
Pohon Mempelam | 10 Februari 2009 | 14 Safar 1430
Pergh… Sadis sungguh aku tengok korang ni. Gaduh sana sini. Tak
habis-habis cerita pasal boikot, rebut kerusi, sogok sana sini, bunuh sana
sini, culik sana sini, rumah xsiap lah, kerajaan negeri tak tanggungjawab
lah, orang ni dapat projek salah, orang tu dapat projek pon
salah….Aaaaaahh…macam2 hal dunia ni kan? Pastu cakap sesuka hati jek..
- Kalangan umat seluruh dunia sekarang dalam kempen boikot memboikot barang-barang yang datang atau mempunyai silahturahim dengan kaum Yahudi.
- Seluruh pemimpim di Malaysia dari negari Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional, sibuk menjaga nama mereka di pentas antarabangsa/tempatan untuk merebut kerusi-kerusi penting di negara atau kerusi-kerusi penting di badan-badan yang berpengaruh.
- Untuk mendapatkan kerusi-kerusi tersebut mereka terpaksa menjaga orang-orang suruhan / orang-orang yang boleh membawa mereka ke hadapan.
- Bagi orang-orang yang berselindung/membiayai pemimpin tersebut akan diterima projek sebagai membalas jasa.
- Terlalu banyak projek “membalas jasa” diberikan kepada pembiayai-pembiayai tersebut tidak kira kecil atau besar nilainya. (minimum 50,000)
- Projek-projek itu tergendala apabila pemimpin yang dibawanya terkandas di medan politik.
- Projek-projek itu tergendala apabila terlalu banyak projek yang dihulurkan/dipertanggungjawabkan kepada pembiayai-pembiayai tersebut.
- Pemimpin terpaksa memerlukan khidmat pembiayai ini untuk menjaga nama mereka supaya tidak terlibat dengan sebarang projek padahal mereka mendapat komisyen sehingga 50%.
- Tu serba sedikit cerita di dalam Malaysia!
Pergh…sadis sungguh aku tengok korang ni. Tak habis-habis cite pasal
perang! Gaduh sesama negara Islam, perang sana-sini, rebut kawasan minyak,
rasuah sana sini, ekonomi merundum lah, buang pekerjalah, propaganda sana
sini, meeting sana sini, forum sana sini, masalah tak hilang-hilang jugak.
- Israel tidak henti-henti menyerang Palestin
- Dahulu, Amerika tidak henti-henti menyerang Iraq
- Dahulu, Amerika tidak henti-henti menyerang Kuwait
- Dahulu, Amerika tidak henti-henti memaksa negara arab untuk bersilahturrahim
- Dahulu, serangan ekonomi tak putus-putus.
- Dahulu, berjuta-juta orang hilang pekerjaan
- Propaganda barat dan timur tetap berterusan sehingga Matahari terbit dari arah Barat
- Rakyat negara-negara Islam ditindas/dikecam/dihapuskan tetapi Pemimpin-pemimpin sibuk berforum dan sebagainya.
- Dahulu? Sama jek dulu ngan sekarang. Ada beza ke?
- Tu sedikit cerita yang berlaku di peringkat “International”!
Pergh…sadis sungguh aku tengok korang ni. Tak habis-habis cita pasal
korang. Buang anak merata-rata. Mak bapak dibuat macam anak-anak kecil,
Romen sesuka hati korang, pagi petang siang malam mabuk arak, semua nak
jadi mcm bill gates, nak jadi model, nak famous, nak kaya, tarah bumi sana
sini, curi kasut kat masjid, bunuh org kat tepi jalan, campak isteri kat
sungai hidup-hidup, amik ayat – ayat Allah buat jampi, buat halau hantu,
macam-macam ada.
- Berita-berita buang anak di dada akhbar sudah lazim.
