23 Mei 2008 | Pohon Mempelam
Tanggal 17 Mei 2008, berakhirlah riwayat pohon mempelam yang telah lama menabur baktinya ke kampung kami selama berpuluh-puluh tahun. Berpuluh-puluh generasinya telah kami rasa. Ada yang manis, ada yang masam dan tidak kurang juga ada yang berisikan ulat.
Pihak bandaraya telah menghantar beberapa pejuang-pejuangnya untuk menebang licin pohon mempelam tersebut. Kesian kepada kerengga dan burung merpati dan pipit yang selalu mencari mangsa di sekitar pohon mempelam tersebut dan menjadikan pohon mempelam ini sebagai tempat rehat. Namun, pohon mempelam tersebut tetap di hati kami malah dikuburkan kan ke blog ini.
Seperti mana UMNO kini semakin hari semakin lemah namun nama nya masih ada dan masih lagi mencari sinar dan harapan untuk membesar. Mungkin ini adalah masa nya UMNO untuk mengeluarkan bunga – bunga yang indah tetapi sebelum ia berbunga, ia memerlukan kesabaran dan ketahanan yang kuat. Pohon Mempelam percaya, semakin kuat ketahanan dan kesabaran sesuatu dugaan itu, semakin berseri dan enak isi nya hasilnya. Percaya lah!
Suara – suara ketidakpuashatian dan suara – suara garau sentiasa berkumandang dimana-mana saja dan ini menunjukkan satu petanda yang baik. Ini menunjukkan masyarakat tahu dan ingin rasai keenakkan Melayu. Semua mengeluarkan pendapat masing-masing , dan secara kesimpulannya semua menuding jari kepada kepimpinan no 1 UMNO kini yang pernah melabuhkan sebuah puisi yang bertajuk
“ Kucari Kekal Abadi”?? Semua kini faham apa itu perjuangan. Dahulu Pohon Mempelam agak bosan mendengarkan sesuatu perkara dengan tender dan kontrak apabila masyrakat dikaitkan dengan UMNO. Kini masyarakat menekan dan menghulurkan kayunya kepada pihak yang cuba mengaut untuk kepentingan diri sendiri. Muak rasanya pohon mempelam mendengar apabila terdengarnya “ Ada tender tak?” “ Macamana nak dapatkan projek dari UMNO”. INI BUKAN PERSATUAN PERNIAGAAN MELAYU!! INI BUKAN PERSATUAN KONTRAKTOR KELAS A,B,C,D,E,F,G,H MELAYU!!
Salah seorang ahli pohon mempelam telah pergi ke perjumpaan antara pemuda UMNO dan calon untuk kerusi Ketua pemuda Umno.
“Aku benci betul dengan si ….. tu. Ko tau apa soalan dia tanya kat Dato’ Mukhriz?”
“Apa?” sahut ahli pohon mempelam yang lain.
“Dia tanya apa perancangan Dato Mukhriz kalau dia dilantik menjadi Ketua Pemuda UMNO untuk membela masyarakat pemuda melyu di kawasan Bandar. Lepas tu dia cakap “ Tipulah saya jikalau kita masuk parti UMNO kalau tiada kepentingan.” Ada ke dia cakap macam tu? Orang macam ni lah yang merosakkan orang melayu dan pengundi-pengundi yang luar sana? Dah jadi trademark dah, masuk UMNO ada projek, masuk UMNO dapat projek”
Tiba – tiba rakan kami yang duduk mendengar perbualan ini yang sememangnya idealogi nya agak berhaluan kiri, menyampuk.
