YANG DIATAS $ > YANG DITENGAH $ > YANG DIBAWAH $
Bro dalam blog kita ada member komen suruh baca blog mufti perlis , gua pegi la surf…..memang betul la aper yang kita semua cakap-cakap kat mempelam ni, aper-aper pun keutamaan pemimpin tu adalah kepentingan rakyat.
JANGAN TINDAS RAKYAT
JANGAN AMBIL HAK RAKYAT
JANGAN ANIAYA RAKYAT
“Sebelum ni pun bro, masa zaman Tun, ader jugak masalah, macam-macam masalah …… tapi bro, tindakan Tun takder pun yang bagi masalah kat rakyat tanggung”…….”Tapi time PAK LAH Lain Laa….dia lagi suka tanggung sama-sama, tapi Nampak gaya rakyat tanggung semua la……..NI APER KE JADAH NI!!!”.
Gua nak pinjam aper yang mufti perlis cakap dalam blog dia ..skit
“ Saya tertarik apabila membaca membaca kisah al-Imam al-Nawawi (631-676H) yang diminta oleh Raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar. Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad.
Namun ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa berkenaan. Al-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga.
Apabila Raja bertanya kepada beliau mengapa beliau enggan menyokong? Beliau menjawab: Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki talipinggang daripada emas. Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan. Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamha perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga baitul mal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu. Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan nabiNya s.a.w. (lihat: ‘Abd al-Ghani al-Daqar, al-Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam). “ à petikan dari http://drmaza.com/?p=315
Antara petikan yang lain yang harus kita ambil tahu ……………..
“ Juga diriwayatkan bahawa suatu hari pada tahun berkenaan disembelih unta lalu dimasak dan dibahagikan kepada orang ramai. Lalu diceduk masakan itu untuk dihidangkan juga buat ‘Umar. Tiba-tiba yang diceduk itu bahagian belakang unta dan hatinya. Lalu ‘Umar bertanya: “Dari mana diperolehi ini?”. Daripada unta yang kita sembelih hari ini. Kata ‘Umar: “Oh! Alangkah buruknya aku ini sebagai pemimpin, jika aku memakan bahagiannya yang baik lalu aku berikan rakyat makan yang sisa” (Ibn Sa’d, al-Tabaqat al-Kubra, 3/312, Beirut: Dar Sadir).
Maka alangkah buruknya seorang presiden, atau sultan, atau raja, atau perdana menteri, atau menteri besar, atau menteri yang makan dengan mewah daripada peruntukan harta negara atau negeri sedangkan rakyatnya dalam kesusahan. Ketika rakyat membilang butiran beras, helaian ringgit untuk persekolahan anak, keperitan membayar sewa rumah, api dan air, sementara mereka yang berkuasa ini pula menghadiri jamuan negara dan negeri itu dan ini.
Bermewahan dengan pertunjukan dan hiburan dari peruntukan wang negara. Kemudian bercuti rehat, tanpa rakyat ketahui apakah kepenatannya untuk rakyat. Kos cuti itu pula ditanggung oleh negara tanpa sebarang pulangan keuntungan buat rakyat. Alangkah zalim! Alangkah keji sikap yang sedemikian rupa. ….”.à petikan dari http://drmaza.com/?p=315
“Ha, bro macam tu la dia sepatutnya, aper yang jadi sekarang pemimpin kita ajar kita macam mana nak berjimat, macam-macam la …. Kita dah takder aper nak jimatkan dah”
“Diaorang pemimpin boleh la cakap macam tu, diaorang berjalan ader ke pakai duit diorang? ..Macam – macam elaun diorang ader, sampai ader yang elaun tu pun diorang tak pakai ….sebab duit diorang dah banyak, tak payah la amik duit elaun tu …diorang amik cara lain …. Macam-macam cara diorang boleh dapat duit bila dah ader kuasa kat atas tu.”
“Walau apa pun bro, opinion gua, kerajaan tak sepatut nya buat kita macam ni … kerajaan cakap mereka terpaksa mengambil keputusan yang tidak popular demi kepentingan negara ….. reverse psychology la ni, nak ambil hati rakyat …. Nak mintak simpati rakyat ..”.
