka Bumi

bismi1
Pohon Mempelam | 10 Februari 2009 | 14 Safar 1430

Pergh… Sadis sungguh aku tengok korang ni. Gaduh sana sini. Tak
habis-habis cerita pasal boikot, rebut kerusi, sogok sana sini, bunuh sana
sini, culik sana sini, rumah xsiap lah, kerajaan negeri tak tanggungjawab
lah, orang ni dapat projek salah, orang tu dapat projek pon
salah….Aaaaaahh…macam2 hal dunia ni kan? Pastu cakap sesuka hati jek..

  1. Kalangan umat seluruh dunia sekarang dalam kempen boikot memboikot barang-barang yang datang atau mempunyai silahturahim dengan kaum Yahudi.
  2. Seluruh pemimpim di Malaysia dari negari Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional, sibuk menjaga nama mereka di pentas antarabangsa/tempatan untuk merebut kerusi-kerusi penting di negara atau kerusi-kerusi penting di badan-badan yang berpengaruh.
  3. Untuk mendapatkan kerusi-kerusi tersebut mereka terpaksa menjaga orang-orang suruhan / orang-orang yang boleh membawa mereka ke hadapan.
  4. Bagi orang-orang yang berselindung/membiayai pemimpin tersebut akan diterima projek sebagai membalas jasa.
  5. Terlalu banyak projek “membalas jasa” diberikan kepada pembiayai-pembiayai tersebut tidak kira kecil atau besar nilainya. (minimum 50,000)
  6. Projek-projek itu tergendala apabila pemimpin yang dibawanya terkandas di medan politik.
  7. Projek-projek itu tergendala apabila terlalu banyak projek yang dihulurkan/dipertanggungjawabkan kepada pembiayai-pembiayai tersebut.
  8. Pemimpin terpaksa memerlukan khidmat pembiayai ini untuk menjaga nama mereka supaya tidak terlibat dengan sebarang projek padahal mereka mendapat komisyen sehingga 50%.
  • Tu serba sedikit cerita di dalam Malaysia!

Pergh…sadis sungguh aku tengok korang ni. Tak habis-habis cite pasal
perang! Gaduh sesama negara Islam, perang sana-sini, rebut kawasan minyak,
rasuah sana sini, ekonomi merundum lah, buang pekerjalah, propaganda sana
sini, meeting sana sini, forum sana sini, masalah tak hilang-hilang jugak.

  1. Israel tidak henti-henti menyerang Palestin
  2. Dahulu, Amerika tidak henti-henti menyerang Iraq
  3. Dahulu, Amerika tidak henti-henti menyerang Kuwait
  4. Dahulu, Amerika tidak henti-henti memaksa negara arab untuk bersilahturrahim
  5. Dahulu, serangan ekonomi tak putus-putus.
  6. Dahulu, berjuta-juta orang hilang pekerjaan
  7. Propaganda barat dan timur tetap berterusan sehingga Matahari terbit dari arah Barat
  8. Rakyat negara-negara Islam ditindas/dikecam/dihapuskan tetapi Pemimpin-pemimpin sibuk berforum dan sebagainya.
  • Dahulu? Sama jek dulu ngan sekarang. Ada beza ke?
  • Tu sedikit cerita yang berlaku di peringkat “International”!

Pergh…sadis sungguh aku tengok korang ni. Tak habis-habis cita pasal
korang. Buang anak merata-rata. Mak bapak dibuat macam anak-anak kecil,
Romen sesuka hati korang, pagi petang siang malam mabuk arak, semua nak
jadi mcm bill gates, nak jadi model, nak famous, nak kaya, tarah bumi sana
sini, curi kasut kat masjid,  bunuh org kat tepi jalan, campak isteri kat
sungai hidup-hidup, amik ayat – ayat Allah buat jampi, buat halau hantu,
macam-macam ada.

  1. Berita-berita buang anak di dada akhbar sudah lazim.
  2. Berita-berita bunuh/di anak kecilkan mak bapak sudah lazim kita dengar
  3. Romen siang dan malam, terbuka dan tertutup dah jadi perkara lazim
  4. Orang bercerita pasal romen-romen dah jadi topik utama
  5. Kanak-kanak Ber-idola/bercita-cita tinggi nak jadi Model Fashion, Nak jadi Bill Gates etc..
  6. Rampok merampok di kawasan masjid sudah menjadi trend.
  7. Orang amik “kata-kata ALLAH” buat jampi (tak baik-baik jugak!), buat kaya (tak kaya-kaya jugak!) kini dah jadik ikutan nenek moyang kita turun temurun.
  • Tu plak serba sedikit cerita yang berlaku di permukaan muka bumi!!

Pergh….sadis sungguh aku tengok korang ni. Rasuah sana sini. Cerita sini
lain, cerita sana lain. Cakap tak serupa bikin, nak bersatu padukan org
tapi tak padu-padu pon, ugut sana sini, hulur projek sana sini, buat
kebajikan semata-mana nak naikkan darjat dan nak dapatkan nama, penuh tipu helah, berlakon
pandai, Lompat parti sana sini, sebelah sini cakap dia betul, sebelah sana pun dia cakap dia betul..macam-macam org nak rebutkan kuasa ni.

