Buah Fikiran di Pohon Mempelam
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pemurah.
Terbitnya lembaran baru ini adalah sebagai satu modul untuk kita berkongsi pendapat, idea, dan kritikan yang membina demi menyambut objektif lembaran ini. Semua pendapat dan idea boleh dilontarkan tidak kira dari segi umur, jantina, kefahaman, latar belakanag, bangsa dan agama untuk mencapai satu objektif. Setiap topik yang diterbitkan akan menyentuh tentang Isu-isu pembangunan modal insan dalam penyatuan Bangsa Melayu dan Agama Islam di Malaysia. Ini berkemungkinan semua pendapat akan menyentuh samaada dalam bidang ekonomi, agama, isu semasa, sejarah dan sebagainya.
Setiap pendapat akan kami cuba catitkan dan disimpan sebagai buah fikiran untuk perancangan kami untuk bangsa Melayu dan berugama Islam di Malaysia. Mungkin idea kami untuk melahirkan lembaran ini agak mengarut atau kuno atau mungkin tidak akan berjaya, sekurang-kurangnya atau setidak-tidaknya kami mencuba untuk memperbaharui sistem yang sedang berkecamuk ini diterapkan untuk generasi muda.
Walaupun hasil kerja kami ini tidaklah seberapa, tetapi kami berharap impaknya memberi kesan dalam masa akan datang walaupun ia mengambil masa sehingga 100 tahun sekalipun.
InsyaAllah..