Tanah Ujung | 14 Oktober 2008 | 14 Syawal 1429
Pertarungan ”inner circle” yang berlangsung selama sebulan kini menunjukkan “circle” mana yang mengangkat si dia dan si dia. Penuh satu muka berita menceritakan bermacam-macam seloka dan gurindam.
Teringat pohon mempelam sebuah cerita yang pernah berlaku satu ketika dahulu dimana terdapat perbalahan pendapat di antara “circle – circle” tersebut yang hampir berlaku peperangan dan perpecahan di antara mereka.
Tragedi itu tidak berlanjutan terlalu teruk kerana kehadiran seorang pemimpin yang bijak dan cerdik ditengah-tengah konflik tersebut, semua perbalahan dapat dirawat. Barah-barah didalamnya dapat dicantas lalu hilang untuk beberapa dekad. Itulah keistimewaan pemimpin tersebut yang membawa satu penyelesaian dan teori yang “melawan arus” pada ketika itu.
Di saat pemerintahan beliau, segala cabaran dan rintangan ditepis begitu sahaja dengan pegangannya yang kukuh dan beberapa pengikut setianya yang sanggup berkorban harta dan diri mereka sendiri.
Bukan mudah untuk membawa teori tersebut sedangkan ketika itu boleh dikatakan secara majoriti menurut dan mengamalkan teori tersebut berdekad-dekad. Beliau memupuk dan membaja teori tersebut sehinggakan timbul ketakutan kepada musuh-musuh negara ketika itu hinggakan mereka melancarkan serangan dari luar dan dalam; serangan minda dan fizikal, serangan ekonomi dan budaya ke seluruh penduduk negara tersebut. Tetapi cara penyusunan strategi yang dilakukan oleh pemimpin terkenal tersebut bersandarkan teori dipegangnya berjaya menghalang dan menepis serangan-serangan tersebut.
Malangnya apabila pemimpin tersebut malabuhkan kapalnya dan memperikan peluang kepada orang lain, pergolakan diantara “circle” tersebut perlahan demi perlahan berputar-putar mengikut teori masing-masing yang akibatnya memakan diri mereka sendiri.
“Bro, gua dengar heboh Bahagian lu semalam. Pecerita?” tanya salah seorang ahli majlis pohon mempelam di saat membalik-balikkan roti burger.
“Jangan tanya lah bro. Gelang Patah ni kira dah macam medan pertempuran IRAQ. Macam-macam hal. Lari peti undi lah. Peti undi masuk lain, keluar lain lah. Macam-macam hal. Biasalah bro, Gelang Patah kan dah macam kebun subur. Ramailah “investor” sanggup berkorban apa saja nak letakkan kroni dorang kat situ.” jawab si tetamu yang singgah menghirup teh O panas. Panas suam kurang manis.
“Eh macam tu eh? Apa cerita ni? Ada orang luar yang buat kacau ke? Ke ada orang dalam yang bikin serong?” tanya sahabat si tokey burger tu.
“Orang luar letak ubat nyamuk dalam kelambu. Lepas tu orang dalam kelambu tu sesak nafas. Cari bantuan orang luar. Orang luar tu pun bagi ubat lain. Ubat tu pulak bukan ubat sesak dada tapi ubat untuk orang sakit kepala. Berjangkit lah satu kelambu akibat ubat sakit kepala. Kononnya ubat sakit kepala tu dapat redakan sakit sesak nafas tapi sakit lain pulak timbul” jelas si tetamu itu berkias-kias.
Disini persoalan demi persoalan timbul di benak pemikir pohon mempelam.
“Apa yang nak dipikirkan?? Persoalan demi persoalan pun tak terjawab lagi, ada hati nak menjawab persoalan yang lain” selamba ahli majlis peringkat ke tujuh membidas.
Adakah ini cara atau teori atau sistem yang boleh diterapkan dalam Tanah Malaya ini? Nampak gaya terdapat sesetengah orang yang mengambil kesempatan di atas kelemahan teori ini yang sudah beberapa dekad diamalkan oleh semua ahli pemimpin kita. Tidak kira ia berbangsa Cina, India, Melayu, Asli, Pembangkang, Kerajaan, Kompenan atau Kompartmen, ubahlah atau rombaklah cara apa sekalipun untuk menyatukan semua, pasti tidak satu pun akan berjaya.
Percaya atau tidak?? Balik rumah, sebelum tidur, cubalah fikir-fikirkan semula segala kejadian diantara langit dan bumi, siang dan malam yang berlaku di Malaysia kini. Semua cara ini pasti akan diambil kelemahannya untuk memuaskan dan mengenyangkang perut orang-orang yang nampak kelebihannya.
