BUZZ!!!
Yahoo Mesengger aku berdering daripada rakan lama yang sedang menuntut nun jauh di sana.
” Salam, Beb.. Apa cite? Wa nak tanya skit lah, kenapa lu takde comment pasal Interview Tun Mahathir dengan Stephen Sakur kat BBC?” tanya kawan ku melalui mesengger.
“Lu bagitahu sikit kat blog pohon mempelam lah. Wa suka cara Tun jawab. Halus sekali cara dia. Salute lah!”kata nya lagi
” Salam, Apa cerita beb? tulah dia, aku ada baca dari blog jek, takpe, jap lagi aku tgk videonya kat You Tube, Tak sempat polak nk tgk full aritu, 30 minit … Wa ada baca blog dari Allahyarham Rustam A. Sani, dia ada komen pasal Hard Talk ni. Nampak memang memberangsangkan. Komen baik” kata aku sebagai salah seorang penaip untuk ahli majlis pohon mempelam.
” OK… lu cite lah pasal ni, cite lah skit pendapat lu ngan ahli majlis Pohon Mempelam” kata rakanku itu yang telah berkawan sejak zaman sekolah lagi.
“InsyaALLAH, wa akan cite-cite kat sini. Nanti wa suh dak2 ni jadikan satu topik. Wa hasut semua orang. Hahahah” jawabku.
Setelah mengamati video selama 24minit melalui Youtube.com, saya masih lagi menaruh harapan kepada Tun Mahatihr untuk mempertahankan agama, bangsa dan negara di Malaysia secara khususnya dan di dunia secara amnya. Sungguh menakjubkan! Kata-kata Tun Mahathir masih lagi tidak dapat diredakan. Semua sudut beliau cuba mengkritiknya. Dimana yang kotor, disitu beliau akan cuba menggosok sehingga bersih, dimana yang berkulat diletakkan “ikan perbandaran” untuk dibersihkan supaya negara Malaysia hidup dalam keadaan aman dan makmur.
Disini saya sekalikan URL untuk ke video tersebut supaya dapat dikongsi bersama.
BBC Hard Talk: Mahathir Mohd talks to Stephen Sackur Part. 1
BBC Hard Talk: Mahathir Mohd talks to Stephen Sackur Part. 2
BBC Hard Talk: Mahathir Mohd talks to Stephen Sackur Part. 3
P/S: Terima kasih lah kepada hanief.blogspot.com kerana menyertakan sekali “subtitle” yang agak menarik. Agak panaslah jugak subtitlenya. Macam tak suka Tun jek …
Disertakan juga dibawah ini skrip Temuramah Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Stephen Shakur..
Stephen Shakur : Bulan lepas adalah pergolakan politik yang terbesar di Malaysia. Parti Pemerintah telah mengalami rekod terburuk dalam pilihanraya dalam masa 5 dekad.. Masih lagi berkuasa tetapi semakin lemah. Tetamu saya pada hari ini adalah Pemimpin no 1 parti kerajaan selama 22 tahun. Beliau adalah bekas Perdana Menteri Malaysia dan juga pemimpin yang bersuara lantang datang dari masyarakat Islam. Seorang pengkritik, rasis dan seorang diktator..beliau adalah Mahathir Mohamad.
Stephen Shakur : Dr Mahathir Mohamad.. Selamat datang ke HardTalk.
Tun Mahathir : Terima kasih.
Stephen Shakur : Mari kita bermula dengan keputusan pilihanraya bulan lepas. Adakah ini adalah permulaan berakhirnya era pemerintahan Pasti Kerajaan?
Tun Mahathir : Tidak semestinya … melainkan tiada tindakan yang dibuat ia mungkin akan berlaku tetapi jika tindakan susulan yang terapi dibuat termasuk Perdana Menteri Malaysia sekarang sanggup meletakkan jawatan beliau, ini mungkin akan mengembalikan Barisan Nasional untuk menjadi sebuah parti yang kuat.
Stephen Shakur : Kamu bermaksud bahawa jika Perdana Malaysia kini, Abdullah Ahmad Badawi perlu meletakkan jawatan untuk memulihkan parti kerajaan??
