Pohon Mempelam | 11 April 2008
Cuaca mendung dan kehadiran sekawan nyamuk yang singgah di stall burger kami membuatkan kami gelisah bertepuk tampar pada hari ini. Sejuk dan dingin udara di sini juga menimbulkan kesepian dihati
. Kemeriahan stall burger dan warong disini, masih tidak henti walaupun sudah hampir menerima hari baru. Kehadiran beberapa kumpulan gadis ke sini membuatkan kami tidak mahu ganjak dari kerusi tetapi kami steady menerima kunjungan sedemikian rupa. Kehadiran keluarga, pegawai polis, gadis-gadis, brader-brader teksi adalah kunjungan yang biasa kami lihat setiap hari.
Beberapa gelas yang berisi teh O, Kopi O , teh ais, yang tidak berisi, suratkhabar, pinggan-pinggan kosong dan beberapa risalah memenuhi meja kami yang ditinggalkan oleh 4 -5 orang rakan kami yang telah singgah untuk berbual dan melepak selepas penat bekerja disiang hari.
Ahli-ahli pohon mempelam ini secara tradisinya menjadikan pohon mempelam ini sebagai lokasi untuk bertemu yang kebanyakannya mempunyai latar belakang yang berbeza. Golongan profesional, jurutera, ahli perniagaan, lepasan universiti, pensyarah, pegawai polis yang berjawatan, ahli politik, pegawai bank, pegawai kerajaan dan pelajar menjadikan pohon mempelam ini tempat melepaskan lelah, geram dan melepak yang rata-ratanya mereka ini membesar dari kampung ini atau sudah bersama ahli-ahli lebih dari 5 tahun. Disebabkan datang dari latar belakang yang berbeza, percanggahan pendapat sudah semestinya berlaku apabila timbulnya sesuatu isu. Ada yang memandang serius, ada yang memandang remeh, ada yang membuat lawak dan tidak kurang juga ada juga yang suka menyakat.
” Ni risalah apa ni beb?” tanya salah seorang ahli kami yang menyelak risalah yang baru kami terima tadi.
“Bro, ni mana datang pamplet ni? Len macam jek bunyi dia” tanya nya lagi.
Risalah ini mempunyai 4 muka surat bewarna yang berukuran A4 berlatarbelakangkan potrait Ketua Parti DAP, Ketua Menteri Pulau Pinang dan sekumpulan Hindraf yang mahukan hak mereka dikembalikan, menarik perhatian ahli pohon mempelam yang sedang menyelak risalah tersebut.
“Wahai Pemimpin dan Ahli UMNO di semua peringkat”
adalah tajuk utama risalah tersebut. Heading risalah tersebut yang bertulisan jawi “sa waw alip ro alip , ro ya hamzah ya ta” dan diapit dengan dua imej Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dan dibawah imej tersebut terdapat perkataan yang berbunyi “UNDUR LAH” di muka depan risalah tersebut.
“Lain macam ni. Betul-betul nak suruh Pak Lah turun. Mentang-mentanglah Pak Lah datang Johor hari ni, ada jek idea diaorang ni kan. Dulu sebelum pilihnaraya, kalau Pak Lah turun Johor, mengampu jek. Ni dah jadi macam ni, suruh undurlah, suruh step down lah, memorandom lah….macam-macam. Ni sapa yang bikin ni?” tanya ahli kami yang membelek risalah tadi.
Terdapat 41 isi penting yang di “highlight” kan didalam risalah tersebut. Secara keseluruhannya mahukan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi atau lebih dikenali sebagai PakLah (Perdana Menteri Malaysia yang ke-5) berundur dari kerusi tertinggi parti UMNO. Keadaan ekonomi yang tidak stabil dan politik beberapa tahun lepas, menjadikan Pilihanraya Umum yang ke-12 sebagai tempat melepaskan geram rakyat terhadap kepimpinan Pak Lah. Kesimpulannya, Barisan Nasional gagal mepertahankan majorit 2/3 kerusi di Parlimen dan 5 negeri tumpas bertukar kerajaan.
“Biarkan! Aku memang sokong 100%. Paklah patutnya dah boleh step down. Semua apa yang dia cakap dalam tu (risalah) semuanya betul!” jawab seorang lagi ahli pohon mempelam ini.
“Nak kata kite bodoh taknampak, benda dah terbukti! tapi aku bengang betul lah dengan orang-orang yang kurang ajar” tambahnya lagi.
“Kurang ajar? Apa yang kurang ajar? Sapa? Budak ni ke? Hahahaha . . . ” sambut tokey burger sambil menunjukkan jari telunjuk kepada seorang lagi ahli pohon mempelam.