  1. Politik = Projek + Rakyat + Kuasa + Pangkat + Mertabat
  2. Satu padu = Legislative + Judiciary + Executive = Perdana Menteri = Demokrasi??
  3. Ahli-ahli Dewan dan Parlimen di ugut untuk letak jawatan/tukar kerusi kalau disyaki buat salah
  4. Duli yang MAHA Agung vs MAHA Pencipta
  5. Depan TV perangai nya lain, Depan rakyat perangainya lain, Depan pengikut perangainya lain…Lain-Lain lah…
  6. Lompat Melompat bagaikan katak yang takde pendirian.
  7. Kiri, Kanan, Atas, Bawah semua cakap dia betul…kat tengah-tengah yang tersepit.
  • Haaa.. Tu serba sedikit cerita pasal dunia politik di muka bumi!!

TAPI??  “Amat sedikit dari kalangan kamu mahu ambil pelajaran”

Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?”

Surah Al Qamar: 22

Kuda akan berlari kencang
Itu pun JIKA kuda itu kuat untuk berlari dan yang berkemudi itu bijak
mengemudi.


Kapal hebat merentas lautan
Itu pun JIKA kapal itu cukup kelengkapan  untuk meredah lautan yang ganas
dan yang pengendali itu bijak mengendali.

Rumah tidak roboh
Itu pun JIKA rumah itu punyai tiang asas yang kuat dan ketua rumah bijak
menyusun atur.


Kebun tanaman subur melata

Itupun JIKA kebun itu mempunyai tanah yang subur dan pekebun itu bijak
mengendalikan tanaman.

Barang – barang berguna/bernilai
Itu pun JIKA barang itu ada rahmatnya dan pemunya tahu menggunakannya.

Kerajaan yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang
Itu pun JIKA ada sistem yang terbaik dan pemimpinnya mempunyai panduan yang
jitu dan bijak menerajuinya.

Negara yang Teguh
Itupun JIKA penduduk bersefahaman yang “sulung” dan pandai menangkis
serangan dan juga tidak tido berkemul – kemulan.


Negara yang Aman dan Sejahtera
Itupun JIKA penduduk negara itu berfahaman “Pendengaran, Penglihatan dan
Hati”……

“Katakanlah: ‘Terangkanlah kepadaku jika Allah mencabut pendengaran dan
penglihatan serta hatimu, siapakah tuhan selain Allah yang kuasa
mengembalikannya kepadamu?’. Perhatikanlah, bagaimana Kami berkali-kali
memperlihatkan tanda-tanda kebesaran (Kami), kemudian mereka tetap
berpaling (juga)”

Surah Al An’aam : 46

Maka dengan itu, tanamlah “pohon” mempelam seperti aku menanam pohon
mempelam di “rumah” aku.

hamdalah

Comments (1) »

Kuala Lumpur vs Baitulmaqdis

bismi

Pohon Mempelam | 2 February 2009 | 7 Safar 1430

Acapkali kite mendengar tentang perkara-perkara yang semakin hari merasakan
keselamatan diri semakin nipis. Kehuru – haraan di luar negara, dalam
negara, dalam kampung dan diri sendiri tidak boleh di elakkan.

Apa yang huru hara?


Setiap hari kite di duga dan di cabar oleh keadaan sekeliling kite. Sedar
atau tidak, itulah yang menjadi tok guru kite.

Pernah ke kite terfikir tentang situasi yg melanda di negara Palestin ini
adalah satu tanda yang menunjukkan kita kini berada sama seperti negara
Palestin? Sejarah mengajar kita tentang segala-galanya tetapi kita hanya
memandang sebelah mata atau tidak memandang langsung.

Apa kaitan Palestin – Malaysia – Sejarah ??

Palestin
Palestin ialah sebuah negara yang terkenal sejak berabad-abad lamanya.

Baitulmaqdis atau Jerusalam adalah sebuah bandar bertamadun yang disegani dan dicemburui oleh pelbagai pihak.

Tamadun Islam yang berjalan sejak 1100 sebelum masihi, disana berjaya menghasilkan suatu kehidupan yang aman dan
sejahtera.

Ketika itu beribu-ribu orang menetap dan berdagang disana dengan satu
fahaman yang tidak berbelah bagi.

Bangsa dan kaumnya disegani dan menjadi ikutan seluruh alam. Teknologi, ekonomi, pertahanan, pertanian, pembangunan, infrastruktur, struktur politik dan sistem pemerintahannya boleh dikatakan yang terbaik didunia pada ketika itu.

Sebelum lahirnya tamadun yang bersistematik di negara Palestin, kehidupan
disana masih mengamalkan kehidupan yang normal.

Cucuk tanam, pengangkutan, ekonomi berjalan ditahap biasa sebelum datangnya Nabi-Nabi dan Rasul disana.

Kehidupan sosial di Palestine sebelum itu amatlah membimbangkan dan byk
berlakunya zina, rampok merampok, penipuan, pecah belah antara kaum dan sebagainya.

Kekacauan, huru-hara, bunuh membunuh adalah suatu perkara kecil disana
hinggakan penduduk disana sudah sebati dengan mereka walaupun ketakutan menyelubungi kehidupan seharian.

Ditengah-tengah kekacauan di negara tersebut, datangnya seorang Rasul (sila lihat sejarah islam) yang membawa suatu mukjizat yang berjaya menyatu  padukan mereka. Segala bidang yang berjalan disana dirumuskan dengan satu kaedah yang amat berjaya hinggakan menjadi idaman seluruh manusia untuk kesana.

Kaedah tersebut berjalan dengan jayanya selama beratus tahun lamanya.