“Kerajaan nak supaya subsidi yang diberi hanya dirasai oleh mereka yang sepatutnya layak dapat…… tapi bro…..kalau bab minyak ….. tariff elektrik …… tariff air ….. ni semua adalah perkara yang luar kawalan”. …..”Semua, rakyat malaysia layak rasai subsidi ni semua”. …… “Kita bayar cukai, macam-macam cukai……cukai pendapat………cukai pintu ……… cukai perkhidmatan ……….. cukai jalan ………… cukai beli kereta ………. Toll lagi, kalau kat KL jangan cerita la tollnya. …….. duit kita semuanya akhirnya banyak pegi kerajaan semula……lagi satu sebab, kita ni rakyat malaysia”.
“Kalau tak nak subsidi dirasai oleh rakyat lain … macam rakyat singapura ……..kita ikut la macam mana dia buat kat kita….. setiap kereta diorang dikenakan cas sekali masuk … sama rate yang diorang kenakan pada kereta malaysia, ……walaupun kalau kerajaan rasa tak banyak pulangannya …yang penting ..kepentingan kita dijaga …. Terutama rakyat negeri berdaulat JOHOR.”
“Rakyat JOHOR umumnya bro,……apa yang kita dapat hasil dari pembanjiran rakyat singapura? ……. Tak de aper manfaat pun…….. yang berniaga ……… kat pasar …… kat pasar TANI……kat shopping complex ……… pusat hiburan …. Diorang semua suka gila laaa……ya laa diorang boleh KETUK betul – betul harga barang, tapi kita yang duduk dekat JB ni pun dapat la habuan nya,……barang makan mahal nak mampus……semua nya mahal laa.”
“Tu la dia bro, kerajaan suka la….diorang bawak masuk aliran tunai kedalam negara kita…… tu dapat meningkatkan ekonomi negara”.
“Mmmm….tu betul la, tapi yang priority mesti didahulukan, kepentingan rakyat yang paling utama”…..”Diorang pikir la macam mana nak tangani masalah minyak dangan makanan ni”….”kita dah undi diorang,…kita undi bukan suruh bagi masaalah kat kita”.
“sebab bro, gua tengok kerajaan PAK LAH ni dari awal …… semua yang diorang cakap dan nak buat adalah untuk bantu rakyat, kepentingan rakyat kononnya,…….tapi lama –lama gua tengok …..semua tindakan diorang memang menindas rakyat, nak jaga ekonomi lah, nak jaga taraf inflasi lah supaya tak naik,…..lepas tu semua yang dipaparkan kat berita…..kat paper semua yang terbaik….tapi realitinya tak baik pun kita kat bawah ni. ….tak rasa aper pun hasil yang kerajaan buat”.
“ Bayangkan la bro, kenaikan taraf hidup kita ni …secara tak langsung naik 40%. …….. macam mana nak survive ni”
“dah tak leh buat aper dah,…….kita terima aje la…..sebelum ni pun dah ikat perut…..skang ni gua tak tau nak ikat aper dah……….silap-silap bole huru-hara idup gua ni…….mana tak nya bro…..keperluan gua sekeluarga melebihi gaji gua…….lu nak cita aper lagi…….Ha’ LU PIKIR LA SENDIRI”.
Jadi dalam Kerajan PAK LAH ni sekarang Keadaan ekonomi rakyat dah jadi
YANG DIATAS $> YANG DIBAWAH $
“Yang dah kaya, makin kaya la beb……. Yang sederhana jatuh miskin, yang miskin makin miskin, macam kita ni kira dah jatuh dalam katogeri miskin laa……”
osz said,
June 16, 2008 @ 6:11 pm
yeah bro u right, wlpun mase zaman Tun dulu ada orang kata yang pemerintahan dia secara diktator, tapi pada wa la kan Tun MENJAGA RAKYATNYA supaya tidak hidup merempat….sekarang nie la kan dengan gaji luorg yg ada pada takuk lama, agak2 lu org la cukup ke tak or cukup2 makan je…abes yg si miskin yang sering TV3 Bersamamu tunjukkan tu plak camner naseb die skang nie… skang nie wa makan nasi ngan ayam jek RM4.00, harga barang smer naek skang nie….kusut siak…
“Ya Allah, jika hambaMu ini seorang yang mulia, berperang untuk meninggikan kalimahMu, maka bantulah dia, kuatkan kerajaannya. Namun jika dia berperang kerana menunjuk-nunjuk, untuk mengangkat dirinya dan menghina Islam, maka ambillah tindakan terhadapnya”. Dipetik dari http://drmaza.com/?p=324