Beberapa ahli pohon mempelam telah mengembangkan layarnya ke arah luar dari tanah ujung Malaysia untuk mencari sekupang dua. Masuk ke suku kedua tahun 2008 telah merancakkan kesibukan ahli-ahli pohon mempelam. Tukang taip pohon mempelam yang kurang aktif untuk beberapa minggu tetapi kemeriahan di pohon mempelam masih lagi dapat dirasanya. Maklumat dan perbincangan masih lagi dilaksanakan dalam bentuk pesanan ringkas dan email. Perbincangan untuk menggerakkan pergerakan pohon mempelam untuk memperjuangkan pegangan prinsip antara sesama kita masih bernyawa seperti biasa malah membara-bara.
“Hello Assalammualaikum, Mana lokasi lu? Apa cita?” kata tokey burger yang membuat panggilan kepada salah seorang ahli pohon mempelam.
“Waalaikummussalamwarahmatullahiwabrakatuh! Baik Baik.. semua baik kat sini. Lokasi? Lokasi terpaksa dirahsiakan lah” jawab si yang menjawab panggilan itu.
Panggilan telefon dan berbalas sms hanyalah sebagai bahan interaksi kami di kala sesiapa yang berada jauh dari pohon mempelam. Peranan pohon mempelam sebagai “Head Quarters” adalah untuk merapatkan lagi jurang yang akan jauh jikalau dibiarkan dan sebagai perantara maklumat diantara ahli majlis pohon mempelam yang lain.
“Lu kol sapa beb?” jawab ahli mempelam yang sedang menyelak surat khabar New Strait Time dan The Star.
“Dak-dak lah. Saja jek tanya kabar” jawab si tokey burger yang semakin hari semakin sibuk.
“Diaorang confirm ke turun 17hb ni? (sila lihat post yang sebelum).” tanya si ahli pohon mempelam yang lain yang duduk sambil memerhati keadaan sekeliling.
“Diaorang confirm nyer. Benda dah plan lama dah kan” jawab si tokey burger.
“Apa cerita Mesyuarat Kongress melayu haritu beb? Lu ada pergi kan?” tanya si tokey burger.
“Biasalah. Nak jugak tengok apa cerita yang diceritakan tu tapi banyak yang menceritakan macamana nak memajukan Melayu jek.” jawab si ahli mempelam ini.
“Haa.. apa lagi? Apa pendapat lu?” tanya lagi si tokey burger sambil mengilas-ngilas pisau pemotong burger.
“Banyak isu pasal Bahasa Ingeris lah, ekonomi orang melayu tapi kurang sentuh tentang nak memantapkan perpaduan orang melayu ni. Kalau nak dibandingkan perpaduan orang melayu di kampung dengan di bandar, dibandar kita patut risau lah beb. Benda macam ni yang kita perlu timbulkan. Cari idea macamana nak merapatkan lagi antara kita. Gua tengok makin risau orang2 kita kat luar negara sana. Kebanyakannya kalau boleh nak mengelak kalau jumpa orang sesama bangsa. Takut kantoi ke malu ke apa ke tak tau lah. Maybe sebab tak open kot. Kalau macam tu macamana kita nak bersatu beb?” katanya.
“Yelah, zaman sekarang ke zaman dahulu ke yang penting perpaduan beb. Mat saleh kat luar tu pon lagi pegang perpaduan antara dorang-dorang. Dato’ Onn jaafar pon pernah berpesan … apa eh..” melayu akan selamat dan kuat apabila melayu bersatu”. Sekarang ni? Bersatu ke? Aku paham kita ni ada berlainan fikiran dan fahaman, taraf kedudukan pon lain-lain tapi kita kena set kan kita punya hala tuju dan tujuan tu ke arah yang sama. Kita semua ada role masing-masing. Ko buat kerja ko, aku buat kerja aku tapi mission kita sama. kalau semua nk buat benda yang sama, sampai bila kita nk jadi hebat. Ni kira macam TEAM WORK lah. Ko paham tak maksud aku?” terangnya lagi.