Bagaimana negara yang bertamadun berabad lamanya tidak dapat bertahan lama?

Malaysia
Malaysia kini ialah sebuah negara yang membangun. Ekonomi, pertanian,
pembangunan, infrastruktur, pendidikan dan sebagainya adalah antara yang
terbaik diantara kumpulan negara ke-3 walaupun hanya 53 tahun berdiri
dengan sendirinya.

Perubahan yang mendadak selepas kemerdekaan dan diterajui  oleh 5 Perdana  Menteri berjaya membawa Malaysia ke mata dunia. Berbagai- bagai cabaran yang ditempuh berjaya harungi.

Berbagai pengiktirafan telah diangkat oleh negara ini. Malah dijadikan idola dan tidak kurangnya juga dicemburui.

Tetapi dari segi dasarnya pelbagai isu berbangkit berjalan sepanjang 53
tahun ini menceritakan tentang isu sosial, sosioekonomi, perdagangan,
kebajikan, pertahanan, politik dan sebagainya.

Walaupun negara ini berlandaskan agama tetapi cabaran yang diterima adalah lebih dari sekadar biasa.


Perundangan Malaysia yang kini berubah-ubah mengikut selera tekak
masing-masing menampakkan kecacatan sistem perlembagaan demokrasi tersebut.


Ia hanya dpt bertahan untuk sementara waktu dan tidak dpt membezakan yang hak dan batil.

Sifat perkauman secara luaran tidak menunjukkan sebarang
provokasi tetapi jika dilihat secara mendalam dikalangan kita, sifat itu
menonjol apabila duduk semeja bersama rakan-rakan menceritakan tentang
persekitaran.

Jgn tipulah kalau tidak pernah menceritakan tentang kaum
lain!

Perbandingan
Tiada banyak beza jika hendak dibandingkan dengan negara Palestin dan
Malaysia cuma sistem yang lancar dan tersusun yang dipraktikkan pada zaman
kegemilangan Palestin itu TELAH berjalan . DAN apakah Malaysia telah
menjalankan sistem itu seperti yang sepatutnya?

Hipokrasi berlaku dari saat  ita melaungkan “Merdeka! Merdeka! Merdeka”,

Hipokrasi berlaku saat Tunku Abdul Rahman menjejakkan kaki di lapangan terbang di Melaka.

Hipokrasi berlaku dari saat kita bercerita tentang perpaduan. Hipokrasi berlaku dari saat kita bangun dari tidur.

“Hmmm.. Banyak persoalan timbul ni. Pening dah aku nak memikirkan. Bih
mcamana nak buat? Ada cara lain ke?”

Oleh itu, tanamlah pohon yang baik di “rumah” korang macam aku tanam
“pohon” mempelam!

hamdalah

Comments (1) »

ASAL USUL

Pohon Mempelam diberi nama sebagai mengenangkan jasa yang telah diberi sekian lama sejak pembukaan kawasan perumahan ini sejak tahun 1957 lalu. Sekarang hanya tinggal nama sebagai somboliknya

“Bro, tahniah gua dengar lu menang AJK Bahagian…..bagus la macam tu ada peningkatan dalam kerjaya politik lu”.

“Alhamdullilah, terima kasih ……kerja makin banyak la bro”. Jawap member AJK Bahagian.

“Bagus la lu ingat macam tu …… jangan duk cari projek aje plak lepas ni …. Al maklum la …. Dengan status sekarang pintu pejabat kementrian pun boleh ketuk bro”

“Tak la macam tu, apa-apa perjuangan mesti utamakan”.

“Perjuangan banyak perjuangan bro, Perjuangan harta benda, perjuangan untuk dapatkan kuasa, perjuangan untuk dapatkan nama …perjuangan untuk dapat kebahagiaan dunia dan akhirat ……. eh banyak, kena specific bila bab perjuangan ni”

“Gua bukan aper, orang kita ni bila dah ada nama, bila dah berjaya sikit, bila dah ada jawatan penting, bila business maju, … duit dah banyak ……diorang lupa ASAL USUL diorang, Tapi tu normal la lupa, kita manusiakan pelupa. ……. Tapi yang gua takut lupa terus macam Hilang Ingatan, …. Dah lupa Asal diaorang, dulu diorang macam mana?, ….datang dari mana?,……. kerja apa?, ….. berniaga apa?, …… member diorang siapa?, …… pakai kereta apa?, ……… pendapatan berapa?, ….banyak lagi persoalan nya”.

“Tapi, tiba-tiba datang perubahan dalam hidup diorang ….. macam bro skang la, dah ader jawatan. Bila dah ada jawatan macam-macam akan menyusul nanti” ……..”Sama jugak dengan tokey-tokey kat sini …….tiba-tiba berniaga diorang meletup laa…jadi HOT SPOT plak.”

“Persoalannya bro, adakah kita berhenti tak sekejap….pandang kebelakang, bukan jangan pandang belakang the movie tu…..Kita pandang belakang tu untuk mengingatkan kita semula Asal kita, Sejarah kita, ……Dulu sebelum aku jadi macam ni aku macam mana ya? ……….siapa yang bantu aku? ….siapa yang ajar aku? ……siapa yang buka jalan untuk aku? …..usaha siapa aku jadi macam ni?”