“Dah memang ia berlaku lagi dari zaman Tun Mahathir lagi. Jadi kenapa kena ada pertahankan melayu? Kalau macam gitu kan racist namanya? Kolot lah pemikiran korang ni. Kita hidup dalam negara Malaysia. Hidup pelbagai kaum tapi cuba lah adil dan saksama. Jangan sama kan dulu dengan sekarang. Dulu kita sama-sama menentang orang inggeris. Sekarang negara kita pon dah membangun. Orang pergi kerja pon semua bangsa dah boleh duduk satu ofis. Orang melayu makan kat tempat orang cina, orang cina makan kat tempat orang India, orang India makan kat tempat orang melayu dan sebagainya. Tapi kenapa kita perlu bersikap macam gini? Kita ni orang Malaysia. Maksud orang Malaysia ialah Melayu + India + Cina + Bumiputra. Kenapa polak negara kita perlu ada di asing-asing kan?
“Aku tengok orang Melayu sendiri pemalas. Naik menyampah aku tengok orang melayu yang macam orang kampong. Cuba lah berpikiran macam orang moden skit. Kita ni dah membangun. Naik moto nak merempit. Macam takde kemajuan aku tengok budak-budak melayu ni. Sebab tu lah aku suka kalau kita ni hidup bermasyarakat berbilang kaum. Tak payah nak ada keistimewaan orang melayu lah, orang ini lah, orang itu lah. Hidup sama rata. Masyarakat majmuk. Aku tengok ada jugak orang Cina susah. Ada juga orang India susah. Orang Cina ada jugak yang berkerja keras nak cari duit. Orang India pon ada macam tu jugak. Cuba lah berpikiran moden skit”
“Kerajaan skang perlu adil. Buka tender terbuka. Tak payah lah nak kuota utk orang melayu berapa lah, orang cina berapa lah, orang India berapalah. Kita buat secara terbuka. Adil macam tu untuk semua bangsa”
“Kenapa Malaysia tak boleh jadi negara kebajikan macam negara-negara kat luar sana? Kita kan negara membangun. Macam England/British, itu negara kebajikan. Diaorang beri kan elaun pendidikan kepada rakyat dia yang menuntut. Tak payah nak keluarkan duit se sen pon. Siap diberi elaun lagi kat keluarga yang dah berkahwin. Kenapa kerajaan sekarang tak boleh buat macam negara-negara tu?” luah rakan kami yang sememangnya agak muak dengan pentadbiran negara sekarang.
“Ko muak dengan pentadbiran sekarang ke pentadbiran dulu? Aku rasa dahulu nya pentadbiran takde masalah kot. Sekarang baru ko rasa nk bersuara kan sebab tak puas hati pasal semua naik, ekonomi negara tak stabil, karenah birokrasi ? Negara kebajikan dalam dunia ni ada berapa ketul jek. Kenapa tak sebut negara Jepun ke Korea Selatan ke Belanda ke Russia ke Sepanyol ke yang takde bagi elaun-elaun macam tu? Amerika syarikat yang besar tu ko taknak sebut polak..”
“Kita ada budaya kita, ada cara kita, tak payah lah nak ikut orang2 luar. Macamana kita nak maju? Asik ikut jek…. Orang berbudi kita menjilat… Orang tanya pendapat kita diam jek… Cuba berfikir di luar kotak….” Celoteh ahli mempelam.
UMNO kini semakin lesu. Jika UMNO lesu adalah ini menunjukkan orang Melayu semakin layu? Jika UMNO lesu adakah Negara lesu? Jika benar, kenapa UMNO lesu?
Kalau tidak lesu kenapa Ramai orang mempertikaikan kepimpinan Paklah?
Kita nampak apa berlaku tetapi kita bisu? Pohon mempelam tahu bukan hanya mempelam saja yang nampak. Semua orang tahu.
Orang Melayu tahu semakin hari Melayu semakin layu. Indah khabar dari rupa tetapi lupa pada akar dan bau. Bolotlah semua sekali yang ada dalam Malaysia ini. Ratahlah sampai kembung perut tu.. Biar lah ia Gondol asalkan perut kita kenyang.
Tapi ingat! Sampai manakah kamu boleh ratah. Orang tua memesan, kalau kita makan jangan lupa kat orang belakang dan jangan selera sangat sampai orang mertua lalu kat belakang pon tak perasan!!!