- Berita-berita bunuh/di anak kecilkan mak bapak sudah lazim kita dengar
- Romen siang dan malam, terbuka dan tertutup dah jadi perkara lazim
- Orang bercerita pasal romen-romen dah jadi topik utama
- Kanak-kanak Ber-idola/bercita-cita tinggi nak jadi Model Fashion, Nak jadi Bill Gates etc..
- Rampok merampok di kawasan masjid sudah menjadi trend.
- Orang amik “kata-kata ALLAH” buat jampi (tak baik-baik jugak!), buat kaya (tak kaya-kaya jugak!) kini dah jadik ikutan nenek moyang kita turun temurun.
- Tu plak serba sedikit cerita yang berlaku di permukaan muka bumi!!
Pergh….sadis sungguh aku tengok korang ni. Rasuah sana sini. Cerita sini
lain, cerita sana lain. Cakap tak serupa bikin, nak bersatu padukan org
tapi tak padu-padu pon, ugut sana sini, hulur projek sana sini, buat
kebajikan semata-mana nak naikkan darjat dan nak dapatkan nama, penuh tipu helah, berlakon
pandai, Lompat parti sana sini, sebelah sini cakap dia betul, sebelah sana pun dia cakap dia betul..macam-macam org nak rebutkan kuasa ni.
- Politik = Projek + Rakyat + Kuasa + Pangkat + Mertabat
- Satu padu = Legislative + Judiciary + Executive = Perdana Menteri = Demokrasi??
- Ahli-ahli Dewan dan Parlimen di ugut untuk letak jawatan/tukar kerusi kalau disyaki buat salah
- Duli yang MAHA Agung vs MAHA Pencipta
- Depan TV perangai nya lain, Depan rakyat perangainya lain, Depan pengikut perangainya lain…Lain-Lain lah…
- Lompat Melompat bagaikan katak yang takde pendirian.
- Kiri, Kanan, Atas, Bawah semua cakap dia betul…kat tengah-tengah yang tersepit.
- Haaa.. Tu serba sedikit cerita pasal dunia politik di muka bumi!!
TAPI?? “Amat sedikit dari kalangan kamu mahu ambil pelajaran”
“Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?”
Surah Al Qamar: 22
Kuda akan berlari kencang
Itu pun JIKA kuda itu kuat untuk berlari dan yang berkemudi itu bijak
mengemudi.
Kapal hebat merentas lautan
Itu pun JIKA kapal itu cukup kelengkapan untuk meredah lautan yang ganas
dan yang pengendali itu bijak mengendali.
Rumah tidak roboh
Itu pun JIKA rumah itu punyai tiang asas yang kuat dan ketua rumah bijak
menyusun atur.
Kebun tanaman subur melata
Itupun JIKA kebun itu mempunyai tanah yang subur dan pekebun itu bijak
mengendalikan tanaman.
Barang – barang berguna/bernilai
Itu pun JIKA barang itu ada rahmatnya dan pemunya tahu menggunakannya.
Kerajaan yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang
Itu pun JIKA ada sistem yang terbaik dan pemimpinnya mempunyai panduan yang
jitu dan bijak menerajuinya.
Negara yang Teguh
Itupun JIKA penduduk bersefahaman yang “sulung” dan pandai menangkis
serangan dan juga tidak tido berkemul – kemulan.
Negara yang Aman dan Sejahtera
Itupun JIKA penduduk negara itu berfahaman “Pendengaran, Penglihatan dan
Hati”……
“Katakanlah: ‘Terangkanlah kepadaku jika Allah mencabut pendengaran dan
penglihatan serta hatimu, siapakah tuhan selain Allah yang kuasa
mengembalikannya kepadamu?’. Perhatikanlah, bagaimana Kami berkali-kali
memperlihatkan tanda-tanda kebesaran (Kami), kemudian mereka tetap
berpaling (juga)”
Surah Al An’aam : 46
Maka dengan itu, tanamlah “pohon” mempelam seperti aku menanam pohon
mempelam di “rumah” aku.

Qiqi said,
March 26, 2009 @ 4:00 pm
Kisah di bwh pohon ceri plis..