“Kalau kita selalu fikir ASAL USUL kita, gua yakin bro kita mesti sentiasa ikhlas dalam apa yang kita buat, kita mesti tak kan ada sikap tamak dan kepentingan diri”

“Macam BOSS kita cakap, sejauh mana pun kita pergi, pencapaian yang kita capai …..yang penting starting point kita, permulaan kita mesti sentiasa di ingat, supaya kita tak lupa diri”

Leave a comment »

Buat Sesuatu Biar Bersungguh-Sungguh

Suasana sekitar pohon mempelam semakin hari semakin meriah dengan kedatangan pelanggan untuk menjamu selera walaupun cuaca akhir-akhir ini sering hujan.

“Bro, gua ni kira pelanggan tetap kan sini tau….gua dapat tengok la perubahan dalam perniagaan kat sini” jawap salah seorang pelanggan tetap pohon mempelam yang sudah menjadi member rapat disini.

“Perubahan macam mana plak tu? sampuk member yang lain.
“Alaaa, yelaa….. dulukan warung ni tak macam ni”……”dulu biasa aja gua tengok, macam warung kat kampung-kampung lain, pelanggan tetap orang kampung jugak…..tapi sini lebih sikit sebab ada student-student dengan orang yang kerja syif malam kat bangunan tu”.

“Tapi, Skang lu tengok perubahan dia. Macam dalam sajak yang Dato’ Muhkriz bagi CD tu, …..Jangan Melayu Hilang diDunia, Apa Guna Melayu Wujud Kalau Kewujudannya Tak Dirasa……Kira lebih kurang warung ni la, Dulu warung ni memang ada….tapi kewujudannya tak dirasa.”………”Tapi skang lu tengok sendiri…..start opening aje….orang tak putus bro, yang lagi best orang yang datang sini tah dari mana, kitaorang pun dah tak kenal. Macam-macam orang, orang politik ada, businessman ada, ahli sukan, polis ada, mata-mata pun mesti ada, kastam ada, mat rempit ada, pengkid ada, kira semuanya adalah ….

“Tula dia bro, ….bila keWujudan dah dirasa….. Tapi lu kena ingat pengorbanan yang perlu kita buat, ilmu yang diperlukan, perkara yang perlu diambil, bayaran yang harus dikeluarkan untuk beritahu orang sekeliling yang kita ni wujud.”

“Pada gua, buat apa pun kita buat biar bersungguh-sungguh, jangan asal boleh…..asal cukup makan. Orang kita kebanyakannya macam tu, selesa dengan apa yang diorang dah ada…..janji lepas makan….tapi bila cerita kalah MAT JENIN.”

“Kebanyakan orang kita ni takut pada perubahan……Tapi bila perubahan tu membawa keuntungan….UNTUNG  tu dia sapu dulu, NAMA hebat dia amik dulu,…..Diaorang cepat lupa….pada hal keuntungan tu dia kena bahagi-bahagikan.”

Comments (1) »

BuDi BiCaRa

TANAH UJUNG | 3 November 2008 | 5 Zulkaedah 1429H

Kawan teringatkan satu peristiwa yang berlaku mungkin kita semua pernah malaluinya.

Keadaan dimana kawan perlu mengambil sesuatu barang milik kawan yang dipinjam oleh pihak sekolah untuk menjalankan aktiviti sukan.

Disebabkan menunggukan Kenderaan yang perlu untuk mengangkatnya, jam sudah menunjukkan pukul 1.30 pagi. Nak tak nak, kawan gamble ajerlah pegi untuk mengambil barang tersebut.

Sampai aje di sekolah, Jaga yang menjaganya adalah melayu. Dalam hati kawan berkata ” Ni mesti tak dapat masuk la ni……mesti susah…mesti dia suruh datang besok ni”

“Abang, boleh masuk tak?..saya nak amik barang saya diorang pinjam” jerit saya kepada jaga yang berdiri dipos pengawalnya.

Pengawal tadi berjalan kearah pintu pagar dan memerhatikan saya atas bawah, sambil membuka pintu pagar dia berkata ” Kalau ikut kan tak leh masuk, tapi BUDI BICARA saya tak pe lah, kalau tak esok awak kena datang lagi”

Macam tu la dia ceritanya, kawan banyak melalui peristiwa macam ni, tapi jarang orang kita aper lagi cina dan india nak berbudi bicara. Apa yang telah termaktub dalam tugas, itulah yang mereka ikut.

Pada kawan, Baguslah begitu. Tapi ada situasi yang memerlukan budi bicara mereka yang sedang menjalankan tugas. Keadaan mempunyai bermacam bentuk keadaan. Jadi perlulah budi bicara supaya kita sama-sama rasa selesa dan puas hati.

Keadaan sekarang ni, dalam masalah kita orang melayu yang semakin berpecah maka kuranglah budi bicara sesama kita. Kita perlulah fikir-fikirkan masalah ini agar kita kembali bersatu.

Untuk bersatu…..nilai-nilai sebeginilah yang kita perlu terapkan.

Comments (4) »

Pemimpin Pemuda

Suasana pohon mempelam yang semakin hari semakin meriah. Keaadaan sekililing yang mengikut perubahan masa. Masing-masing berkerja kuat untuk mendapatkan rezeki bagi menampung keperluan keluarga.

“Bro, aper cerita?…takde cerita menarik ke”? tanya seorang ahli mempelam yang baru sampai.

“Cerita macam mane lu nak”? Jawap salah seorang ahli.

“Alaa cerita yang panas laa……sekarang ni kan tengah panas”

“Lu dah tengok gambar KJ tak dalam internet”?