“Gua tengok bangsa lain, macam-macam diaorg nak kat Malaysia ni. Mula-mula mintak yang kecik-kecik, lama-lama nak yang besar-besar. Korang ingat lagi tak tahun 2005 rasanya, bangsa lain hantar mmo permintaan kat Perdana Menteri. Nak hapuskan Agama Islam sebagai agama rasmi? Semua tu tak berasas langsung. Ko kena paham, kita duduk di negara mana. Mana datang nya negara ni? Sapa penduduk asal negara ni? Macamana diaorang boleh buat macam tu? SEBAB kita tak cukup KUAT! Tak cukup bersatu. Kalau kita Kuat, dorang takkan buat benda2 macam ni. Percayalah!” katanya lagi.
“Gua takde hal nak bagi apa yang dorang nak beb. Ketuanan rakyat lah, Hak istimewa orang melayu dilucutkan lah TETAPI aku nak sekolah cina ngan india takde lagi, iklan-iklan dalam bahasa cina dan india dihapuskan. Semua orang cakap Bahasa Malaysia tak kira dimana-mana pun kecuali di rumah. Lepas tu takde diskriminasi kaum kalau ada kerja kosong. Kalau dorang boleh settle ini macam. Gua maybe takde hal punya lah. Orang Melayu ni termasuk lah dengan orang pribumi (Bumiputra). Ni lah penduduk asal Tanah Melayu. Orang British dulu pon cakap ini tanah melayu yang punya (MALAYAN). Orang Cina ada tanah sendiri (CHINA), orang india ada tanah sendiri (INDIA), apa…orang Melayu tak boleh ada tanah sendiri?? Apa ni?? Apa yang diaorang cuba sampaikan ini? Tak paham lah aku… apa ni?? Geram btul lah.” kata ahli mempelam yang lain.
” Tu pun ada juga orang dari bangsa kita tak boleh pikir dari sudut macam ni. Gua bukannya kolot beb, lantak lah kalau ada orang nak cakap aku ni kolot ke tak, duli apa aku, tapi kalau taraf semua diberi sama rata, mampos orang kita kena kitai punya. Ni apa punca bangsa lain dah boleh minta macam-macam sekarang ni? INI SEBABNYA KITA ORANG MELAYU TAK BERSATU. Tulah punca nya. Janganlah lu cuba nak salahkan orang itu lah, salah kan orang ini lah, tengok diri sendiri dulu, ko dah buat apa yang patut ke untuk bangsa kita. Aku taknak banyak lah…. Aku nk sampai satu tahap, bila kita boleh berbalas senyum kat orang yang kita tak kenal. Cukup lah setakat itu. Susah beb nak sampai tahap macam tu… TAPI aku nak cuba sampai dapat” sambungnya lagi.
“Ni sekarang ada polak nak mempertikaikan kuasa Sultan. Dulu nak pertikaikan Agama Rasmi. Lepas ni nak buat apa ntah. Nak bubarkan Parlimen polak ke? “
“Cukuplah..jangan asik nak pikirkan projek..projek…projek.. Nanti semua nya tergadai. Zakat jangan lupa polak. Kita kena berlandaskan Agama Islam. Baru betul.. Itu sahaja yang boleh mempertahankan bangsa kita. Itu lah perkara asas dalam semua perkara. Kita ni pon sedang berlwan dengan agama lain. “
Aku ada baca satu buku, Dato Onn ada cakap … “Marilah kita bersatu seperti kita pernah bersatu dahulu dan berusahalah sepertimana kita pernah berusaha dahulu. Tunjuk yang kita sebenarnya keturunan datuk nenek kita ni pernah menghadapai bahaya dan bersatu hati. Dengan bersatu itu sahaja akan dapat kita menghadapi masa akan datang.” Haaa… itulah dia… Dorang tak tau yang orang dulu ni berkorban macam nak MAMPOS, korang sekarang senang lenang jek nak gadaikan. Macamana tu?”
“Macamana pon, kite kena tolenrasi lah beb antara satu sama lain. Kita semua nak hidup aman dan makmur. Jangan tamak. Tamak tu membahayakan agama, bangsa dan negara lah beb… satu jek aku nak pesan kat anak-anak aku nanti…Ibadah jangan lalai, Hidup jangan bersikap tamak, Hidup bertolenrasi, Hormat Orang tua dan Sayang sesama kita”