“Kurang ajar pada orang tua! cakap tak serupa bikin. Duduk dalam parlimen tapi berbual tak ikut fact. Pemimpim-pemimpin yang macam nilah yang buatkan kite dalam huru hara. Tak dapat restu dari orang tua lah katakan” sambung ahli pohon mempelam yang melepaskan pendapatnya.
“Macam Datuk Ismail tu, baru dapat kerusi Menteri, ko dah nak hentam Tun (Tun Dr Mahathir Mohammad) polak. Nak hentam Otai polak tu! Cara memang tak cantik lah beb. Lu tu kena lah hormat orang senior. Dah macam-macam orang tua tu buat kat negara ni. 22 tahun beb. Bukan kejap. Ko dah berani nk langgar Tun polak. Ni sorang lagi, Dato’ Nazri… aku memang cukup menyampah tengok muka dia. Sesukahati jek. Main langgar jek orang tua tu (Tun). Apa? Dulu masa orang tua tu jadik PM (Perdana Menteri) ko punyalah membodek jek kejenya. Ni orang tua (Tun) dah kat bawah, ko belasah dia cukup-cukup. Ingatlah sikit sapa yang naikkan ko tu dulu.” tambahnya lagi.
“Ada ke dia cakap RM150juta untuk siaran langsung untuk persidangan parlimen kat RTM tu satu pembaziran? (yang diminta oleh rakyat supaya dipanjangkan selama satu jam setiap kali persidangan berlangsung) Kepala hotak dia lah. Weh, tu duit rakyat lah, biarkan lah rakyat nak buat apa dengan duit tu. Rakyat dah vote dah” tambahnya lagi panjang lebar melepaskan marah.
“RM150 juta tu boleh buat macam-macam lah, untuk kebajikan lah apa lah, untuk pembangunan lah apa lah ini lah itu lah …. Apasal dia tak cakap rumah dia yang berpuluh juta tu tak membazir? Apsal tak cakap 300juta untuk Monsoon Cup (di Terengganu) tu membazir? Apasal tak cakap **projek keretapi berkembar 12 billion tu membazir? Apa dia bebual ni? Dia ni bebual ikut sedap dia ke ikut fakta?” tambah nya lagi
**Pada asalnya projek landasan keretapi berkembar dari Johor Bahru ke Padang Besar menelan kos sebanyak RM14 billion untuk menaikkan taraf sistem pengangkutan negara ini pada 2004. Kini selepas ditangguh oleh PakLah selama 4 tahun disambung semula tetapi kosnya hanya RM12 billion tetapi itu hanya dari Ipoh ke Padang Besar.
“Tapi kan, gua rasa lah RM150 juta tu boleh buat macam-macam per? Buat peruntukan kat kampung-kampung ke, naik taraf ekonomi kmpung-kampung ke, buat modal nak tarik balik undi kite ke. Banyak tu RM150 juta dari membazir semata-mata live dari parlimen. Lagi pon time tu bukannya ramai orang nk tengok pon. Hari bekerja. Lagipun, kang isu-isu dalam parlimen yang sensitif dibawak keluar, lagi bahaya beb” kata seorang lagi ahli kami memberikan pendapat.
“Kalau lu cakap RM150billion tu wa boleh percaya lah itu membazir tapi ni RM150 juta jek beb. JUTA!! Lu ingat banyak sangat ke RM150juta tu? Harta dorang tu berbilion-billion tau! Duit rakyat tu berbillion-billion. Bukan duit dia pon. Duit rakyat. Secara keseluruhan rakyat Malaysia nakkan duit dia buat live telecast. Pasal bahaya pulak. Apa yang bahaya nya? Sama jugak, sebelum ni pon ada jugak keluar kat internet lah apa lah.. bende ni semua dh takleh nak cover lagi.. Biarkan semuaorang tau. Tengok menteri mana yang buat kerje, ahli parlimen mana yang buat kerje, ahli parlimen mana yang tidur!” sambut ahli yang melepaskan pendapatnya.
“Cara dia cakap tu macam dia hebat lah! Cara dia kutuk orang-orang lama, macam dia hebat sangat lah! Kalau dia hebat sangat, gi lah bertanding kerusi MT (Majlis Tertinggi UMNO) lagi tahun ni. Kite tengok hebat ke tak hebat dia kali ni. Berani pulak dia nak gi bertanding. Memang ke longkang lah result dia. Kte tengok suara sapa yang kuat? Orang atas ke Orang bawah” tambahnya dengan pedas.