“Wah, gambar aper plak ni……baik ker tak baik……bro” ? Tanya ahli yang laparkan berita sensasi.

“Alaaa….gambar biasa ajer ….. gambar dia tengah lepak kat kelab …. dengan member dia, pastu ader laa bukak botol sikit….ader laa pencuci mata sikit”.

“Alaaa biasa laa……dia kan muda lagi, mesti laa buat macam tu bro, macam kebanyakan mamat sekarang buat kat town besar”…… “Alaa normal laaa”

“Memang la normal, sebab dah jadi life style budak muda sekarang” Jawap ahli mempelam.

“Normal ke tak normal ke…….tak bagus la bro, dia tu nak jadi pemimpin, lu nak pemimpin pemuda kita macam tu” ? … ” Lu nak”?

“Aahhh, Lu PK la sendiri “

Comments (2) »

Karenah dan gurindam di Aidilfitri

Tanah Ujung | 14 Oktober 2008 | 14 Syawal 1429

Pertarungan ”inner circle” yang berlangsung selama sebulan kini menunjukkan “circle” mana yang mengangkat si dia dan si dia. Penuh satu muka berita menceritakan bermacam-macam seloka dan gurindam.

Teringat pohon mempelam sebuah cerita yang pernah berlaku satu ketika dahulu dimana terdapat perbalahan pendapat di antara “circle – circle” tersebut yang hampir berlaku peperangan dan perpecahan di antara mereka.

Tragedi itu tidak berlanjutan terlalu teruk kerana kehadiran seorang pemimpin yang bijak dan cerdik ditengah-tengah konflik tersebut, semua perbalahan dapat dirawat. Barah-barah didalamnya dapat dicantas lalu hilang untuk beberapa dekad. Itulah keistimewaan pemimpin tersebut yang membawa satu penyelesaian dan teori yang “melawan arus” pada ketika itu.

Di saat pemerintahan beliau, segala cabaran dan rintangan ditepis begitu sahaja dengan pegangannya yang kukuh dan beberapa pengikut setianya yang sanggup berkorban harta dan diri mereka sendiri.

Bukan mudah untuk membawa teori tersebut sedangkan ketika itu boleh dikatakan secara majoriti menurut dan mengamalkan teori tersebut berdekad-dekad. Beliau memupuk dan membaja teori tersebut sehinggakan timbul ketakutan kepada musuh-musuh negara ketika itu hinggakan mereka melancarkan serangan dari luar dan dalam; serangan minda dan fizikal, serangan ekonomi dan budaya ke seluruh penduduk negara tersebut. Tetapi cara penyusunan strategi yang dilakukan oleh pemimpin terkenal tersebut bersandarkan teori dipegangnya berjaya menghalang dan menepis serangan-serangan tersebut.

Malangnya apabila pemimpin tersebut malabuhkan kapalnya dan memperikan peluang kepada orang lain, pergolakan diantara “circle” tersebut perlahan demi perlahan berputar-putar mengikut teori masing-masing yang akibatnya memakan diri mereka sendiri.

“Bro, gua dengar heboh Bahagian lu semalam. Pecerita?” tanya salah seorang ahli majlis pohon mempelam di saat membalik-balikkan roti burger.

“Jangan tanya lah bro. Gelang Patah ni kira dah macam medan pertempuran IRAQ. Macam-macam hal. Lari peti undi lah. Peti undi masuk lain, keluar lain lah. Macam-macam hal. Biasalah bro, Gelang Patah kan dah macam kebun subur. Ramailah “investor” sanggup berkorban apa saja nak letakkan kroni dorang kat situ.” jawab si tetamu yang singgah menghirup teh O panas. Panas suam kurang manis.

“Eh macam tu eh? Apa cerita ni? Ada orang luar yang buat kacau ke? Ke ada orang dalam yang bikin serong?” tanya sahabat si tokey burger tu.

“Orang luar letak ubat nyamuk dalam kelambu. Lepas tu orang dalam kelambu tu sesak nafas. Cari bantuan orang luar. Orang luar tu pun bagi ubat lain. Ubat tu pulak bukan ubat sesak dada tapi ubat untuk orang sakit kepala. Berjangkit lah satu kelambu akibat ubat sakit kepala. Kononnya ubat sakit kepala tu dapat redakan sakit sesak nafas tapi sakit lain pulak timbul” jelas si tetamu itu berkias-kias.

Disini persoalan demi persoalan timbul di benak pemikir pohon mempelam.

“Apa yang nak dipikirkan?? Persoalan demi persoalan pun tak terjawab lagi, ada hati nak menjawab persoalan yang lain” selamba ahli majlis peringkat ke tujuh membidas.

Adakah ini cara atau teori atau sistem yang boleh diterapkan dalam Tanah Malaya ini? Nampak gaya terdapat sesetengah orang yang mengambil kesempatan di atas kelemahan teori ini yang sudah beberapa dekad diamalkan oleh semua ahli pemimpin kita. Tidak kira ia berbangsa Cina, India, Melayu, Asli, Pembangkang, Kerajaan, Kompenan atau Kompartmen, ubahlah atau rombaklah cara apa sekalipun untuk menyatukan semua, pasti tidak satu pun akan berjaya.

Percaya atau tidak?? Balik rumah, sebelum tidur, cubalah fikir-fikirkan semula segala kejadian diantara langit dan bumi, siang dan malam yang berlaku di Malaysia kini. Semua cara ini pasti akan diambil kelemahannya untuk memuaskan dan mengenyangkang perut orang-orang yang nampak kelebihannya.