Tun Mahathir : Well… tidak terlalu cepat . Beliau boleh letak jawatan sepertimana saya meletak jawatan dahulu. Sudah masanya dia meletakkan jawatan kerana keputusan pilihanraya adalah jelas menunjukkan bahawa ramai pengikut Parti Pemerintah telah membuat keputusan untuk memilih parti pembangkang walaupun mereka tidak suka dengan parti pembangkang. Ini adalah untuk memberitahu sesuatu pesanan kepada kerajaan untuk beliau fahami.
Stephen Shakur: Perdana Menteri Abdullah pernah berkata yang kamu adalah salah satu punca kekalahan Parti Pemerintahan semasa pihanraya yang lepas. Ini disebabkan kamu lantang bersuara dalam masa 2 atau 3 tahun yang lalu…
Tun Mahathir : Saya tidak nampak mengapa saya tidak boleh menegur kesilapan beliau.
Stephen Shakur: Kesalahan apa?
Tun Mahathir : Well..Pertama sekali Kerajaan berjanji untuk menghapuskan rasuah tetapi kerajaan sendiri melakukan rasuah.
Stephen Shakur : Kamu terlalu mengambil berat (menyibuk) tentang orang lain. Itu yang menjadi masalah. Ramai orang dari parti kamu percaya dan berkata sedemikian.
Tun Mahathir : Kadang kala saya perlu berbuat begitu. Say pernah memberitahu kamu sebelum ini. Saya seorang Doktor. Jika saya menjumpai sesuatu yang buruk/kuman, saya akan terus membuangnya.
Stephen Shakur : Tetapi beliau sudah berkata yang Perdana Menteri Adbullah Badawi akan meletak jawatan akan datang tetapi kamu menyuruh beliau pergi sekarang.
Tun Mahathir : Beliau hendaklah berundur sekarang kerana kita memerlukan masa menyediakan parti untuk pilhanraya akan datang.
Stephen Shakur : Adakah ini benar apa yang saya lihat di Malaysia kini, Ia bukannya berpunca dari Perdana Menteri Abdullah tetapi sistem lama dan idealogi kamu yang kamu praktikkan di negara kamu.
Tun Mahathir : Memang benar sistem lama dan idealogi itu bertahan selama 15 tahun tetapi ia berjalan dengan lancar, menang semua pilihanraya, masyarakat sentiasa menyokong kami dan negara melakukannya dengan baik sejak 15 tahun dengan system tersebut.
Stephen Shakur : Tetapi suara-suara telah didengari, Parti Pembangkang telah menang besar, berkata secara terbuka bahawa “Kami tidak mahu lagi sistem perkauman di dalam Malaysia” dengan sistem definasi perkauman ini, kamu telah berjaya memerintah selam 22 tahun.
Tun Mahathir : Itu adalah sebahagian daripada kritikan tetapi yang apa berlaku sebenarnya berlaku yang menyebabkan kejatuhan parti kerajaan adalah cara kepimpinan negara kini.
Stephen Shakur : Biar saya cerita sedikit bahawa kamu mempunyai 5 negeri yang kaya dan teguh yang kini telah jatuh ke tangan parti pembangkang. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata “Kami ingin mengamalkan bebas dari sistem rasuah dan kronisme” Beliau mahu membina semula Negeri Pulau Pinang untuk semua. Kamu tidak bangunkan Malaysia untuk semua, bukan begitu?
Tun Mahathir : Saya telah buat (untuk semua). Jika kamu lihat sekarang, semua kini menikmati kehidupan yang lebih baik, menjadi lebih selesa dan kaya dan kini Malaysia adalah salah satu negara yang paling pesat membangun di dunia dan juga, jika kamu lihat semua kaum, semua menumpang keuntungan dari kerajaan pada masa itu. Jadi ia semestinya Pakatan Pembangkang menumpang kejayaan negara.
Stephen Shakur : Mari kita lihat Dasar Ekonomi Baru (DEB) kamu yang lebih menekankan kepentingan etnik Melayu dari pelbagai sudut, susunan sektor awam, sektor pendidikan dan universiti, kelebihan pemilikan stok, diskaun pemilikan harta/rumah..terlalu banyak keistimewaan yang diberikan kepada orang Melayu dalam sistem kamu ini.