“Gua rasalah, memang patut lah Dato’ Nazri wat macam tu. At least dia mempertahankan parti beb. Mempertahankan Malaysia. Ada jugak isu sensitif orang Melayu tak patut dikeluarkan dari parlimen. Tu jeklah port yang boleh cite open. Dia bukannya nak hentam Tun, tapi statement Tun tu banyak buat orang luar terpengaruh. tak elok lah cakap bukan-bukan. Setel table takbleh ke? Gua memang sokong kalau Dato nazri Aziz tu bertanding MT ( Majlis tertinggi UMNO) Mesti boleh punya lah.. Gua sokong!” kata seorang lagi ahli kami yang mempertahankan pendapatnya.
“Nak kata bincang, dah bincang. Nak setel, tak setel-setel. Ni ah, PakLah datang Johor ni kire nak setel lah ni. Di sogoknya orang Johor RM200 juta untuk projek perumahan. Tukar polak nama WPI (Wilayah Pembangunan Iskandar) jadi IM (Iskandar Malaysia). “I AM ke I’m Here?”. Hormat lah skit Tun tu. Wa ingat lagi masa sambutan Umno kat Johor aritu ( Sambutan Ulangtahun UMNO ke-60 di Johor pada Mei 2006 di Istana Lama Johor), takde orang pun sambut Tun dari airport. Tak sampai 20 orang pon yang sambut. Ada sorang jek dari Bukit Timbalan (Pejabat Kerajaan Negeri Johor) tu pun yang iring Tun tu Pegawai Protokol. Dari situ kite dah nampak. Cuba macam lu, Lu dah wat macam-macam kat family lu, dah siapkan rumah cantik-cantik, terurus, kebun elok, takde pencuri, sekali..bile anak lu polak yang amik alih rumah tu, compang-camping, huru hara, tak terjaga sana sini, kena rompak… lu tak bising ke?” cantas ahli pohon mempelam menyambung ceritanya.
“Orang tua tu memberikan pendapat sebagai orang yang pernah berkhidmat untuk negara tapi lu cants orang tua tu macama-macam, langgar sana -sini. Bukti dah ada. Orang tau Kerajaan sekarang kerajaan keluarga, tapi sapa yang berani nak suara? Tun jugak ko harapkan. Pada aku, biar orang kite yang bersuara dari musuh yang bersuara. Musuh tak bersuara tapi dia bertindak. Mana sikap yang mak bapak kite ajar dulu? Aku tak tau lah kalau korang lain dari aku. Mak bapak aku dulu, first thing dia ajar kat anak-anak dia, JANGAN KURANG AJAR DENGAN ORANG TUA. Mak Bapak dorang tu tak ajar ke?” tambahnya lagi.
“Sorang lagi tu, dari kecik duduk kat luar negara, lahir pun kat Kuwait, sekolah kebangsaaan tak pernah, sekolah menegngah kebangsaaan pon tak pernah, ada hati nk memperjuangkan negara Malaysia. Ada hati nak jadi KP Malaysia. Ada hati nak jadi Perdana Menteri yang termuda dalam sejarah Malaysia. Hish, orang yang sokong dia dah buta agaknya.” ceritanya lagi tentang seorang lagi manusia yang berpengaruh di Malaysia yang dikatakan 2nd Man dalam negara ini.
Memang ada benarnya kata seorang ahli pohon mempelam ini yang menyuarakan pendapatnya dalam bidang politik yang agak kucar kacir di Malaysia ketika ini. Menyuarat Agung UMNO akan berlangsung pada hujung tahun ini menjadikan mesyuarat yang terpanas setakat ini. Berkempen untuk kerusi dalam parti telah dibenarkan didalam parti dan antara syarat-syarat untuk berkempen adalah “setiap calon hendaklah menyuarakan pendapat, visi dan misi nya di dalam blog yang ditulis sendiri oleh calon” dan ” setiap calon hendaklah menulis Biografi calon tersebut didalam Blog tersebut”.
Kini, kami sentiasa dihidangkan berita-berita, khabar-khabar cerita siapa langgar sapa, sapa lawan sapa, dan cerita ini tersebar luas samaada diperingkat Cawangan dan Bahagian parti UMNO yang mensyuaratnya akan berlangsung dalam beberapa minggu lagi. TETAPI adakah sikap dan perangai kite telah menunjukkan yang kite ini betul-betul boleh menjadi pemimpin? Ukurlah badan sendiri dan biarkanlah akar umbi dan rakyat menentukan samaada sikap kite yang telus ini dijadikan pilihan. Sikap kite ini jugalah yang akan menentukan perjalanan Alip , Ba , Ta ( Agama, Bangsa,Budaya dan Tanah Air) untuk generasi yang akan datang.
Added on 7.00 p.m. Saturday | 12 April 2008
Selepas saya (tukang taip) melayari website Utusan Malaysia, benarlah juga kata ahli Pohon Mempelam semalam tentang Datuk Nazri Aziz yang tidak mahu masuk bertanding untuk kerusi MT. Tersebut adalah petikan yang diambil dari Utusan Malaysia.