Persoalan demi persoalan tu banyak sangat persoalan dia. Tu pun takde orang nak layan. Hahaha.. Gelak ramai-ramai….” ejek sahabat yang lain duduk mendengar segala cerita.

“Sebab tak paham. Sebab tu takde orang nak layan. Cuba perhatikan satu-satu. Nanti ko jumpa punya. Cita banyak tak guna. Tembak tak kena bro. Macamana kita nak bangkitkan orang kite tapi diri sendiri tak mahu bangkit? Masalah sangat ke? Masih harapkan orang atau mempergunakan orang lain. Tu jek ke orang kite yang mampu buat untuk berjaya?” terang ahli majlis peringkat ke-7 tu dengan nada yang lembut.

· Hampir seluruh Tanah Ujung ditawan.

· Pohon Mempelam di Tanah Ujung akan berwajah baru dengan menu-menu baru dan berwajah baru.

· Perjuangan masih lagi diteruskan demi memperlahankan pergerakan musuh.

· Musuh-musuh masih lagi memerhati dengan lagaknya melihat seloka dan gurindam yang di olah oleh kita sambil mereka menunggu peluang.

· Isu semasa yang berlaku kini ibarat “Pulang ke Masa Depan”

· Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi – Bapa Demokrasi??

Secara umunya dan semua orang tahu, apatah lagi orang di dalam “CIRCLE” itu sendiri, bahawa seruan agar semua didalam lingkaran itu tidak melahirkan “buih-buih kecil” hanyalah umpama menyalak di tepi dinding. Perebutan yang menyaksikan wujudnya ‘Buih A’ atau pun ‘Buih B ” dan sebagainya, telah lama wujud dan tidak pernah dapat di atasi di dalam setiap kali pemilihan.

Seloka, gurindam dan cerita yang diutarakan oleh semua didalamnya ini sudah dipraktikkan sejak lama lagi. Selama mana teori yang kini dipegang, selama itulah “buih-buih kecil” ini akan pasti wujud.  Ketika ini lah kita dapat lihat siapa yang berpindah “buih” dan siapa membesarkan “buih” mereka. Buih mana yang boleh memberi ‘manfaat’ yang paling banyak, maka tentunya “buih” itulah yang menjadi pilihan.

PS: pohon mempelam ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada semua. Semoga kite memperolehi kemenangan yang sebenar-benarnya.

Comments (5) »

BUIH – Buih – buih

Tanah Ujung | 10 Oktober 2008 | 10 Syawal 1429H

Pohon mempelam kini tinggal menjadi kenangan. Pabila ramai yang pulang ke tanah ujung ini, keadaan sudah banyak berubah. Bersimen, berbatu dan berlindungkan kain putih merentang di tapak pohon mempelam tersebut.

Kini keadaan sudah berubah, sekelip mata berubah, selaju fikiran kita mengekori kata-kata yang melintasi mata kita yang jelas berlaku mengikut perasaan, cadangan dan pandangan. Untuk bergerak kehadapan, berbagai pengorbanan perlu dibuat hinggakan pertalian yang rapat pon hampir-hampir terputus.

Buih yang bergolak dari luar dan dalam membayangkan keadaan seperti seakan-akan meletup mungkin reda buat sementara waktu akibat pengumuman dari pemimpin tertinggi Tanah Melayu.

“At Last!! Ciao jugak orang tua tu. Gua harap dorang2 tu semua yang sekali tu, harap-harap sedar.”

Biarpun buih-buih kecil semakin bergabung dan buih besar yang semakin besar, hakikatnya buih-buih ini pasti akan meletup. Besar mana ia meletup hanya Dia jek yang tau. Yang penting apa yang akan berlaku kepada semut-semut yang berada disekeliling buih- buih itu?

Lain polak hal nya dengan pokok di Tanah Ujung ini. Adakah pohon mempelam ini akan menukarkan warnanya ke warna hijau? Adakah ke warna putih? Adakah ia akan mengeluarkan putik-putik yang sihat untuk jangka masa 7 hari? Boleh kah ia mengeluarkan putik-putiknya jikalau akarnya pon terus dicabut terus?

“ Bro, macam-macam hal lah berlaku. Kalau lah aku jadi pemimpin sekarang ni… aku rasa dah botak kepala nk memikirkan” kata sahabat lama yang selalu berkumpul dikala Raya ke 4.

“ Sebab tu lah lu tak jadi pemimpin. Ingat senang ke nk melayan semua karenah orang. Yang itu nk ini. Yang ini nak itu. Sampai bila pon tak puas semua. Ni pulak nak kena letak gula, barulah berduyun-duyun datang macam semut” kata sahabat yang lain.

“Ada orang tanya aku, apasal ada jugak orang yang nak suruh semua parti kompenan bergabung jadi satu; dan ada jugak yang taknak dan menolak, kan ini negara Demokrasi.” tanya sahabat yang bernama Rimas sambil menepuk baddannya membunuh nyamuk.

“Susah nk cerita, orang kite ni diserang luar dan dalam harap semua orang paham maksud yang dorang nakkan tu. Semua tu kalau nak buat pape, semua gunakan “demokrasi” …say no to descrimination races. Padahal saje jek nak menumbangkan Islam kat sini tapai ada jugak yang “orang-orang kite” mempertikaikan tu. Tak paham konsep betul dorang ni.” jelas sahabat yang sorang ini yang kurang jelas.