Tun Mahathir : Well….Ini adalah polisi yang dilahirkan oleh orang pendahulu saya..Ia sepatutnya….
Stephen Shakur : Kamu ada 22 tahun untuk mengubah segala dasar didalam sistem ini bukan?
Tun Mahathir : Ya , saya ada peluang selama 22 tahun dan ia adalah langkah yang perlu dilakukan untuk mengimbangi permasalahan yang wujud sejak dari zaman penjajahan British lagi. Jika ia tidak diseimbangkan, akan berlaku lagi perusuhan seperti pada tahun 1969.
Stephen Shakur : Masalah disini adalah, seperti contoh, 18 000 orang India berada di jalanan dan memprotes secara terang dan terbuka pada November yang lepas (2007) ini kerana mereka tidak setuju kepada sistem perkauman itu yang kamu laksanakan dahulu.
Tun Mahathir : Kenapa mereka melakukannya sekarang?? Kenapa tidak pada zaman pemerintahan saya dahulu?? Ramai yang tidak suka pada saya dahulu, ada penujuk perasaan…
Stephen Shakur : Jikalau ramai yang tidak bersetuju dengan anda, mereka akan ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara.
Tun Mahathir : Siapa?
Stephen Shakur : Beratus-ratus daripada mereka.
Tun Mahathir : Ini lah datangnya masalah daripada media barat kuno kamu itu.. Kamu bikin satu cerita dan membikinnya seperti benar apa yang telah berlaku teptapi ia tidak benar sama sekali. Beritahu saya, siapa yang beratus orang yang akhirnya telah disumbatkan kedalam penjara?
Stephen Shakur : Saya akan menyentuh Hak Asasi Manusia sebentar lagi, sebelum kita bercerita lebar tentang sistem perkauman di Malaysia, saya ingin bertanya tentang Anwar Ibrahim yang mana beliau kini menekan kamu, dimana dahulu beliau adalah rakan lama dan musuh politik kamu, Beliau akan membantu semua rakyat tidak kira bangsa, warna dan kaum di Malaysia.
Tun Mahathir : Well.. Itu lah namanya “mengambil peluang”. Kini beliau tidak lagi didalam kerajaan. Beliau pernah berada di dalam kerajaan, beliau tidak pernah melakukan apa-apa untuk …..
Stephen Shakur : tapi kamu masukkan beliau ke dalam penjara..
Tun Mahathir : Saya bukanlah antara sebab yang menyebabkan beliau dipenjara. Beliau adalah peliwat, menyalahgunakan kuasa, dan beliau dibicarakan selama 9 bulan bersama 9 peguam dan beliau didapati bersalah.
Stephen Shakur : Disebabkan tuduhan tersebut…disebabkan tuduhan tersebut…bukan sahaja negara kamu yang mengambil berat tentang perkara ini tetapi berdasarkan rekod, masyarakat antarabangsa juga turut risau tentang perkara tersebut. Kerajaan Kanada, Pihak White House (Rumah Putih), Suruhanjaya Antarabangsa Pakar Undang-Undang…Semua badan-badan ini begitu prihatin tentang sistem kamu yang memperlakukan sebegitu terhadap Anwar Ibrahim.
Tun Mahathir : Ya..kamu boleh cakap sebegitu tetapi…
Stephen Shakur : Bukan saya yang berkata, tetapi berdasarkan dari petikan ini….
Tun Mahathir : Tapi…Bagitahu saya, apakah rekod-rekod negara ini? Mereka di dalam negara mereka, menangkap ldan menahan ebih ramai orang tanpa perbicaraan dan sumbat mereka ke Guantanamo Bay dan di UK juga, kamu menangkap dan menahan mereka tanpa perbicaraan , bukan kah begitu??
Stephen Shakur : Jadi ia tidak salah, jika kamu melakukannya selam 22 tahun?
Tun Mahathir : Kami melakukan berdasarkan undang-undang negara tapi bukan cara yang …
Stephen Shakur : Kamu guna undang-undang pada zaman kolonial bukan? Internal Security Act (ISA), Adakah kamu berpuas hati sekarang? Beritahu saya adakah ia adalah keputusan yang tepat?