“Persoalan demi persoalan tu banyak sangat persoalan dia. Tu pun takde orang nak layan. Hahaha.. Gelak ramai-ramai….” ejek sahabat yang lain duduk mendengar segala cerita.
“Sebab tak paham. Sebab tu takde orang nak layan. Cuba perhatikan satu-satu. Nanti ko jumpa punya. Cita banyak tak guna. Tembak tak kena bro. Macamana kita nak bangkitkan orang kite tapi diri sendiri tak mahu bangkit? Masalah sangat ke? Masih harapkan orang atau mempergunakan orang lain. Tu jek ke orang kite yang mampu buat untuk berjaya?” terang ahli majlis peringkat ke-7 tu dengan nada yang lembut.
· Hampir seluruh Tanah Ujung ditawan.
· Pohon Mempelam di Tanah Ujung akan berwajah baru dengan menu-menu baru dan berwajah baru.
· Perjuangan masih lagi diteruskan demi memperlahankan pergerakan musuh.
· Musuh-musuh masih lagi memerhati dengan lagaknya melihat seloka dan gurindam yang di olah oleh kita sambil mereka menunggu peluang.
· Isu semasa yang berlaku kini ibarat “Pulang ke Masa Depan”
· Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi – Bapa Demokrasi??
Secara umunya dan semua orang tahu, apatah lagi orang di dalam “CIRCLE” itu sendiri, bahawa seruan agar semua didalam lingkaran itu tidak melahirkan “buih-buih kecil” hanyalah umpama menyalak di tepi dinding. Perebutan yang menyaksikan wujudnya ‘Buih A’ atau pun ‘Buih B ” dan sebagainya, telah lama wujud dan tidak pernah dapat di atasi di dalam setiap kali pemilihan.
Seloka, gurindam dan cerita yang diutarakan oleh semua didalamnya ini sudah dipraktikkan sejak lama lagi. Selama mana teori yang kini dipegang, selama itulah “buih-buih kecil” ini akan pasti wujud. Ketika ini lah kita dapat lihat siapa yang berpindah “buih” dan siapa membesarkan “buih” mereka. Buih mana yang boleh memberi ‘manfaat’ yang paling banyak, maka tentunya “buih” itulah yang menjadi pilihan.
PS: pohon mempelam ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada semua. Semoga kite memperolehi kemenangan yang sebenar-benarnya.

28Reds said,
October 14, 2008 @ 1:15 pm
Apa yang diperjuangkan oleh mereka?
Untuk apa? Apa yang dikejarkan?
Adakah harta, pangkat & kuasa yang menjadi taruhan?
Adakah atas dasar perpaduan dan demokrasi berpelembagaan alasan mereka?
Walau bagaimanapun, dengan….
Petunjuk yang diwarisi dari nenek moyang mereka,
Penjelasan yang ada didepan mata mereka,
Pembezaan yang telah ditentukan mereka.
Kembali kepada jalan yang lurus, mereka berkata.
Soalannya…
Betapa luruskah jalan yang diperjuangkan mereka?
iman said,
October 20, 2008 @ 11:18 am
tinggi betul bahasa…dah pandai berbicara nampaknya…buih eh?…jgn jadi buih kat tepi pantai dah la…sekali dipukul ombak, habis smua buih2…and about the “CIRCLE”, which “CIRCLE” are you from?…ok go
jbnusantara said,
October 21, 2008 @ 12:18 pm
inilah masanya untuk mempertahankan hak kita yang semakin berkurangan disebabkan kecurangan mereka yang tidak tahu memegang amanah.perjuangan perlu di perhebat kerana semakin ketara anasir-anasir dan kezaliman yang dipertunjukkan oleh mereka yang sepatutnya menjadi pagar tetapi menjadi lembu bermuka babi( bak kata pepatah harapkan pagar, habis semua disondol sampai nak gondol jadinya). Persidangan Pemuda JB ternyata gunting2 dalam lipatan terus menggunting hak2 mereka yang berhak oleh mereka2 yang rakus mengambil hak yang bukan hak ( tengok diorang ni rasa nak buang kahak, hok ptui……
ps.harap maaf bahasa yang kurang …. tapi macam mana lagi nak describe orang2 yang sepataunya memebela tapi makan pulak yang patut dibela…
PERJUANGAN BELUM SELESAI.
BERANI BERUBAH.
iman said,
October 21, 2008 @ 2:38 pm
jangan memaki sembahan mereka 6:108
iman said,
October 28, 2008 @ 2:22 pm
mana entry2 yg baru?…tak sabar nak tgk sejauh mana akal yang diberi ni…ok go