“Dalam dunia ni mmg dah diberitau dah dulu. Tengak lah kat luar tu jek. Ada macam-macam jenis sarang ada. 73 jenis sarang ni nanti semua cakap dia yang betul….tapi satu jek yang sarang ni kecik tapi kukuh. Nak melayankan sarang-sarang besar ni, sampai bila pon tak habis. Macam-macam rupa ada. Masing-masing nk menang…sebab tu lah bak kata orang…keadaan sekarang ni dah macam buih dah. Tunggu masa jek meletup.”

“ Esok meletup lah!!”

Comments (1) »

Kebetulan atau Dirancang??

Salam Ikhlas dari Pohon Mempelam..

Ribuan maaf kerana sudah lama tidak mengarang. Hampir 4 bulan lamanya. Keadaan yang tidak menentu sama ada didalam bidang politik, sosio-ekonomi, sosial dan sebagainya membuatkan pohon mempelam tidak berkesempatan untuk menghantar sebarang cerita. Pohon Mempelam merasakan situasi skarang bagaikan sudah tidak boleh dikawal lagi tetapi pihak DSAAB masih lagi mahu cuba elakkan” buih yang mengembang” dari meletup.

Pohon Mempelam terasa ada sesuatu yang tidak kena pada situasi yang penuh dengan provokasi.

” Apa yang tidak kena? Banyak sangat tak kena dengan lu ni. Komplen jek”

Adakah ini secara kebetulan atau sudah dirancang oleh pihak-pihak yang tertentu? Atau ada cerita disebalik cerita?

  • Harga Pasaran tempatan yang turun naik adakah ia berkaitan dengan pilihanraya kecil yang lepas di Permatang Pauh dan bakal diadakan di Sabah?
  • 16 September 2008 yang diwar²kan oleh DSAI dengan permergian 46 Ahli Parlimen ke Taiwan.
  • Cubaaan membangkitkan isu UMNO Penang dan GERAKAN Pulau Pinang dengan Isu HINDRAF.
  • Isu “racist” yang cuba dibangkit kan oleh sesetangah pihak. Adakah ia dirancang atau ia berlaku kerana dendam lama sudah tidak boleh dipendam lagi?

“Mungkin jugak beb. Wa paham keadaan sekarang macam dah takleh control , tapi media still kawal lagi”

Sekarang ini media seperti akhabar sudah tidak boleh diterima pakai. Banyak lagi sumber2 diluar sana yang mampu memberikan berita2 yang sensasi tetapi ia tidak menjanjikan apa2 selagi tiada tindakan yang patut dilakukan oleh PM iaitu letak jawatan dari UMNO.

Kemungkinan semua sudah lupa apa yang berlaku beberapa hari sebelum tragedi 13 MEI . Apa yang berlaku beberapa hari sebelum adalah perkara yang memalukan dalam sejarah Malaysia dan orang Melayu.

Comments (1) »

Yang diatas > Yang ditengah > Yang dibawah

YANG DIATAS $ > YANG DITENGAH $ > YANG DIBAWAH $

 

 

 

Bro dalam blog kita ada member komen suruh baca blog mufti perlis , gua pegi la surf…..memang betul la aper yang kita semua cakap-cakap kat mempelam ni, aper-aper pun keutamaan pemimpin tu adalah kepentingan rakyat.

 

JANGAN TINDAS RAKYAT

JANGAN AMBIL HAK RAKYAT        

JANGAN ANIAYA RAKYAT               

   

“Sebelum ni pun bro, masa zaman Tun, ader jugak masalah, macam-macam masalah …… tapi bro, tindakan Tun takder pun yang bagi masalah kat rakyat tanggung”…….”Tapi time PAK LAH Lain Laa….dia lagi suka tanggung sama-sama, tapi Nampak gaya rakyat tanggung semua la……..NI APER KE JADAH NI!!!”.

 

Gua nak pinjam aper yang mufti perlis cakap dalam blog dia ..skit

   Saya tertarik apabila membaca membaca kisah al-Imam al-Nawawi (631-676H) yang diminta oleh Raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar. Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad.

Namun ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa berkenaan. Al-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga.

Apabila Raja bertanya kepada beliau mengapa beliau enggan menyokong? Beliau menjawab: Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki talipinggang daripada emas. Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan. Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamha perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga baitul mal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu. Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan nabiNya s.a.w. (lihat: ‘Abd al-Ghani al-Daqar, al-Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam).  à petikan dari http://drmaza.com/?p=315

Antara petikan yang lain yang harus kita ambil tahu ……………..

   Juga diriwayatkan bahawa suatu hari pada tahun berkenaan disembelih unta lalu dimasak dan dibahagikan kepada orang ramai. Lalu diceduk masakan itu untuk dihidangkan juga buat ‘Umar. Tiba-tiba yang diceduk itu bahagian belakang unta dan hatinya. Lalu ‘Umar bertanya: “Dari mana diperolehi ini?”. Daripada unta yang kita sembelih hari ini. Kata ‘Umar: “Oh! Alangkah buruknya aku ini sebagai pemimpin, jika aku memakan bahagiannya yang baik lalu aku berikan rakyat makan yang sisa” (Ibn Sa’d, al-Tabaqat al-Kubra, 3/312, Beirut: Dar Sadir).