Tun Mahathir : Tidak, Kami merasakan yang pada ketika itu, mahu terjadi nya perusuhan kaum, Maka kami menahan orang-orang yang ingin memulakan rusuhan tersebut hingga tiada orang berkata tentang hal sedemikian.
Stephen Shakur : Bertenang Dr Mahathir, Kamu sudah tiada pengaruh dan kuasa selama beberapa tahun. Tidak termasuk didalm rekod, adakah anda menyesal apa yang kamu lakukan terhadap Anwar Ibrahim.
Tun Mahathir : Kenapa pula saya perlu menyesal? Anwar Ibrahim ditahan berdasarkan undang-undang negara, beliar dibicarakan di mahkamah negara dan beliau dihukum oleh mahkamah. Jika beliau tidak bersalah, saya merasakan, saya tidak kisah apa yang kamu hendak fikirkan, tentang sistem kehakiman negara kami, Saya merasakan dia tidak bersalah.
Stephen Shakur : Adakah ini akan menjatuhkan reputasi anda?
Tun Mahathir : Walaubagaimanacara sekalipun, saya terpaksa menerima seadanya.
Stephen Shakur: Kini ia menghantui diri kamu. Anwar Ibrahim kini mengetuai Pakatan Pembangkang dan kami kini percaya bahawa terdapat ramai Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak ingin menyertai Pakatan Pembangkang, dimana jika ini berlaku, Anwar Ibrahim, dalam masa terdekat, beliau akan memimpin kerajaan. Dan berkemungkinan Anwar Ibrahim mahu kamu menjawab segala persoalan yang menjadi tanda tanya semasa kamu berkuasa.
Tun Mahathir : Well..beliau boleh bertindak sedemikian jika beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia, tetapi jika beliau menang terlalu besar kemudian Barisan Nasional ditindas, Ini adalah disebabkan Perdana Menteri sekarang (Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi) yang sepatutnya dipersalahkan ini kerana beliau tidak dapat menjaga kesetiaan ahli-ahli parti Umno sendiri.
Stephen Shakur : Ini berlaku bukan disebabkan Perdana Menteri sekarang, dimana Anawar Ibrahim ditindas dan dilanyak semasa dalam tahanan.
Tun Mahathir : tapi….beliau dibelasah teruk? Saya tahu beliau ditampar dan meninggalkan kesan hitam dimatanya dan beliau boleh menggunakan isu ini untuk pilihanraya tetapi …..
Stephen Shakur : Adakah anda mengandaikan bahawa beliaulah yang memukul dirinya sendiri?
Tun Mahathir : Saya tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku tetapi Ketua Polis Negara ketika itu mengaku bahawa dia yang memukul Anwar (Ibrahim). Itu bukan saya, itu adalah perbuatan Rahim Noor.
Stephen Shakur : Bagaimana kamu akan bertindak jika Anawar Ibrahim menjadi Perdana Menteri dan dia ada berkata secara terbuka “dia ingin menubuhkan satu badan siasatan khas untuk menyiasat segala perbuatan/kegiatan Tun Dr Mahathir”. Bagaimanakah kamu akan memberi respon?
Tun Mahathir : Beliau dipersila untuk berbuat sedemikian tetapi saya mahu dia mencari orang yang “neutral”, hendaklah mesti adil, hendaklah mencari orang luar (badan antarabangsa) ini kerana saya tidak percaya kepada penduduk tempatan.
Stephen Shakur : Menarik perhatian saya, anda berkata anda tidak percaya orang tempatan serta orang yang terlibat didalam perbicaraan Anwar Ibrahim. Adakah kamu percaya integriti badan kehakiman negara Malaysia?
Tun Mahathir : Saya percaya , ada masanya, tetapi…
Stephen Shakur : Bagaimana anda melantik Ketua Hakim didalam badan tersebut?
Tun Mahathir : Bukan saya yang melantik. Hakim – hakim di sarankan oleh Ketua Hakim Negara dan tanggungjawab saya adalah untuk meneliti rekod-rekod mereka dan kemudian mengemukakan senarai nama trsebut kepada Agung yang akan memilih nama-nama tersebut.