Pemilihan parti: Nazri tidak minat bertanding
KUALA KANGSAR 12 April – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, beliau tidak berminat untuk bertanding mana-mana jawatan dalam UMNO pada pemilihan parti itu Disember ini.
Beliau yang merupakan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang dilantik berkata, keputusan itu dibuat kerana mahu memberi perhatian sepenuhnya kepada pengukuhan parti.
Pada masa sama, katanya, beliau mahu menjaga kebajikan pengundi Parlimen Padang Rengas yang telah memberi sokongan padu kepadanya selama empat penggal berturut-turut.
“Kalau ada pihak yang mahu mencalonkan saya, tak payahlah sebab saya sudah bagi tahu awal-awal tak mahu bertanding,” katanya. – Utusan
barock said,
April 11, 2008 @ 7:30 pm
a’kum…nak tumpang tanyer skit aaa..pokok mempelam tu bebuah lagi ke tak aaa..
28Reds said,
April 12, 2008 @ 2:24 pm
Pehhh.. Matang sudah buah2 Mempelam ni. After all everything happens for a reasson..
“PEOPLE SHOULD NOT BE AFRAID OF THEIR GOVERNMENTS. GOVERNMENTS SHOULD BE AFRAID OF THEIR PEOPLE”
chakanosz said,
April 12, 2008 @ 10:30 pm
“Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri” oleh
ZABA. cuba baca. bagus untuk kesedaran diri.
Pada zaman Pak Lah ni dia org pemimpin Umno
buat research mcm mane nak sedarkan org melayu.
Dia jumpa Profesor Diraja Ungku Aziz. Proflah
yg recommended org melayu baca buku ni supaya
sedar dari lamunan. So, banyak lah buku ni
diaorg bagi free. Kalau free gua baca laa kan.
apa lagi kalau beli, abis satu ayat pun gua
tak tinggal. RUGI. So berbalik pada PERANGAI
ni,gua tgk banyak perangai pemimpin dibawah
Paklah ni buruk perangai. Menunjukkan ketidak-
matangan diorang. cakap main lepas aje, tak
ade based dan fact yang kukuh. Tak ada ref’
atleast get back to history. Indah khabar dari
rupa. contohnya gua bagi yang mudah untuk di
fahami aper yg gua membebel ni. Pemimpin kita
kata ‘ kenaikan minyak sebanyak 30sen tidak
membebankan rakyat. Tidak ada perbezaan sama
ada naik 10sen berperingkat2 dalam setahun
atau 30sen sekali gus. Ekonomi malaysia berada
pada tahap yg terbaik, TAPI??? rakyat tak rasa
la beb. Aahh LU PK la Sendiri.
p/s Hidup Umno!!! Tak sabor nak tunggu December
pemilihan Parti. Gua Harap New Presiden, New
KPM. and ramai lagi org baru yg berkharisma
dan ikhlas dalam memperjuangkan Alif, Ba, Ta
Dah la tu. Take responsibility and stepdown.
Malaysia is not a company.
smudge said,
April 15, 2008 @ 10:07 am
assalamualaikum
before kite pilih mana2 parti perjuangan, baik BN ke PAS ke PKR ke DAP, baik kita tengok dulu perjuangan mereka ke arah mana? jgn sebab kita tak suka Dolah n family, kita terus sokong PKR..
Bak kata seorang senior & founder pohonmempelam, perjuangan PKR masih samar2.. tatau mana hala tuju..
fikir fikirkan lah..
p/s beger satu!!
smudge said,
April 16, 2008 @ 1:54 pm
http://isuhangat.blogspot.com/2008/04/black-14.html
mempelam said,
April 17, 2008 @ 4:28 am
Assalammualaikum,
Ahli majlis semua keluar kawasan, susah nk dapat info terkini perbincangan pohon mempelam ni tapi macam gini lah selalu.Pe nak buat..
Barock,
Waalaikummussalam Tuan Barock, buahnya berbuah lagi, nak rasa ke? Tapi tunggu musim dia lah.
28Reds,
Tau takpe!
Chakanosz,
Eh, id awak macam burger kat tempat kiteorang lah. Kenal ke? Memang betul, kawan tak berkesempatan nak baca buku tu walaupun pernah jumpa sekali di mana pun saya tak berapa nak ingat. Kalau berkesempatan, bawaklah buku tu ke pohon mempelam kiteorang, boleh lah kite sama-sama baca.
smudge,
Itu satu masalah yang kite kena bincang ni. Akan aku bawak ke perbincangan majlis pohon mempelam nanti.
Tarikan parti pembangkang baru. Apa sebabnya?