Maka alangkah buruknya seorang presiden, atau sultan, atau raja, atau perdana menteri, atau menteri besar, atau menteri yang makan dengan mewah daripada peruntukan harta negara atau negeri sedangkan rakyatnya dalam kesusahan. Ketika rakyat membilang butiran beras, helaian ringgit untuk persekolahan anak, keperitan membayar sewa rumah, api dan air, sementara mereka yang berkuasa ini pula menghadiri jamuan negara dan negeri itu dan ini.

Bermewahan dengan pertunjukan dan hiburan dari peruntukan wang negara. Kemudian bercuti rehat, tanpa rakyat ketahui apakah kepenatannya untuk rakyat. Kos cuti itu pula ditanggung oleh negara tanpa sebarang pulangan keuntungan buat rakyat. Alangkah zalim! Alangkah keji sikap yang sedemikian rupa. ….”.à petikan dari http://drmaza.com/?p=315

“Ha, bro macam tu la dia sepatutnya, aper yang jadi sekarang pemimpin kita ajar kita macam mana nak berjimat, macam-macam la …. Kita dah takder aper nak jimatkan dah”

“Diaorang pemimpin boleh la cakap macam tu, diaorang berjalan ader ke pakai duit diorang? ..Macam – macam elaun diorang ader, sampai ader yang elaun tu pun diorang tak pakai ….sebab duit diorang dah banyak, tak payah la amik duit elaun tu …diorang amik cara lain …. Macam-macam cara diorang boleh dapat duit bila dah ader kuasa kat atas tu.”

“Walau apa pun bro, opinion gua, kerajaan tak sepatut nya buat kita macam ni … kerajaan cakap mereka terpaksa mengambil keputusan yang tidak popular demi kepentingan negara ….. reverse psychology la ni, nak ambil hati rakyat …. Nak mintak simpati rakyat ..”.

“Kerajaan nak supaya subsidi yang diberi hanya dirasai oleh mereka yang sepatutnya layak dapat…… tapi bro…..kalau bab minyak ….. tariff elektrik …… tariff air ….. ni semua adalah perkara yang luar kawalan”. …..”Semua, rakyat malaysia layak rasai subsidi ni semua”. …… “Kita bayar cukai, macam-macam cukai……cukai pendapat………cukai pintu ……… cukai perkhidmatan ……….. cukai jalan ………… cukai beli kereta ………. Toll lagi, kalau kat KL jangan cerita la tollnya. …….. duit kita semuanya akhirnya banyak pegi kerajaan semula……lagi satu sebab, kita ni rakyat malaysia”.

“Kalau tak nak subsidi dirasai oleh rakyat lain …  macam rakyat singapura ……..kita ikut la macam mana dia buat kat kita….. setiap kereta diorang dikenakan cas sekali masuk … sama rate yang diorang kenakan pada kereta malaysia, ……walaupun kalau kerajaan rasa tak banyak pulangannya …yang penting ..kepentingan kita dijaga …. Terutama rakyat negeri berdaulat JOHOR.”

“Rakyat JOHOR umumnya bro,……apa yang kita dapat hasil dari pembanjiran rakyat singapura? ……. Tak de aper manfaat pun…….. yang berniaga ……… kat pasar …… kat pasar TANI……kat shopping complex ……… pusat hiburan …. Diorang semua suka gila laaa……ya laa diorang boleh KETUK betul – betul harga barang, tapi kita yang duduk dekat JB ni pun dapat la habuan nya,……barang makan mahal nak mampus……semua nya mahal laa.”

“Tu la dia bro, kerajaan suka la….diorang bawak masuk aliran tunai kedalam negara kita…… tu dapat meningkatkan ekonomi negara”.

“Mmmm….tu betul la, tapi yang priority mesti didahulukan, kepentingan rakyat yang paling utama”…..”Diorang pikir la macam mana nak tangani masalah minyak dangan makanan ni”….”kita dah undi diorang,…kita undi bukan suruh bagi masaalah kat kita”.

“sebab bro, gua tengok kerajaan PAK LAH ni dari awal …… semua yang diorang cakap dan nak buat adalah untuk bantu rakyat, kepentingan rakyat kononnya,…….tapi lama –lama gua tengok …..semua tindakan diorang memang menindas rakyat, nak jaga ekonomi lah, nak jaga taraf inflasi lah supaya tak naik,…..lepas tu semua yang dipaparkan kat berita…..kat paper semua yang terbaik….tapi realitinya tak baik pun kita kat bawah ni. ….tak rasa aper pun hasil yang kerajaan buat”.

“ Bayangkan la bro, kenaikan taraf hidup kita ni …secara tak langsung naik 40%. …….. macam mana nak survive ni”

“dah tak leh buat aper dah,…….kita terima aje la…..sebelum ni pun dah ikat perut…..skang ni gua tak tau nak ikat aper dah……….silap-silap bole huru-hara idup gua ni…….mana tak nya bro…..keperluan gua sekeluarga melebihi gaji gua…….lu nak cita aper lagi…….Ha’ LU PIKIR LA SENDIRI”.

Jadi dalam Kerajan PAK LAH ni sekarang Keadaan ekonomi rakyat dah jadi

YANG DIATAS $> YANG DIBAWAH $

 

 “Yang dah kaya, makin kaya la beb……. Yang sederhana jatuh miskin, yang miskin makin miskin, macam kita ni kira dah jatuh dalam katogeri miskin laa……”

 

 

 

 

 

 

 

Comments (1) »