Stephen Shakur : Dr Mahathir… isu yang hangat/popular di Malaysia kini adalah Kes VK Lingam (perlantikan hakim-hakim) dan juga terdapat bukti video dan tersebar luas di Malaysia. Dalam video tersebut, peguan tertinggi berbeual dengan Ketua Hakim Negara pada 2001 dimana peguam tersebut berkata “Percayalah, semuanya telah diatur oleh ahli politik dimana ketika itu pemimpin politik yang tertinggi adalah kamu, Dr Mahathir.
Tun Mahathir : Benarkah dia berkata sedemikain? Ada dia menyebut nama saya?…
Stephen Shakur : Dia (VK Lingam) berkata semuanya telah diatur oleh ahli politik .
Tun Mahathir : Saya tidak pasti tentang perkara tersebut tetapi yang nyatanya dia (VK Lingam) hendak menjerat Lim dan secara kebetulan VK Lingam adalah peguam saya ketika ini berkenaan kes Anwar. Dan pita video ini datangnya dari Anwar dan ia kini digunakan untuk menjerat VK Lingam pula.
Stephen Shakur : Menjadi isu sekarang, Perdama Menteri Malaysia Abdullah, sudah memberi keampunan terhadap 6 peguam yang telah disingkirkan malah memberi gantirugi dan pampasan kepada mereka.
Tun Mahathir : Itu adalah kepentingan politik. Dimana beliau (PakLah) mahu menjadi popular dan ingin menunjukkan yang dia kini sedang buat benda yang betul.
Stephen Shakur : Itulah yang saya maksudkan, diman orang Malaysia tidak mahu lagi mengamalkan sistem yang kamu amalkan dan mahukan pembaharuan sebab itu Perdana Menteri Abdullah mahu mengubah sistem itu.
Tun Mahathir : Bukan .. Bukan.. Dia tidak mengubah sistem itu tetapi beliau mengguna sistem itu dengan teruk sekali. Tiada yang boleh menegur PakLah , dia mempunyai surat khabar yang mencerita tentang beliau sahaja dan bercerita betapa hebatnya beliau itu dan juga beliau memberitahu penyokong dia jika dia menang pilihanraya, beliau akan menang besar. Kalau kamu lihat rekod beliau, beliau mempunyai rekod yang bersih, dia sukar untuk kalah teruk ketika pilihanraya.
Stephen Shakur : Semakin banyak saya dengar tentang Perdana Menteri Abdullah, semakin saya bertanya-tanya, Kenapa kamu memlilih beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia?
Tun Mahathir : Well.. orang begini sungguh bijak sekali menyembunyi perilakunya yang sebenar. Beliau dikenali sebagai “Mr Clean” dan saya rasa …. saya melantik “Mr Clean” untuk menggantikan tempat saya. Walaupun dia tidak mendapat undi yang tertinggi di dalam parti. Saya melihat dia sebagai orang yang paling senior pada ketika itu lalu saya melantik beliau dan menjangkakan beliau tidak akan melakukan silap tetapi beliau lebih mementingakn kam kerabat keluarganya sendiri berbanding negranya sendiri.
Stephen Shakur : Jadi secara dasarnya, kamu melakukan salah percaturan?
Tun Mahathir : Ya.. saya mengaku saya melakukan kesilapan. Semua orang ada melakukan kesilapan. Orang British melantik Blair yang kaki pembohong, sama juga kepada Amerika, semua orang buat silap.
Stephen Shakur : Memang benar semua orang melakukan kesilapan, Bukankah ini adalah salah satu kesilapan untuk kamu, mengaku yang kamu ini adalah anti-barat dan anti-demokratik.
Tun Mahathir : Bukan…Disinilah masalahnya. Saya bukan Anti-barat. Saya menentang perkara buruk yang dilakukan oleh negara-negara barat.
Stephen Shakur : Kamu ada berkata yang orang Eropah Anglo-Saxon menyokong peperangan, sodomi dan pertindasan kaum.
Tun Mahathir : Ini adalah benar.…
Stephen Shakur : Tetapi kamu bukan anti-barat?
Tun Mahathir : Saya bercerita berdasarkan fakta. Ini adalah perilaku mereka dan saya akan terus berkata sedemikian.
Stephen Shakur : Jadi, bila kamu datang ke London sini, tiba di studio HardTalk , kamu mengatakan kamu merasakan kita kini berada ditengah-tengah/pusat sebuah negara peperangan, sodomi dan pertindasan kaum?
Tun Mahathir : Well.. Saya memang dapat mengandaikan apabila saya datang ke sini akan diserang oleh soalan-soalan panas dari kamu dimana Itulah cara kamu yang sebenarnya.
Stephen Shakur : Saya tidak menyerang kamu, saya Cuma ingin mendapatkan kepastian yang adakah kamu menyesal atau tidak. Kamu tidak rasa bersalah? Kerana kamu secara terbuka mengkritik negara barat dimana-mana dialog.
Tun Mahathir : Apbila kamu (British) berkata orang melayu tidak bersaing, orang melayu malas, kini kami tidak boleh bercakap tentang kamu. Bila tiba masa kami untuk bercakap, kamu hendaklah terima samaada kamu suka atau pun tidak. Bila kamu berkata sesuatu terhadap kami, kamu berharap kami akan suka? Kami tidak suka dan kami tiada jalan untuk bersuara.
Stephen Shakur : Saya ingin bertanya apa pendapat anda tentang demokrasi, sudah tentu selepas 9-11, Amerika dan Britain mempeluaskan idealogi demokrasi. Adakah kamu percaya dengan Sistem Demokrasi?
Tun Mahathir : Jika kamu baca sejarah negara-negara barat, mereka akan datang dengan pelbagai idealogi dan menukarnya apabila tidak boleh diguna pakai. Suatu hari mereka akan melupakan tentang demokrasi kerana di beberapa negara, demokrasi telah bertukar menjadi anarki, tiada kerajaan. Tiada sistem yang sesuai untuk semua orang. Kamu perlu memahami beberapa perkara baik dan buruk tentang demokrasi sebelum kamu mengamalkan demokrasi.
Stephen Shakur : Adakah ini sebabnya kamu menjadi pemerintar secara diktator?
Tun Mahathir : (Gelak) … Orang barat gemar menyatakan saya ini seorang diktator.
Stephen Shakur : Saya membaca semula petikan kamu pada 2002, kamu berkata diktator juga boleh memerintah negara.
Tun Mahathir : Itu adalah benar.
Stephen Shakur : Jadi kenapa kamu tidak mengaku yang kamu adalah seorang diktator?
Tun Mahathir : Kerajaan pada zaman dahulu tiada sistem demokrasi dan kerjaan mereka menjadi hebat! Tidak semestinya sistem demokrasi itu berguna untuk semua orang. Jika kita ada pemimpin yang teruk, dengan sitem demokrasi pun kita akan gagal. Kamu kena tahu, negara demokratik menggunakan bom atom dan membunuh 200,000 ribu nyawa.
Stephen Shakur : Apa yang akan kamu kata kepada rakyat Malaysia yang demokrasi ini adalah sistem yang tidak bagus?
Tun Mahathir : Saya bertanding 5 kali pilihanraya dan saya menang kesemua pilihanraya.
Stephen Shakur : Media berkata kamu memenjarakan musuh kamu.
Tun Mahathir : Kamu masih lagi ingin membangkitkan cerita itu, kini sya bertanya, siapakah orangnya itu??
Stephen Shakur : Saya tidak mempunyai masa untuk menerangkan, tapi saya membaca banyak laporan, laporan antarbangsa, laporan hak asasi manusia…
Tun Mahathir : Ini adalah laporan berat sebelah!! Perkara pertam yang saya lakukan semasa saya menjadi Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1981, Saya membebaskan 22 orang tahanan politik termasuk ahli parti pembangkang.
Stephen Shakur :Bermula 1984, semua pihak akhbar perlu menukar lesen setiap tahun.
Tun Mahathir : Tidak…tidak…tidak..ia masih lagi kekal sejak dahulu…
Stephen Shakur : Laporan mengatakan kamu yang munyuruh berbuat demikian…
Tun Mahathir : (Ketawa) Tidak..saya tidak berbuat demikian tetapi saya tidak tahu dari mana kamu dapat berita ini tapi sebenarnya yang berlaku ialah kita adalah negara yang berbilang kaum, jika kita tidak berhati – hati, rusuhan kaum akan berlaku. Kamu lihat dimana-mana negara yang berbilang kaum, mereka tidak pernah aman. Malah masalah negara Ireland utara, mengambil masa yang agak lama untuk menyelesaikannya.
Stephen Shakur : Sebut tentang keamanan negara, itulah sebanya kamu bertegas terhadap pelampau Islam ??
Tun Mahathir : Benar! Itu semestinya dilakukan!
Stephen Shakur : Mengikut laporan yang kamu katakan pada Oktober 2003, kenapa 1.3billion umat Islam tidak mengalahkan beberapa juta golongan yahudi yang sedikit? Kamu kata “dunia Islam sebenarnya adalah kuat dimana orang Eropah membunuh 6 juta orang Yahudi daripada 12 juta, tetapi pada hari ini orang Yahudi mengawal dunia melalui proksi, mereka gunakan proksi mereka berjuang dan mati untuk mereka (Yahudi) dan kamu berkata orang Yahudi menjadi sombong, orang yang sombong dan marah akan buat silap dan adanya peluang untuk kita”
Tun Mahathir : Saya berkata berdasarkan fakta. Sayan sanggup berkata perkara ini berulang kali dan lagi dan lagi kerana ini adalah yang sebenarnya berlaku.
Stephen Shakur : Tetapi ini Anti-Semitik …
Tun Mahathir : Anti-Semitik ini dicipta oleh orang Yahudi sendiri. Kita tidak boleh bercakap lebih-lebih malah ada pemberita ditangkap dan dipenjara kerana menentang Holocaust. Dipenjara 3 tahun! Di mana kebebasan media ( bersuara).
Stephen Shakur : Jadi itu adalah dari fakta? Bukan pendapat kamu sendiri?
Tun Mahathir : Tidak..Saya hanya menyebut fakta. Secara faktanya, Pihak Amerika akur dengan kehendak Israel.
Stephen Shakur : Kamu kata itu adalah fakta, tetapi kamu kata ada pelampau Islam mengkukarkasirkan negara kamu kemudian kamu bercakap didalam OIC, kamu bercakap seperti Osama Bin Laden.
Tun Mahathir : Saya rasa tiada masalah. Tiada masalah langsung. Saya tidak mahu Pelampau Islam, saya tidak mahu orang Yahudi dan Amerika menyerang Baghdad. Ini semua tidak sesuai dan tidak bagus.
Stephen Shakur : Adakah kamu rasa masyarakat kamu akan mendengar lagi kata-kata kamu?
Tun Mahathir : Saya tidak tahu bagaimana hendak kata.
Stephen Shakur : Di Malaysia…
Tun Mahathir : Kenapa orang perlu risaukan tentang saya?
Stephen Shakur : Di Malaysia, Ketua Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim, berkata inilah masanya untuk kamu “berdiam diri”.
Tun Mahathir : Kenapa pula saya perlu berdiam diri? Kalau orang buat silap dinegara saya, saya perlu berdiam diri?? Saya akan menjadi orang yang tidak bertanggungjawab jika saya lakukannya.
Stephen Shakur : Dr Mahathir Mohamad….., terima kasih kerana hadir ke HardTalk.
Tun Mahathir : Sama-sama.
Stephen Shakur : Terima kasih banyak-banyak.
Skrip dan sarikata ini dibawa khas dari Pohon Mempelam untuk para pembaca.
smudge said,
April 25, 2008 @ 9:54 am
hanief.blogspot.com tu pro pembangkang. selalu gak dia lepak kat forum lowyat.. kudos to Tun.
mempelam said,
April 29, 2008 @ 3:34 am
Tun Mahathir masih lagi mempertahankan integriti dan pendirian beliau. Ini yang membuatkan beliau disegani oleh ramai orang-orang luar tetapi nampaknya kini beliau diperlakukan secara terbalik pula..
wan said,
November 7, 2009 @ 10:49 am
steady Dr. M … ur d man